Assalamualaikum..
Hye selamat petang.. Adeh tak dapat tido pulak seperti mana yang telah aku war-war kan tadi.. Semua tu tetiba je.. Dah sedap buka kipas dekat office, ada pulak Klinik telefon.. Alah dan-dan la time rehat ni nak call.. Pergi kejap, tengok pc dia ada masalah.. Macam ni la kerja, banyak on call.. Kang payment tak dapat pulak.. Sambil chatting dekat group blogger bersama Nadia Johari terus je dapat idea.. Alhamdulillah kekadang idea datang dengan sendiri nya.. Apa sahaja depan mata kita boleh di jadikan bahan cerita..
Paparazi?? Siapakah dan apakah?? Huh! apa tu ?? Rilek, calm down.. Jangan panik sangat ok, sebenarnya takde apa sangat.. Seperti pepatah moden," kalau kopek kacang Ngan Nyin, belum tentu semua elok isinya" boleh la di katakan sebagai hampir kesemua entry aku ni sungguhpun adakalanya nampak je mengarut, tetapi ada aku selitkan benda yang berguna.. So tahniah la kalau korang dapat explore ok??
Ni lah paparazi yang aku nak bagitahu.. Kejenya asik teropong orang je.. Hehe tapi bagus juga, sebab orang banyak gerun dengan mende ni.. Tapi untuk ubah sikap pengguna jalan raya,AES ni bukan lah caranya.. Sikap pengguna itu sendiri yang perlu di ubah dan perlaksanaan nya memerlukan perancangan dari akar umbi.. Road users under AES watch.. Perlaksanaan AES ni dapat banyak kecaman, ada yang bertindak merobohkan, merosakkan.. Hurmm harta kerajaan, tapi dari sumber?? Fikir la sendiri.. Terus terang aku cakap aku ni jenis aku ni atas pagar.. Tak pro kerajaan atau pun pro kepada pembangkang.. Dan aku juga bukan daripada calon bebas.. Aku fikir sapa boleh buat kerajaan bagus itu yang aku pangkah.. Sebab semua banyak propa dari buat sampai habis.. Itu semuanya aku lihat.. Memang sumpah meluat dengan politik yang berlaku sekarang..
kalo bab2 politik nad pun mals nak layan..pangkah mn yang kite rse bgus..aes ni nak kate mnyushkn mmg pun..dhla kne denda 300..hoho
ReplyDelete