Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu buat semua.. Sebenarnya aku dah tak tahu nak buat tajuk apa, haha pakai bedal je kan aku ni.. Ish entah apa-apa.. Patut lah pageviews semakin berkurang.. Bukan nya robot yang bijak untuk kekalkan pageviews ni.. Semalam aku lupa ping entry aku.. Hehe kenapa entah..
Ini ada benda aku nak kongsikan bersama korang.. Apa perasaan anda bila tahu cinta anda di khianati? Bila kita busy kerja pasangan kita selalu je text org lain.. Bila date pun selalu je text depan mata kita, seharian tak boleh lekang la handphone tu dekat tangannya.. Ini merupakan kisah kawan kepada kawan aku, dia juga berhajat sangat nak tengok kisah dia ni masuk dalam blog aku.. Wahh kelasss kau, aku pun bukan takde medium cerita, cuma aku ni taknak lah menghampakan kawan aku ni..
************************************************************************************************************
A ni merupakan kawan aku, dia bekerja di sebuah pasaraya yang terkemuka di Bandaraya Johor Bharu, hari-hari sangat sibuk dan semacam tak sedar A ni menghampakan awek @ bakal tunangnya iaitu B.. Hari-hari kerja, sibuk kemain sampai menghirau kan B.. B ajak jumpa ada je alasan, B call cakap tengah kerja la, bila malam B telefon lansung tak berjawab sebab A dah tidur lena akibat kepenatan bekerja..
A tak menunjukkan apa-apa tanda untuk berubah sikap, namun B masih lagi sabar dan tidak menunjukkan apa-apa respon untuk berubah.. Namun semakin lama semakin A hilang tanggung jawab, semakin A lupakan peranan nya.. B pelik seolah-olah dirinya seakan tak wujud, semacam dirinya tidak di hargai.. B mula berubah dari hari ke hari..
A hairan, selalu bangun pagi sebelum subuh mesti ada sekurangnya 4 panggilan, namun satu pun tak pernah berjawab.. A hairan bila nak pergi kerja saja ada msg/whatsapps dari B yang menyatakan "Abg hati-hati pergi keje, baby sayang Abang".. Tapi kenapa hari ini B tak macam selalu?? Mengapa?? A mengambil keputusan untuk berjumpa dengan A.. Melalui perbualan telefon " Hello, baby.. Abg nak jumpa baby masa abg break nanti boleh?? Abg jemput rumah ye?? " Abg takde kerja ke?? Takpe lah baby boleh faham dan baby dah biasa sorang-sorang" " Abg break ni, nanti kawan abg cover kejap.. Please penting ni.." " Ok, datang nanti lepas zohor, ambil baby dekat rumah..
Tepat pada masa yang di janjikan A ni mengambil B di rumahnya dan keluar bersama.. A hairan dalam perjalanan B leka bermain handphone nya.. Sepatah pun mereka tidak bercakap, B asyik ketawa bila baca mesej.. A pelik, dengan siapa B mesej.. Hendak saja memberhentikan kereta nya yang di pandu itu ke tepi jalan, tapi A fikir panjang dan tidak membuat keputusan yang melulu.. A menahan sabar.. Telah sampai di sebuah taman, yang di mana di taman itulah menjadi titik permulaan bibit perkenalan antara mereka.. " Baby ingat lagi tempat ini?? B senyap tanpa bersuara, dan terus menekan keypad Blackberry nya itu.. Ketawa setelah baca mesej.. A terus bertanya lagi " Baby text sapa tu?? Dari tadi abg tengok tak berhenti-henti.. Lepas tu baby ketawa sesorang.. "Abg kisah ke?? Selama ni abg ada kisahkan baby ke?? Makan minum baby, sihat tidak baby ada abg ambil tahu?? Abg tahu kerja.. kerja.. kerja.. Ada abg ambil kisah?? " Tapi abg buat untuk kita, bulan depan kita nak tunang dah, jangan macam ni.. Mak abg dah sibuk buat persiapan dah.. Babyyy..
B hanya mampu menahan air mata tatkala A sememangnya romentik dan pandai memujuk.. B mengalah dan ceritakan perkara yang sebenar.. B bukan mesej dengan sapa-sapa pun.. B cuma chat dengan simsimi je.. B tak pernah curang, B cuma nak kawan berhibur saja.. A hanya mampu berdiam, dia tahu dia sudah abaikan tanggungjawab dia.. Lalu hubungan mereka bertambah baik.. A pun berubah, selalu sangat call, mesej.. Time break mesti makan sama-sama.. Dan sekarang mereka sudah pun bertunang dan mengikat tali pertunangan selama 6 bulan..
Tahniah, maafkan aku tak dapat menghadiri majlis tunang tu, dan maaf aku mereka-reka perbualan tu, tetapi masih lagi hubung kait dengan apa yang kau ceritakan malam tadi kan???.. Alahai ketawa besar aku, rupanya kawan aku hanya jeles dengan simsimi je.. Hahaha..
terkena lagi..HAHAHAH....baby2 bagai..ahahha...o
ReplyDeletehahahaha :)
DeleteKahkahkah.. Nice. Dah ada idea nak kenakan someone. xD
ReplyDeleteterbaik kan.. hahah wan tak bertanggungjawab kalau u'r special tu marah.. hahahaha :D
Deletenganganga kan dh terkono jang haa
ReplyDeleteden terkono.. hahaha XD
Deletehamboih aku terkena lah ni , hahaha terkena free den
ReplyDeleteapo kono eh jang.. wkwkwkw..
Deletesenget la irwan..hahaha..pe pun mmg wat org gelk..wee
ReplyDeletehaha nad jangan marah ok?? wan pun terdiam je masa tahu.. wan lega dah sampaikan hajat kawan wan.. dia suka baca entry ini :)
Delete