Cuba Cakap Dengan Aku??

on 14 January 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Uhuk2x! Akibat jerit semalam tengok bola + karaoke = serak! tak tahu rumus mana yang aku gunakan ni.. Hehe tapi tu lah kenyataan, memang tersangat lah perit.. Sampai sekarang takde suara nak bercakap, pehh siksa sangat.. Takde pulak nak beli asam jawa extra untuk buat air tuh.. Nak beli ubat batuk takut gian pulak..


"Wanita manakah, sanggup berkongsikan kasih.. Walau madu bagiku, tapi hempedu bagimu" di ambil dari lirik Pahit akan manis jua akhirnya (UK'S) yang juga merupakan favorite list karaoke aku.. Cuba cakap dengan  aku siapa je sanggup berkongsi kasih.. Aku bukan lah seorang jejaka yang playboy.. Tetapi di setiap relationship yang aku buat, aku berani mati untuk mempertaruhkan kesetiaan.. Bukan aku sanggup bunuh diri, cuma bab kesetiaan itu aku akan pegang kuat.. Sebab aku tahu, kesetiaan salah satu tunjang dalam setiap perhubungan..

Jarak jauh, bukan lah antara pemisah.. Jauh tidak akan menjadi seba dan alasan bagi seseorang itu melupakan temannya.. Aku bukan lah pernah bercinta jarak jauh ni, belum pernah ada pengalaman lagi.. Tetapi bukan senang kita untuk 'memadukan' pasangan kita.. Dalam keadaan sedar, cuba di fikir kan.. Hidup kita ini sentiasa di berikan pelbagai pilihan.. Itu lah sebenarnya rencah dalam kehidupan.. Mungkin hari ini berlainan dengan semalam, sentiasa tidak sama.. Apa yang kita lalui ini, kadangkala hidup ini membuat kita jatuh tersungkur.. Ada yang membuat kita sampai tidak boleh bangun semula.. Pelukan kekuatan untuk terus bangun.. Kita bukan senasib, ada yang bernasib malang, ada yang bertuah.. Tapi pada mereka yang bersemangat kental, mereka akan pasti bangkit untuk menebus kesilapan yang lalu.. Kerana apa yang terjadi hidup ini mesti di teruskan..




Ranking: 5

2 Comment:

  1. kesetiaan adalah kunci utama kebahagiaan di dalam sesuatu hubungan :)

    ReplyDelete
  2. << Sy di Swak, pakwe di Shah Alam. Dekat ke jauh tu? Ahakk.. To me, trust yg penting (:

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved