Patah Seribu..

on 8 January 2013


Selamat pagi.. Lama betul tinggal blog.. Kira nak dekat seminggu juga.. Dilanda pelbagai masalah, di samping tu di landa juga ke'busy'an tahap gila gaban.. Huhuhu tapi apa pun dah siap, alhamdulillah apa yang di rencana kan berjaya juga aku kecapi.. Berkat kesabaran aku selama ni membuahkan hasil, walaupun tak banyak, tapi boleh juga nak di banggakan.. 


Tajuk entry macam lagu Shila Hamzah la pulak, apa kena la dengan aku ni kan?? Tak tahu macam mana nak menggambarkan perasaan aku yang gundah-gulana ni.. Alahai sedih tak terkata, namun apa yang terjadi ini pasti ada hikmahnya.. Cukup aku kenalkan si dia ni A.. A ni merupakan sepupu kepada aku, agak jauh.. Tetapi tidak menyangka perkenalan terlampau singkat aku mula jatuh hati dengan si A ni.. Di awal perkenalan , kami mendapat restu dari keluarga kerana mereka ingat kami hanya sekadar kawan dan hanya ingin merapatkan jurang antara family kami yang selama ini agak jauh..


Bila kami membuat keputusan untuk membuat hubungan yang serius, terhalang oleh kedua keluarga.. Tetapi pada islam tidak melarang, air wudu' pun terbatal jika kami bersentuhan.. Aku seakan tak mengerti, apakah yang berlaku pada aku dan A.. Cukup menyiksakan apabila cinta kami berdua seakan terhalang, namun ada juga yang memberi feedback yang agak positif," mungkin parent kau takut korang bercerai berai dan semakin memburukkan hubungan tali persaudaraan.. Apa pu sabar je lah Wan.. " Jika ada jodoh tak kemana..


Ya, hanya aku boleh bersabar.. Istikharah memohon pada-Nya.. Mungkin aku hanya di uji dengan pelbagai masalah dan dugaan, tetapi aku juga  sedar.. Ianya akan mematangkan aku sendiri..



Ranking: 5

4 Comment:

  1. mungkin sebab sedara..so fmly nak terbaik tuk ank2 mereka..sbr ye

    ReplyDelete
  2. kuatkan semangat yer,, kekadang cinta akan membuat kita gundah

    ReplyDelete
  3. bgitula cinta..kena sbr mngharunginya ya

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved