Ramadhan: Sahur Menurut Sunnah Rasulullah SAW

on 25 July 2012

Definisi sahur yang digunakan dalam bahasa melayu berasal daripada perkataan suhur yang bererti perbuatan bangun sebelum fajar untuk makan.. Adapun perkataan sahur pula bererti makanan yang dihidangkan ketika bersahur...
Kelebihan dan hikhmah difardhukan sahur:


  1. Dapat membezakan puasa golongan muslimin dan golongan ahli kitab
  2. Pada sahur itu sendiri ada keberkatan.
Sabda Nabi SAW,
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Begitu juga sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Hibban,
السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ
Maksudnya: “(Makanan) Sahur itu seluruhnya adalah berkat, maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.”
Walaupun hanya dengan seteguk air kita dituntut juga untuk memakan sahur..
Melewatkan untuk bersuhur
Dari Anas beliau meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit,
تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً
Maksudnya: “Kami dulu pernah makan sahur bersama Rasulullah SAW lalu baginda bangun untuk melakukan solat.” Aku -Anas- berkata, “Berapakah jarak antara azan (maksudnya iqamah) dengan makan sahur?” Zaid menjawab, “Dengan kadar waktu yang diperlukan untuk membaca lima puluh ayat.” (riwayat Al Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)
Maksud azan yang diertikan dalam hadis ini ialah al-iqamah. Di negara kita ada diletakkan waktu imsak iaitu 10 minit sebelum masuk waktu subuh. Mereka menetapkan waktu imsak ini atas dasar berhati-hati. Tetapi tiada dalil daripada hadis Nabi yang menetapkan waktu imsak.
Imsak yang mereka tetapkan adalah waktu mula menahan diri daripada makan dan minum, sedangkan waktu mula menahan diri kembali kepada waktu mula berpuasa, iaitu apabila telah terbit fajar shadiq. Jadi waktu imsak yang sebenarnya adalah apabila masuknya waktu untuk solat subuh. Dan jarak antara azan subuh dengan solat subuh itu adalah lebih kurang 50 ayat.
Ini yang diceritakan oleh para sahabat RA. Maksudnya di sini ialah Nabi SAW melewatkan waktu bersuhur. Nabi tidak makan sahur pada jam 2 atau 3 pagi. Apabila Nabi melewatkan makan sahur, berlaku beberapa isu seperti kata Nabi SAW di dalam hadis,
إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِىَ حَاجَتَهُ مِنْهُ
Maksudnya: “Jika salah seorang di antara kalian mendengar azan sedangkan bekas makanan terakhir masih ada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya hingga dia menunaikan hajatnya (makan) hingga selesai.” (riwayat Abu Dawud, dinilai hasan sahih oleh Albani)
Ini menunjukkan bahawasanya pada zaman Nabi SAW telah berlaku isu atau situasi di mana orang masih makan ketika azan dikumandangkan. Ini sekali lagi membuktikan bahawa pada zaman Nabi, waktu suhur itu dilewatkan, bukan diawalkan dan tidak wujud istilah imsak pada masa itu. Kita boleh makan sehingga diyakini telah terbit fajar shadiq..



Hukum bersuhur
Dari hadis-hadis yang lalu maka dapat disimpulkan di sini bahawa hukum bersuhur adalah sunnah muakkadah berdasarkan tiga qarinah (bukti); pertama ialah perintah Nabi supaya bersuhur, kedua bersuhur membezakan puasa muslimin dan puasa ahli kitab, ketiga larangan Nabi SAW daripada meninggalkan suhur.
“Sahur itu makanan yang dipenuhi dengan keberkatan, maka janganlah sama sekali kalian meninggalkan ia.” (riwayat Ibn Hibban)



on 24 July 2012


10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami



1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat ..

Lailatul Qadar

'' Sesungguhnya telah kami turunkan al- Quran pada Lailatul Qadar, Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripda 1000bulan. ''

Surah al -Qadr, ayat 1-2




انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها 
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Malam yang sentiasa di nanti oleh semua umat islam.. 

Ya allah, temukan lah aku dengan malam Lailatul Qadar..

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  

“Barang siapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”


menu terbaik ramadhan 2012

on 22 July 2012




menu yang xpernah miss dalam bulan ramadhan.. tiap2 hari mesti ada menu salah satu dari atas.. aku pun tak tahu nape aku mengidam kan sangt mende nih.. asal g bazar xlain mesti plih salah satu dari atas ni.. kat mane pergi, ceruk mana bazar,pun mesti xlari dari beli menu ni..

mak : Abg kene la cari bakal bini yang pandai buat semua kuih n makanan yang abg suke..
sy : wajib mak,mesti cari,kalau xpandai kene blaja sebelum bernikah..


hahahah dialog aku ngan mak aku sebelum aku bertolak balik..

sabar laa mak, wan masih blum dapat cari pengganti lg.. bunga yang penah mak suka dulu ada dah software yang hacked..

huhuhuhu nak dapt menantu baik mmg susah mak...

xpe wan akan cari pgganti juga...



selamat berbuka puasa...

on 19 July 2012


Si Gadis BLOGGER ni lyssa nama dia.. cer tengok blog dia http://www.lyssasecret.com/ ...

amacam ???? terkesima bukan?? realiti beb!! mmg cantik blog dia.. xdapat dinafikan aku blajar banyak dari tutorial yg dia buat.. skan blog aku bertambah baik walaupun xde orang follow seramai dia.. Tapi tu bukan penghalang untuk aku untuk menulis entry baru..


So tanda penghargaan aku buat dia, aku dah vote dia untuk LEVI'S CURVE ID BLOGGER AWARD...


Aku harap dia menang n aku sentiasa menantikan tutorial dr dia untuk cantik kan lagi blog aku..



Cara nak mengundi :


2. Tekan LOGIN di bahagian kanan PC anda .

3. Register terlebih dahulu !

 


4. Isi apa yang patut.. Lepas tu check laa..


 

5. Kemudian , korang LOGIN balik menggunakan email yang korang register tadi tu .

6. Tekan nama "LYSSA" . Scroll down sampai bawah dan TEKAN VOTE !

credit to http://www.lyssasecret.com/...

Petanda Bahawa Si Dia Jodoh Kita

on 17 July 2012



1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


YA ALLAH, SEKIRANYA JODOHKU DENGANNYA,DEKATKAN HATINYA DENGAN HATI KU, JIKA DIA BUKAN JODOH KU, JAUH KAN LAH..

on 16 July 2012







MOJO - ANDAIKU BERCINTA LAGI

Kini kau tiada..
Senafas pun ku perlu mencuba..
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga..


Bersendiri hidup umpama hilang erti..
Bagaimanakah meneruskan hayat ini..


Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti,
Tunjukkan di mana,
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?


Apabila tiba waktu bersemuka,
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta,
Dengan bayangmu di minda..


Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh,
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh..


Bersendiri masa umpama tak beralih,
Berapa lama lagi harus ku merintih..


Malam tidak berpurnama,
Fajar tiada kejora,
Aku hilang di dalam gelita kalbu,
Tanpa dirimu asaku mati..


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-andai-ku-bercinta-lagi-mojo.html#ixzz20i2HyaeC

Hanya Aku Cinta Kau Seorang cover with lyrics

on 13 July 2012




Movie best lagu pon best jugak.. Sape yang dah tengok mmey terbaik la cte nihh.. Yang blum sila la download.. tak payah beli pon.. hahahaha

on 11 July 2012




SAHABAT, TEMAN, RAKAN, KAWAN :semua adalah sama maksudnya.. Dan apa yang pentingkan kawan gembira memang senang nak cari,kawan sedih susah kta nak dapat kan?? Bukan la aku maksudkan kawan yang boleh menangis sama2, hahahaha.. Kawan masa kte senang,poket tebal time tu la sanggup lemak se' table pastu cakap "ko cakap je la nak pertolongan ape2 aku boleh buat,kan ko kawan dunia akhirat aku".. Tapi pda hakikat nya bla kte susah,kte cari kawan kte tu masing2 dah hilang kan diri..

Tapi stakat ni aku dah ramai jumpa kawan macam tu,cme aku malas nak layan kan sangat.. Kalau aku baik,dia pun ok.. Aku xla bekira kalo mintak tolong ape pun..

ok la.. bye..

on 10 July 2012


AKU TIDAK AKAN MENOLEH KE BELAKANG LAGI.. HANYA AKU PERLU LIHAT ADALAH MASA HADAPAN.. NEVER GIVE UP!!!







       Ya, aku lemah tanpa cinta, tapi aku pelik kenapa aku sering di kecewa kan oleh seseorang yang bernama wanita!!! Ape yang dah berlaku pd aku ?? Aku sendiri pun xpenah faham isi hati aku,ape kehendak aku,ape kemahuan ku dengan cinta.. Cinta yg aku dengar memang nye indah,seindah percintaan Adam & Hawa.. Tp smpai bila harus aku mengejar sesuatu yang xmungkin aku gapai?? Aku xmahu di katakan leleki yang lemah!! Kau dulu kuat wan" Huh!! ayat tu saja yang sering aku ungkap kan bila aku mahu bangkit daripada kekecewaan, tapi pada zahirnya hati aku masih lagi rapuh untuk menerus kan kehidupan yang berliku-liku..


      Bagaimana? Macamane?? persoalan yang sering hadir di minda aku.. Aku ingin kan seseorg wanita yang betul2 memahami aku,bukannye nak menipu aku xhabis2!! Kenape perlu bersikap meterialistik sangat?? Kebendaan, kkemegahan, kemewahan, tu ke bukti cinta akan kukuh selamanya????

     Silap semuanya.........................

   


     

     


Haaa ni nak cter lak pasal pekerjaan aku.. Lepas STPM tu aku xdapat mane2 pun.. Dpat offer dari membe keje kat sini.. #1170 aku mula kerja.. pastu transfer kat #1131 n sblum resign transfr lgi kat stor asal.. Hahaha rasa dah macam "ludah di jilat balik"..

3 tahun kot aku keje sini.. Lepas je STPM,ada la berniaga kecilan.. Tp xla lame sangat sbb dapat tawaran 7eleven ni.. Best memg best.. 2 tahun raya haji ngan aidilfitri,xmerasa sangat.. Kerja ibartkan lebih dr kehidupan.. Kdg2 kalo kira masa kat rumah lbh sikit dr tempat kerja.. Ada la org ckap "woiii !! ko ni buat rumah macam hotel 5bintang ke??" laaa bukan aku nak macam tu,dah timesheet aku kerja on duty macam gampang la.. Mase tido xteratur,xde masa bsama fmly,terdesak weh smpai bgado ngan awek cz aply cuti xdapat,yela nak urgent sangat kannn???? huhuhuhu...




Last2 aku resign n dapat peluang kerja ngan abg ipar aku.. Lg senang,biz family.. Cme aku lemah pasal computer nih,takde basic lansung.. (dulu kat skolah malas nak g Literasi Komputer) haha tu yg aku glabah semacam.. Tp stakat ni aku ok laa, pandai laa kerja macam tu, aku dah biasa suasana macam 7e, xsalah aku praktikkan kat kdai abg ipar aku sendiri.. Lgpun mmg minat aku berniaga,xkisalah ape pun asal kan HALAL.. Kan 9/10 pndapatan dtngnye dr berniaga.. Sape tau aku akan bukak kedai juga suatu hari nanti?? Insyaallah.. : D




Boleh la cntct num ni,kalo ada masalah.. Aku nyer bisnes card xde lg.. Tunggu aku jd CEO tau, hahaha.. Aminnn..

       Kat sini la aku mula belajar ape tu ilmu.. 6 tahun aku blajar,suka duka aku,gembira sedih aku semua kat sini.. Kdg2 rasa nak kembali ke alam tu, tp aku sedar masa bukan boleh di putarkan lagi... Seronok dapat kawan ramai,terjal masa budak2 memg jelas la mase umur ni.. Hahaha mase tu asik nak buli org je.. Maklum la aku agak 'besar' saiz nya berbanding org lain.. UPSR pun ok je la,tak pandai mana aku.. hahaha..





    Haaa ni pulak sekolah menengah, tdi aku cte aku la besar kat sekolah rendah td, ble masuk form 1 aku la paling kecik kat situ.. Hohoho sume bsr blaka,ada yg biru,kuning,ada hijau.. Aku tanam dalam diri aku mungkin satu hari nanti aku akan jadi macam diorang...

Aku blaja kat sini sampai form6.. 6tahun lebih blaja.. tp 'sangking' malasnyer blaja dulu skang aku rasa mnyesal lak blaja main2.. Tpi aku nak buat cam mane,dah takdir aku mmg macam ni.. Bukan nak salah kan takdir, tp dah redha.. Nak kata bercinta, xde la sngat, form5 baru kenal ape tu 'cinta monyet'..
                                                           
     Masuk lak form 6,cz xdapat mane2 tawaran IPTA,tp IPTS berduyun lak dapat surat,aku tak paham betul lah,siap ada dato' dari negeri 'di rahsiakan' nak taja aku belaja.. Hahaha lawak sehh, sape la aku nih diorang nak taja.. 2tahun kat form 6.. Result kua ok,cuma salah plih kos,ble rayu xdapat.. silap aku gak plih kat semenanjung je..Result kalau gempak xpe,hahaha...

Stakat ni je aku punya background study.. tak lah sampai universiti or kolej2 ternama.. Xla terlampau detail sangat memadai lah.. aku bukan dapat duit pon,saje isi masa lapang.. Next aku cte lak pasal alam 'Pekerjaan' lak.. hehehe wassalam..




ni la gambo aku adik beradik.. saje nak tunjuk.. hahaha aku dulu kecik jer.. laki yg rendah.. cam x??lau xcam mmg hebat..hahahahaha.. laki ada dua org, yg tinngi tu abg aku.. aku yg senyum cam kambing tu lahh.. hahahaha..

 
© Blog CCK All Rights Reserved