Segmen Blogger Terpantas

on 31 March 2013





Mencari Blogger Terpantas | Blog CCK mencari 5 Blogger terpantas yang dapat komen entry ini.. Pada yang pernah di review di segmen pantas ini di kecualikan daripada segmen ini, hal ini dapat aku beri peluang kepada blogger lain turut merasa dan join..

Syarat-syarat :
  • Tidak perlu entry, hanya drop link blog.
  • Blogger yang pernah di review dalam segmen yang lepas di kecualikan.
  • Kalau sudi like segala di sidebar.
  • Hanya mencari 5 blogger terpantas.
  • Di Wajibkan untk review semula blog ini, kerana ingin saling bertukar pendapat.

Ranking Alexa Ajaib

on 30 March 2013




Ranking Alexa 
| Semakin menurun dengan kadar yang aku sendiri tidak menjangkakan yang perkara ini akan berlaku.. Sesungguhnya memang sangat sukar untuk aku capai, tetapi hasil dari carian serta galian telah menemukan pelbagai tips yang sangat berguna..

Pada 10/3/2013
Bukti ini aku ambil dari pada entry aku yang lalu yang telah membuktikan ranking Alexa aku pada masa itu adalah lebih baik dari sekarang.. Entah apa yang berlaku, bagaikan angin taufan melanda blog aku ni telah merundumkan lagi ranking in Malaysia.. 

Pada 30/3/2013
Jatuh sebanyak 835 anak tangga.. Tapi ini mungkin pengalaman aku tidak sebesar mana, mungkin korang juga pernah mengalami dan lebih teruk lagi.. Namun aku takkan sesekali menyerah untuk sentiasa mengecilkan ranking ini, mana tahu boleh sampai 300 in Malaysia.. Siapa tahu.. 

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa kan tahu "


Jom WeChat

on 29 March 2013

Assalamualaikum..

Aplikasi WeChat | Jom ramai-ramai install apps ni.. Memang sure hari korang akan berubah.. Best woo app ni, boleh video call, boleh text, boleh tukar suara.. Ada emotion yang super-duper comel macam aku ni juga.. Dulu aku pernah guna apps tu, taknak la mention.. Tapi WeChat ni memang best..

Ramai blogger yang ada wechat ni, malah ada group tempat santai, tempat meluahkan rasa, tempat melalak,yelah ada nya Wechat ni tak payah guna kredit pun.. Cuma ada pakej data / menggunakan wifi sahaja..

Duta Wechat Malaysia

Inilah wajah-wajah Duta yang terpilih utuk WeChat Malaysia, rasanya tak perlu di perkenalkan lagi sebab diorang telah terkenal.. Hehe.. 


Jom layan bersama Duta WeChat Malaysia :




Jom Muat turun Apps ni, pasti tak rugi.. Sesuai untuk Android, Iphone, Blackberry..


Aku Sanggup..

on 28 March 2013

Assalamualaikum..

Entah kenapa aku masih lagi belum puas untuk terus menerokai benda yang baru ni.. Mungkinkah nafsu / keinginan?? Atau mungkin aku ingin maju ke setapak lagi?? Sebenarnya kedua-dua sebab ini aku sanggup untuk bersengkang mata, kurang tidur.. 


Nampak sama kan?? Tapi memang lebih special.. Setakat ini ada la dalam 1 /2 entry yang telah aku coretkan dalam wp aku ni.. 


Banyak blogger yang aku sendiri bertanya, minta pendapat tentang kebaikkan dan kelebihan wordpress ni.. Tapi serius aku mengaku yang aku sayangkan platform blogspot ni, kerana aku telah di perkenalkan dengan blogspot sebelum wordpress.. Ada yang berpendapat, bahawa pentingnya readers dari followers.. Itu semua pendapat peribadi orang yang lebih otai dalam bidang blogging ini.. 

Ada rakan sejawat berkata " Blogspot pun terkial-kial lagi kan nak wordpress".. Aku senyum dan berkata, kau ni sebenarnya pembakar semangat aku".. Dan dia menyusul pergi.. Best kan?? Sekarang ini aku takkan menoleh ke belakang lagi, dan fokus aku hanya lah hadapan..

"Do not look back, if the outlook is painful .. So always think ahead, success is always waiting for you .."

Pembaca Vs Pengikut

on 26 March 2013


Readers Vs Followers


Assalamualaikum..


Satu perkongsian dapat dibuat, semoga dapat di manfaat kan bersama rakan semua.. Antara readers dan followers mana satu pilihan korang?? Boleh kongsikan disini juga.. Ada yang beranggapan juga salah satu penting dan tak penting untuk mencapai kedua-duanya sekali.. Anda berhak menentukan nya..

Tips traffic meroket ke langit, tips jana duit melalui blog akan ada terselit bahawa pentingnya readers yang mantap, ada blogger yang hanya mempunyai follower yang sedikit tetapi wooww! traffic memang awesome.. Ada juga blogger yang follower ramai tetapi traffic hurm.. Contoh macam blogger ini.. Tentu tertanya-tanya macam mana nak tambahkan readers kan?? Ping blog salah satu nya.. Tetapi cuba cari masa sesuai untuk ping, bukan sekadar ping itu suka-suka tapi itu langkah untuk langkah mempromosikan blog.. 

Blogwalking pun penting untuk menjana traffic kebaboom! .. Tetapi bukan semua blogger yang ada dapat berblogwalking hampir 100-200 blog sehari.. Aku pernah try,memang mengambil masa yang lama.. Tetapi berbaloi dengan usaha dan pengorbanan masa yang di buat.. Cuma buat masa sekarang ni, mana yang sempat pasti akan aku terjah.. Sebab memang busy dengan kerja buat masa ini, entry pun sekat-sekat.. Tapi nak buat macam mana, itu carian rezeki aku.. Memang kerja aku mengadap pc dan laptop sampai power spec pun makin bertambah.. So aku makin tua. Kbai. hahahaha..

p/s : Teringin nak outing reramai dengan blogger area KL,S.Alam.. Dapat lagi ramai lagi bagus.. Boleh bincang lagi ni.. 






Kini Ku Kembali

Assalamualaikum..

Sedang asyik ku di buai mimpi, aku hampir lupa akan masalah yang aku hadapi baru-baru ini.. Sawan kucing aku di buatnya, lantas aku terus delate segala ingatan aku terhadap masalah tu, email aku dah padam dan terima kasih buat kawan-kawan yang terus beri support pada aku.. Saaayaaaanggg korang.. Hahaha..

Kredit >> namaakuhanna.blogspot.com

Dia bukan aku, dan aku bukan dia.. Mungkin nampak sama tapi aku bukan dia.. Haaa nampak kan perbezaannya.. Dia Boni Kacak dan aku Irwan Alessa memang la lain.. Hehehe takde nya pun sama.. Mungkin minat saja yang sama.. 

Think positiv, itu langkah proaktif yang aku ambil.. Memang down juga la pada mula-mula dan sekarang aku bangkit dengan entry ini.. Terus bersemangat macam dahulu.. 

Serupa Ke??

on 23 March 2013


Aku Dikaitkan Dengan Boni Kacak??


Assalamualaikum..

Pertama kali , aku ingin memohon maaf sekiranya mungkin ada 'orang' yang tidak berpuas hati dengan aku, aku berbanyak minta maaf sekiranya ada melakukan kesilapan dalam entry yang lalu.. Sebenarnya baru-baru ini ada mendapat email dari seseorang mungkin kawan yang mengatakan bahawa aku ni mula naik di sebabkan Boni Kacak?? 


Perasaan aku mula hiba apabila aku cuba membaca kiriman email itu sampai habis, ada lagi mengatakan yang aku ni cuba " meniru " gaya penulisan Boni Kacak.. Aku ingin meluahkan disini untuk tatapan semua readers yang kalau ada berpendapat macam itu boleh la tarik balik pernyataan tersebut.. Aku tidak marah, hanya berkecil hati kerana aku berbaik dengan Boni Kacak sering di salah ertikan.. Bukan niat aku berbaik dengan dia untuk mengejar populariti ataupun lain-lain.. Cuma hanya menjadi sahabat blogger.. Tak lebih daripada itu.. Dia yang berpangkat "abang" yang aku hormati.. Bukan aku ingin menutup atau berkongsi periuk nasi bersama, cuma berkongsi minat dan kegembiraan bersama..


Buat sesiapa yang terasa atau berkecil hati dengan entry aku sebelum ini, aku ingin meminta maaf seandainya penulisan aku sebelum ini ada 'berkata' yang tidak baik tentang diri korang.. Sebenarnya aku memang gila-gila, itulah diri aku yang sebenar, bukan buat-buat.. Tidak terlintas di hati aku untuk berdendam, kalau ingin meminta maaf, aku akan memaafkan dengan rela hatinya..

Burger Bakar Kampung | Meru Style!

on 21 March 2013

Burger Bakar Kampung Terbaik

Assaalamualaikum..

Mungkin agak terlewat untuk aku upkan cerita ni untuk di kongsikan bersama dengan readers semua.. Maaf di atas kelewatan.. Aku teringat apa yang di katakan oleh sahabat blog aku ini " Tak kira berapa lama masa untuk kita ambil untuk sebuah entry, tapi keberkesanannya lebih jelas".. Tak melengahkan masa, jom ikut aku makan Burger Bakar Kampung!!



Memang terasa lagi kenikmatan burger yang di hasilkan oleh pemilik kedai ini.. Burger bakar yang special yang di fahamkan patty ( ayam & daging ) di buat dengan resipi yang tersendiri.. Pada mulanya kami hanya tergamam dan setelah menelitinya sendiri memang, ianya sangat istimewa..


Ramuan dan rempah yang di gaul bersama isi utama iaitu isi ayam / daging menjadikan patty yang luar biasa dari yang lain.. Namun biarlah menjadi rahsia -ujar pemilik bila kami bertanya apakah formula rahsia itu.. Bila di letakkan ke tempat pemanggang, aroma patty itu mula merebak.. Memang mengasyikkan aroma itu, kami hampir terlupa apakah yang sedang kami buat di situ tempoh hari..


Ujar pemilik lagi " Kami tidak memanggang di atas tempat pemanggang yang biasa di khuatiri patty tersebut tidak masak dengan sempurna, atas alasan itulah kami hanya menggunakkan kuali burger yang biasa ini sahaja, kerana ia akan memasakkan patty dengan kadar yang lebih cepat dan akan menjaga kualiti setiap patty yang di panggang"..



Burger Double Ayam + Double Cheese menjadi pilihan, kerana aku amat menggemari cheese dan ketika kali pertama ia hinggap di mulut aku rasa nya begitu nikmat sekali.. Terasa bagai di awangan, itulah perasaan yang aku ingin gambarkan.. Amat tenang ketika di makan, tambah pula dengan suasana kampung yang indah permai, jauh dari hiruk-pikuk kebisingan di kotaraya.. Sekali sekala deruan bunyi ekzos kenderaan lalu- lalang, sedikit pun tidak mengganggu mood kami untuk menjamu kenikmatan Burger Bakar Kampung ini..


Special Dari Burger Bakar Kampung :
  • Menyediakan khidmat "Delivery" untuk kawasan Meru, tidak ada limit, walaupun hanya membeli air.. Charge penghantaran hanya RM1.
  • Menjadi MEMBER Burger Bakar Kampung, pendaftaran hanya RM10 sepanjang hayat.. Banyak keistimewaan jika menjadi ahli.. "Beli 4 Burger Bakar F.O.C 1 set burger bakar biasa (Ayam/ daging )
  • Menu biasa turut di jual, dan ada juga di datangkan dengan Set burger iaitu Burger + Kentang Goreng + Air (Jika tidak mahu air berkarbonat, juga boleh ditukar untuk ice-blended hanya di tambah RM 1 dari set sahaja..

Walaupun baru sahaja memulakan perniagaan selama 4 bulan, sambutan dari pelanggan amat menggalakkan.. Di katakan hampir setiap hari sibuk dengan pelanggan.. Hinggakan sehari mampu habis 150 patties.. Salah satu perkembangan yang bagus.. Walaupun banyak saingan yang kita tahu banyak timbulnya Burger Bakar yang lain sebelum ini, namun Burger Bakar Kampung pastinya akan menjadi pilihan, kerana penduduk Meru amnya dan kawasan lain tidak perlu keluar ke kota raya seperti Shah Alam, Kuala Lumpur atau lain-lain lagi untuk menikmati Burger Bakar.. Pastinya Burger Bakar Kampung akan menepati citarasa anda semua..



Peta lokasi Burger Bakar Kampung

Hubungi Kami :

En Hafiidh : 010-7731917

Zero To Hero..

on 20 March 2013

Program ZERO to HERO



Bagaimana hendak menjadikan ANAK anda dari ZERO to HERO...mari berkongsi MODUL TERBAIK anda mampu merubah kerana POTENSI ANAK anda sebenarnya sangat BESAR..rakan-rakan di Kuala Lumpur, Selangor, Shah Alam, Melaka, Negeri Sembilan, Perak jumpa anda di MASJID NEGARA pada 12 Mei 2013...CEPAT BERTINDAK ANAK ANDA MAMPU BERUBAHNYA..

Program ini khas untuk ANAK-ANAK yang berusia dari 10-18 tahun.


Berminat???


  • Emailkan pendaftaran untuk ANAK anda ke impian@smartscoach.com atau boleh hubungi En. Zurairi 012 272 0532.
  • Pembayaran boleh di buat menerusi Public Bank ( Smarts Coach) - 3154375717

p/s : Cepat-cepat pendaftaran masih terbuka..

50,000 Kekosongan SPA!

Assalamualaikum..

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan lebih 50,000 kekosongan jawatan perkhidmatan awam akan diisi sepanjang tahun ini.


Sumber ini di petik dari Bernama..

                                                       *   *    *    *    *   *    *    *   *

Memang sentiasa di tunggu oleh semua orang yang sama ada bergelar mahasiswa, pekerja dibahagian swasta dan lepasan universiti yang masih belum mendapat peluang pekerjaan.. Peluang seperti ini seharusnya di rebut.. Bagi aku sendiri masih mempunyai peluang, tidak pernah berputus asa untuk sentiasa mengisi di SPA ini, kerana ia adalah gerbang untuk membawa aku ke pekerjaan yang lebih baik..

Untuk isi / kemaskini permohonan SPA :

Sila layari laman sesawang http://www.spa.gov.my

Pengalaman Bersama Otai Blogger

on 19 March 2013

Blog CCK Bersama Otai Blogger


Assalamualaikum..

Kembali menaip entry setelah 'lama' bercuti.. Kini blog CCK kembali dengan entry yang baru , super gempak dan best.. Gempak ke?? Best ke?? Itu korang sahaja yang boleh nilai penulisan dan penyampaian aku dalam entry yang sebelum ni.. Oh ya, semalam blog CCK berkesempatan untuk duduk se'table dengan blogger-blogger yang otai.. Nak tahu siapa??

Bro Kid ( shakiddo.com) & DN (deqnoor.com)
Ada ramai lagi blogger yang Blog CCK jumpa pada program ni, program apa tu ehh?? Rahsiaaaaaaa.. Tunggu, mungkin entry selepas ini ke.. Semestinya pengalaman ni bagi CCK sendiri tak boleh di lupakan, diorang ni semua super-friendly.. 


Blog Baru | Blog CCK

on 18 March 2013

Blog Berwajah Baru Lagi??

Assalamualaikum..

Blog CCK banyak menukar templete dalam beberapa hari ini.. Pelbagai cara di lakukan untuk mengoptimiskan blog ini ke dalam enjin carian, dan memaksimumkan SEO di dalam blog ini.. Sememangnya templete dari thesisforblogger.net ini buat masa ini sangat menepati citarasa dan yang paling penting templete ini mesra SEO.. Namun, bagi yang menggunakan templete ini (ver.2) tentu ternanti-nanti bilakah untuk ver.3 akan keluar.. Sama-sama kita nantikan, dan blog CCK semestinya akan mencuba kehebatan templete thesis ver 3 ini nanti..

Jika sebelum ini, blog CCK hampir huru-hara di sebabkan masalah coding yang melanda dengan tiba-tiba,namun perkara itu sudah dapat di atasi.. Tentang blog CCK mahu bertukar ke platform WP (Wordpress) itu hanya cadangan dari seorang blogger yang aku kenali.. Beliau mengesyorkan supaya blog CCK berpindah ke WP.. Seperti yang kita sama-sama tahu, WP lebih mudah untuk di pelajari dan lebih menarik, namun 'kehebatan' WP masih belum blog CCK uji lagi.. Tunggu lah nanti bila Blog CCK memang betul-betul ada komitmen untuk menggunakan WP..

Apa pandangan sahabat blogger tentang blog baru CCK??


Sekadar Perkongsian..

on 15 March 2013

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian dapat di kongsikan bersama readers semua, renungkan bersama apa yang terselindung dan tersirat.. Ini adalah daripada copypaste facebook kawan aku, semoga bermanfaat untuk semua..

Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ø Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ø Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ø Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ø Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ø Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ø Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.


.Ya اللّه , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..
Kirimlah kpd sahabat-sahabat yg kamu SAYANGI..Hidupmu juga akan bahagia kerana mereka juga mendoakanmu..amin.

Review 3 Blogger Terpantas

on 14 March 2013

Assalamualaikum..

Tak sampai 10 min entry ini di publish telah pun mendapat sambutan.. Alhamdulillah, 3 Blogger yang telah letak link blog nya pada entry sebelum ini telah melayakkan diri mereka untuk di review.. Tahniah buat anda bertiga..

  • Load blog agak berat, mungkin di sebab kan banyak widget/gambar, tetapi sudah ok pada amnya.. Boleh cuba untuk gunakan tutorial ringan kan blog dengan jQuery Lazy Load & CSS Compressor
  • Blogger ini sering join GA yang di anjurkan oleh rakan blogger.. 
  • Penulisan ok, cuma perlu di ubah sikit, biarpun kita copy dan beri backlink ataupun kredit, perlu juga di edit sedikit biar lebih kemas, tentu awak pun perasan jenis font dan ada background pada entry awak tu kan??
  • Susunan blog overall kemas dan teratur, pasang tabbed widget untuk jimatkan sidebar dan 1page 1 entry akan menampakkan kekemasan blog.


  • Blogger muda tapi ada cita-cita yang tinggi dalam dunia blogging ni.. Syabas.. 
  • Templete ni memang pack dengan SEO, Thesis For Blogger ver 1, teringat dulu masa mula-mula belajar SEO templete ni la Wan pakai.. Thesis ini akan keluar ver 3, so Aiman kena get ready ok..
  • Kemas templete ini dan semangnya warna putih ternyata lebih friendly dengan SEO. Gemar bertanya pada yang lama dalam blogging ni, sikap yang perlu di contohi oleh semua blogger.. 
  • Sidebar, header memang gempak.. "Tinggi,kurus itu Macho" Best tagline blog, macam angkat bakul sendiri juga.. Lebih mengenali Aiman, di facebook dan group wechat.. Pada blogger yang pakai smartphone tu install la wechat..

  • Comel blog ni, kemas.. green theme gitu.. Rasa nyaman je mata walau dah ngadap laptop dan pc hampir 10 jam..
  • Sidebar ok, comel juga sidebar di sebelah kiri.. Wan lebih suka sidebar di sebelah kanan, tak tahu kenapa sejak mula berblog dulu lagi..
  • Banyak entry simple sahaja tapi penuh makna.. Bahagian header dah comel.. Design sendiri ke?? Serius cantik..
  • Dah lama berblogger ni, cuba cari tips bagaimana nak kecil kan rank alexa tu.. Penting juga.. 

Tahniah kepada ketiga-tiga blogger ini, maaf andaikata Wan terlebih kata, cuma wan tegur pada pandangan wan, sila lah review blog wan kembali.. Aspek negatif kalau lebih banyak lagi bagus.. Sebab wan perlukan kritikan seumpama ini untuk terus bangun dalam blogger ni..




iman Aziz




Mencari 3 Blogger Terpantas

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tinggalkan bab review blog ni, keinginan semakin meluap-meluap.. Untuk hari ini aku mencari 3 blogger terpantas untuk memboleh kan aku review blognya.. Cepat, hanya 3 Blogger yang bertuah..

  • Semestinya blogger yang dah follow blog ini akan tahu dulu dan di berikan keutamaan.
  • Tak perlu like atau follow Google+ 
  • Hanya perlu tinggalkan link sahaja..
  • p/s : Blogger yang join nanti juga kena review balik blog ini, kita sama-sama berkongsi buah fikiran.


Blogku Hampir Pupus!

Assalamualaikum..


Dengan tidak tahu berpunca daripada siapa dan di mana, blogku hampir pupus buat selamanya awal pagi tadi.. Memang seperti sediakala pada awalnya, tetapi bila aku sedang menaip entry Blogger Boy Vs Blogger Girl tu dengan setiba-tiba suasana bertukar menjadi suram, senyap sunyi.. Baru aku perasan, jam hampir menunjukkan waktu sudah hampir jam 4.30pagi..

Tak pasti sebab apa benda ini boleh berlaku, hampir sawan lembu pendek aku di buatnya, memang tension tatkala aku memang tak tahu nak merujuk pada sesiapa.. Then, terbuka hati untuk bertanya salah seorang blogger yang aku kenali di facebook.. Pada mula nya aku hanya beranggapan, mungkin aku hanya bermimpi atau mungkin kah aku mengigau di siang hari?? Aku pun menggatalkan diri membuka blog bonikacak.com.. Ok je dia punya, bukan masalah browser ni.. Takkan kesilapan di bahagian domain, tak pasti..

Aku cuba ingin mendapatkan kepastian, dengan kadar yang segera aku menghantar email kepada NetKL.. Mereka membalas dengan kadar yang segera, lega bila mereka beritahu yang blog aku sudah kembali kepada keadan yang sediakala.. Dan kini aku boleh berblog seperti biasa..

Blogger Boy Vs Blogger Girl




Assalamualaikum..


Lebih banyak munculnya blogger yang baru, bagai cendawan tumbuh selepas hujan, salah satu perkembangan yang agak sihat.. Blog di jadikan medium penyampai wacana, dijadikan sumber dalam kehidupan, adakalanya mengundang kegembiraan, kedukaan dan tak lupa juga pada kebencian.. Semua itu ada batas-batasnya.. Itu yang perlu sama-sama kita patuhi..

Beza blogger lelaki dan perempuan ni tidaklah terlampau ketara jurangnya.. Tapi banyak sekarang yang menguasai blogspot lebih kepada blogger wanita.. Nama seperti Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana.. Lelaki juga ada cuma lelaki ini mungkin tidak mempunyai kelebihan yang ada untuk menandingi kemampuan seperti yang ada pada blogger wanita.. Terutama pada rupa kot.. Itu pada pendapat aku sahaja..

Blogger lelaki juga ada yang membangun, ianya lebih pada kuasa SEO, ada sedikit atau aku yang tak nampak lagi sebenarnya itu tak pasti.. Banyak lagi medium yang perlu aku baca, rahsia dalam blogger perlu aku bongkar, untuk sebaris dengan mereka yang berjaya itu memang memerlukan masa.. Ada juga bertanya pada yang mereka yang lebih 'otai '.. Nak tahu kena bertanya, kalau malu bertanya takkan kita tahu.. Tapi seeloknya kita mencuba terlebih dahulu.. Itu juga termasuk dalam proses pembelajaran.. 

Banyak yang kita akan dapat jika kita banyak buat kajian dan explore dalam blogging ni, tak rugi juga bertanya, mereka akan sudi membantu..


p/s : Majulah Blogger Untuk Malaysia..

Perlu Ke Blog CCK Bertukar WP?

on 13 March 2013

Assalamualaikum..


Perlu atau tidak bukan menjadi permasalahan, apa yang sepatutnya aku lebih mencari medium bacaan untuk aku penuhkan ilmu di dada dahulu sebelum berpindah kepada WP.. Selama ini aku menggunakan blogspot pun sudah ok? Mengapa perlu wordpress?? Apakah kelebihannya??

Boleh dikatakan tinggal hanya transfer domain sahaja, blog aku kini hampir 50% siap untuk ke platform WP.. Segalanya akan terjawab apabila aku sendiri akan mencari pelbagai info tentang WP dengan lebih lagi..  




Surat Dari Langit Biru (Episod Akhir)

Assalamualaikum..



Berakhir sudah sebuah cerita yang pada pendapat aku penuh dengan isi yang begitu sangat mendalam.. Di mana banyak berlaku konflik di dalam institusi sebuah keluarga.. Plot yang menarik, dari permulaan dan seterusnya berkembang kepada klimaks cerita dan seterusnya pengakhiran yang lebih kepada sedih..

Bagi yang menonton sejak awal, tentu menanti-nanti bagaimana cerita ini akan berakhir, dan tadi baru sahaja melabuhkan tirai.. Segala persoalan telah pun terjawab.. Bagi mereka yang terlepas menonton, boleh sahaja menonton di bawah.. Selamat menonton..



SDLBiru.E15 by f100000716350286

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

on 11 March 2013

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum..



Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Semak Keputusan SPM 2012 Online

Cara Semak Keputusan SPM 2012 Online

Assalamualaikum..

Bagi calon SPM 2012, anda boleh buat semakan keputusan SPM anda menerusi online pada tarikh 20 Mac 2013 ini. 

Cara semak keputusan SPM 2012 secara online :



  • Login ke Sistem Analisis Peperiksaan
  • Masukkan No. Kad Pengenalan atau Surat Beranak
  • Klik pada ruangan yang di sediakan pada "SEKOLAH MENENGAH"
  • Masukkan tahun peperikasaan (2012)
  • Klik pada butang " Semak Laporan"

Semakan keputusan SPM 2012 ini boleh juga di buat menerusi SMS (Sistem Pesanan Ringkas )

Caranya ialah :

SPM <jarak> No Kad Pengenalan <jarak> Nombor Angka Giliran dan hantar ke 15888.

contoh : SPM 9503210158XX JF001A026 hantar ke 15888.

Setiap SMS akan di cas sebanyak RM 0.35.


Fear Factor Selebriti Malaysia ( Episod 10 )

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 10 


Assalamualaikum..

Fear Factor Selebriti Malaysia : 15 pasukan telah bertanding, 8 kumpulan telah tersingkir manakala 7 kumpulan masih bertahan.. Pada minggu ini dapat kita saksikan di mana cabaran yang perlu di tempuh oleh setiap peserta semakin mencabar.. Itulah Fear Factor , ketakutan bukan menjadi salah satu faktor..

Setiap cabaran perlu di tempuh untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 bagi setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM 200,000 untuk di rebut.. Pelbagai cabaran dapat di lakukan, tetapi ada peserta terpaksa di singkirkan dari Fear Factor Selebriti Malaysia ini.. Saksikan..







Ranking Alexa Semakin Baik

on 10 March 2013

 Ranking Alexa Yang Semakin Ohsem!

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, ranking Alexa meningkat hari demi hari.. Pencapaian ini aku terima dengan gumbiranya.. Bukan senang untuk blogger newbie macam aku ni untuk bertapak lebih lama dalam dunia blogging ini, lagi kan pula niche blog yang semakin kucar-kacir, amat sukar untuk aku menetapkan apa yang aku patut kekalkan dalam blog aku ni..

Semangnya aku tercari-cari apakah hala tuju aku dalam dunia blogging yang penuh dengan pancaroba ini.. Terdetik di hati ingin saja aku berhenti, tetapi semangat aku kian berkobar apabila sentiasa di berikan semangat dan dorongan dari rakan-rakan blogger yang lain.. Terima kasih kawan-kawan.. Aku akan terus berusaha hingga aku dapat menjadi seperti kalian semua..

Maaf, semakin lama aku lari dunia blogging, blogwalking tidak dapat di jalankan seperti dulu, kerana masa terlalu sangat singkat dan beban tugas yang semakin berat.. Ya inilah cabaran aku sebagai seorang blogger.. Aku yakin blogger yang lain turut pernah mengalami situasi ini..





Keghairahan Dikongsi Bersama Seorang Blogger

on 9 March 2013

Aku Dan BoniKacak Kongsi Keghairahan

Assalamualaikum..


Dengan secara tidak sengaja aku berkongsi minat dan keghairahan aku yang selama ini telah lama aku tinggalkan.. Setiap hari aku rasakan bersalah, aku rasa hendak berlari sekuat hati.. Tapi apakan daya masa tidak menyelebelahi aku.. Namun dua hari lepas, keghairahan aku selama ini telah pun berputik kembali dan kini aku lebih bersemangat..

Aku dan BONIKACAK sememangnya berkongsi minat / keghairahan ini bersama, kami gila-gila bila di hadapan lensa kamera.. Bila lepak bersama, ada saja perbualan dan akhirnya gelak sampai mengalirkan airmata dan di selangi dengan kentut yang mengasyikkan.. Kami mempunyai impian untuk menjadi pemain badminton yang berkaliber dan setaraf dengan nama yang gah seperti Datuk LCW.. Amin, moga-moga di berikan peluang.. Jom layan video gila-gila kami untuk Axiata Cup ini..





AMARAN : Tontonan untuk 18SG sahaja.



p/s : Video ini sekadar suka-suka saja.. Tidak ada kene mengena antara hidup dan mati..

Karlos : Slot Aksi TV3 (Sinopsis)

on 8 March 2013

Karlos ! Cerita Diadaptasikan Melalui Kisah Benar




Sinopsis Karlos :


Sinopsis Drama bersiri Karlos TV3
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Tanpa wang belanja, Irwan belajar mencuri makanan dari kantin seterusnya membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.

Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan. (Sumber: Galaksi Media)

*  *  *  *  *

Drama Karlos ini di adaptasikan daripada kisah benar. 


Episod 1 Karlos lebih kepada pengenalan permulaan cerita ini.. Dapat kita lihat keretakan dalam sesebuah institusi keluarga ini.. Daripada cerita ini tentu dapat kita pelajari sesuatu yang bermanfaat.. Selamat menonton..




Karlos Episod 1 by tvmiromrok

Kedutaan Malaysia Di Filipina Di serbu!

on 5 March 2013

Siapa Cari Kawan Dan Siapa Cari Lawan??

Assalamualaikum..

KECOH!! Kini pula Kedutaan Malaysia Di Filipina pula di serang oleh sekumpulan aktivis yang tidak berpuas hati.. Yang menjadi persoalannya bukan kah mereka yang terlalu sibuk menuntut hak mereka yang dahulunya telah pun mereka gadaikan?? Rujuk la sejarah balik ya, jangan buat-buat lupa dan terus berdegil dengan kemahuan itu terus..

Dan bukan kah mereka yang dahulu telah melancarkan serangan terhadap Polis yang menjaga keselamatan?? Di suruh untuk rundingan mereka tidak mahu, tetapi mereka ini seolah sudah melampaui batas norma masyarakat, siap nya di bakar poster gambar.. Aish malas nak cakap banyak.. Tengok gambar ni ok?? Kredit pada blogger Apit kerana share gambar ni ya..




Pada Jam 7am tadi, pasukan keselamatan telah pun melancarkan serangan terhadap musuh di Kampung Tanduo.. Setakat ini masih belum dapat info lagi tentang perkara itu, dan akan sentiasa di update.. Sentiasa mendoakan pasukan keselamatan yang bertugas di Sabah terutamanya di tempat-tempat yang bahaya.. Dan juga mendoakan keselamatan masyarakat setempat agar sentiasa selamat..



Perang Cyber !

Laman-Laman Web Kerajaan Sulu Telah Digodam

Assalamualaikum..

Salah satu medium juga bagi Penggodam Laman Web untuk membantu, sedikit sebanyak dapat melemahkan     pentadbiran Kerajaan Sulu.. Anynomous Malaysia bertanggungjawb melancarkan serangan cyber ke atas web-web yang berkaitan dengan Kerajaan Sulu.

Antara laman web yang telah berjaya di godam adalah :

  1. http://spda.gov.ph/
  2. http://bongabong.gov.ph/
  3. http://www.moalboal.gov.ph/index.php
  4. http://sanfernando.gov.ph/
  5. http://pspg.pnp.gov.ph/
  6. http://chd1.doh.gov.ph/
  7. http://atcollege.edu.ph/
  8. http://adhdsociety.com/
  9. http://fiberwerx.com.ph/
  10. http://poracayresort.com.ph/

Banyak lagi yang telah berjaya di godam oleh Anynomous Malaysia, namun perang dalam dunia yang realiti masih belum berakhir..


*  *  *
Perwiraku.. DOA kami pohon sepanjang kamu di medan perang, hanya itu yang kami mampu.. Demi keselamatan negara dan agama, keluarga dan diri kamu sendiri dikau abaikan.. Berkat pengorbanan kamu, kami sentiasa berdoa dan berharap agar kesemua perajurit yang menggalas tugas ini dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat..

Buat perajurit-perajurit yang telah terkorban, Al-Fatihah di titipkan sebagai bekalan, kami sentiasa mendoakan agar roh-Mu di cucuri rahmat, sesungguhnya kamu adalah wira di hati kami.. Terima Kasih..


 
© Blog CCK All Rights Reserved