Semakin Hari , Semakin. . .

on 30 September 2012

Salam kepada readers semua.. Berjumpa lagi di entry yang ke #34.. Alhamdulillah perjalanan hidup masih dapat di teruskan walaupun liku-liku yang terpaksa aku tempuh semakin mencabar.. Biar pun cabaran yang mendatang tu berat, akan aku tempuh dengan sabar.. Dengan harapan, aku tidak akan lupa pada yang Maha Esa.. 


Semakin aku kenal dia, semakin aku dekat dengan hati dia, biar pun tak pernah bersua muka namun ku tahu dia lah wanita yang berjaya membuka hati aku untuk bercinta lagi, setelah di kecewakan dahulu, pernah terdetik mungkin aku ni tidak sesuai untuk wanita yang baik..


Seorang hamba Allah pernah memberitahu pada aku,  saudara jangan risau, jodoh orang yang baik adalah dalam kalangan yang baik belaka dan begitulah sebalik nya.. Semaki hari semakin rasa sayang.. Entah kenapa setiap hari teringat padanya, berdebar di dalam hati setiap masa.. NAMUN, aku kena bagi dia ruang untuk memilih.. Sampai saat nanti, dia akan beritahu..


Rupa paras tiada, harta pun tiada, hidup besederhana, tiada apa- apa.. Bukan kemewahan duniawi yang di kejar semata, namun akhirat tetap tak ku lupa.. Pengalaman dahulu banyak mengajar ku tentang kehidupan.. Dewasa umur bukan mengukur kematangan seseorang, bukan hidup di dunia sudah lama pengukur kepada kerohanian seseorang.. Paras rupa, pangkat, harta dan kelebihan semua tu hanya pinjaman semata.. Bila-bila boleh di tarik nikmat tu, secara perlahan-lahan ataupun sekelip mata..


Keikhlasan itu penting dalam setiap perhubungan, di bawah nya terletak perkara - perkara yang lain yang lebih menguatkan suatu ikatan.. Ada masa kita memerlukan , ada masa tidak.. So tepuk dada tanya iman, tanya hati, tanya akal... Mana yang baik kita ikot mana yang jauh kita jangan lah ikot..
Semakin hari semakin rindu...Aku hanya menanti apa keputusan dia, aku tetap akan menanti.. 

Terima kasih.. 

Aku nak kan dia ikhlas terima aku adanya, mencintai aku kerana allah dan mencintai juga kekurangan aku.. Aku nak jadi imam kepada dia, dan dia isteriku.. 
Ya allah, pelihara lah hubungan kami.. 
Capital F
SAYA CINTA AWAK!
SAYA RINDU AWAK!
SAYA SAYANG AWAK!
Setulus hati saya...


Tuhan jaga kan dia, dia kekasihku, kan tetap milikku.. Aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hati ku..


Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita..

Genre Muzik Seharian . .

on 29 September 2012


Haaa tadi ada mengadu tak da idea kann?? Haa ni dah tiba dan mencurah-curah ke ladang gandum...Hahaha
 laka sangat lah tu kan?? ( tangan ke dada, mata ke atas).. Hahahaha.. entry ni di buat sebab aku suka sangat dengan muzik.. Semua genre aku minat, cuma sekarang ni yang tak boleh masuk cuma dangdut je.. Maybe belum sampai umur kot :D Sehari tak bukak lagu memang tak sah, even nak tidur pun dengar lagu, tengah keje lagu, lagi la tengah keje..


Haha tu lah diri ku, memang suka muzik.. Banyak genre lah yang aku dngar, bukan contoh dah minat kpop xleh masuk yang lain.. Alaaa bukan susah pun tinggal dengar je.. ( haha senang cakap)
 
Ok la tanpa banyak cakap aku ni lebih cenderung meminati hard muzik, eg: hardcore, metalcore, post-hardcore dan banyak lagi la.. Sapa kata malaysia xde band macam tu..
Meh sini aku kongsi.. 

Massacre Conspiracy

The Padangs

Ballad For Layla

Daarchlea



Tres Empre


Banyak lagi band-band macam diorang ni kat malaysia ni.. Tengok la sendiri bagaimana berkembang nya muzik malaysia ni.. Ambik yang positif and jangan terlampau ghairah sangat, memng kalau gig memang ganas.. Tapi jangan lah melampau ok?? Ni antara yang aku minat and sentiasa tunggu single diorang..

Ek eleh kata tadi banyak yang minat, ape lagi genre lain?? Hahaha sabar la ni nak kongsi la ni.. KPOP aku pun layan jugak, tapi selalu lelaki akan lebih cenderung kepada group perempuan kan?? Tapi aku tak pun, aku minat lelaki, sebab style diorang.. Kenal kpop ni bermula dari youtube, kawan-kawan jugak.. 

Hahaha tak salah kan?? 

Ni antara yang aku dapat listkan..



Big Bang 

FT Island

B2ST


Hahaha aku pun pelik napa aku boleh terlayan kpop lak.. Nak malu apa, bukan salah pun.. Tapi kalau nak tau 2 genre ni la yang memenuh kan memory 8GB hp, lain kat lappy.. Hahaha.. 

Ok la lain kali tulis entry.. Terima Kasih sebab sudi baca sampai habis.. 
Assalamualaikum..

Jangan La Sampai AKu Terkena..


Penyakit MALAS.. hadooiii penyakit malas ni kalau dah timbul mmg xda la ubatnya.. Dari segala macam perkara kalau ada perasaan malas ni mmg susah la.. Sekarang ni, paling takut malas update blog sebab kekurangan idea.. Semngat mmg ada, cemburu tengok blog yang lain followers banyak sangat, dalam hati pun berkata alaa wan jangan la nak hot sangat, cukup la bersahaja..  Argghhh peduli! bukan nak hot cuma nak jadi blogger macam korang.. Update entry mmg dari hati, sampai ke otak kemudian tangan yang menaip ni semakin kekurangan idea disebabakan mmg tkde masa sangat, bz tuhh.. 




7hari seminngu takda cuti takkan la nak update pasal kerja pulak, nama pun personal blog.. Hahaha tapi mudah-mudahan aku dapat cari penyelesaiannya nanti.. Insyaallah.. Aktif blog pun belum lama, xsampai pun setahun lagi.. So banyak2 kan bersabar la.. Baru ni je pandai update segala, dulu blog simple sangat, entry pun sikit.. Sekarang alhamdulillah dah # 35.. Nak lebih ramai, tu yang join group blog dalam facebook tu.. 


Ada juga baca tips dari blogger lama.. Hope aku dapat buat macam diorang dan sesekali aku takkan mengalah.. DONT GIVE UP.. Selalu juga fikirkan entry apa, nak taip ape aku nih?? @#$&^& Tak faham betul la.. Tadi ada je dia,tetiba je hilang.. 

Nak miscall tapi idea tu takde hp pulak.. Hahaha datang lak meroyan malam-malam ni.. Yes Idea coming!! 

Jumpa next entry..

: D

Bila Capital F Mahu Jumpa..

on 28 September 2012


Salam membaca buat semua, lagi sekali post luahan hati.. Time mud jiwang memang la.. Hahaha.. Ala bukan selalu pun ( padahal memang kerap update entry jiwang ) : D  Hehehe ape2 jela janji ada benda nak aku taip aku akan teruskan juga..

Capital F : U dtg sini bg la bear kat i.. boleh?
Me : Bear macam mana, besar? Warna? Jenis?
Capital F: I nak besar, kalau boleh sebesar macam u..
Me : errrrrrr.. Hade ke?
Capital F : alaa i ta kesah pun, asalkan u ikhlas nak bagi i..

Sekali tu dia mintak bear, aku mesti kene bagi dia.. Nak buat suprise kat dia nak datang mengejut laaa.. Biar dia tergopoh-gopoh.. Hahaha i saje nak dengki u nanti.. Teringin nak tengok u kerja.. Boleh la i jadi pesakit u nanti.. Walaupun baru posting tapi mesti la pandai jaga pesakit.. Mesti tersangat comel kan bila pakai baju nurse.. Nakkkk tengokkkkk.. : D ----> geli pulak ayat mengada nihhh : D  


Hope u dapat la bagi, via whatsapp ke, wechat ke,fb ke, twitter ke or apa-apa la seangkatan denganya.. Cz i nak tengok la sangat.. Sebelum datang sana, nak tengok dulu.. Yela kot tersalah orang masa kat hosp tu nanti.. Hahahaha..  (Wahh ada terasa macam nak kene penyepak laa).. I gurau je u.. Of course la i nak simpan.. Segala pic u i simpan dari awal kenal sampai la sekarang.. Romantik tak?? I tau la senget!! Hahaha pandai tak i teka??  U mesti akan cakap macam tu.. Tapi sweet sangat .. Hahaha.. 



Ikhsan mr.google : D


Errr macam ni ke u.. I lau boleh nak bagi putih sebab nampak suci gitu : D ... Tapi u kene la jaga elok-elok.Banyak kan color lain, try cari purple.. Sebab i minat purple juga.. Lagi comel tapi tak nak lawan ngan u punya comel kalah bear ni..


Sedap-sedap mesej ada lak orang ganggu.. Sudah la, pergi la.. Sy xcari awak lagi.. Mintak tolong jangan ganggu hubungan saya sekarang, sebab awak mintak, awak dah dapat apa yang awak nak kan??
So jangan la ganggu, and selama ni saya dah " MATI " untuk awak.. 
Please, saya tak nak sebab awak dia sakit hati.. Ok deal?? Lagi pun awk dah ada Mr. Right kan?? Tak silap nama macam atas ni.. Hahaha laka sangat-sangat.. 

" Lantak la wan, dia ada kan? ko pun ada dah, tak payah pikir, baik ko pk si dia lagi bagus" <--- Monolog sendirian di kala pagi ni.. Hahaha ignore kan je.. 

Pagi dah ni, nak bangun pagi untuk kerja.. Sebelum tu tulis entry dulu..
ok bye..
Moga jumpa lain entry ye??
hehehe..
Asssalamualaikum........




Dimana Sahaja Aku Berada, Tapi. . . .

on 27 September 2012

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..  Hampir setahun juga berada di rantauan orang.. Cari rezeki untuk majukan diri sendiri di samping membantu family.. Dimana sahaja aku berada, aku pasti akan teringat kan suasana kampung and paling utama sekali yang paling di rindui adalah masakan mak.. 

Suasana sangat berbeza, kalau dulu makan tak payah beli atau masak, nak minum tak payah pegi kedai or beli.. Semua telah tersedia, tinggal nak buka mulut je..

Hahaha bukan laa pemalas, ad la sikit hahaha : D , tapi kalau kat rumah, rata- rata memang macam tu pun.. Ada baju kotor, puuuiiingg ( Siap ada sound effect) masuk dalam bakul baju, sekarang ni takde la, semua basuh and takde masal nak anta dobi.. Habis duit je.. 

Rindu suasana kampung, kawan2, lepak tiap petang.. Best sangat.. Balik cuti raya hari tu rasa tak puas seminggu.. Ada je program dari pagi sampai laa tengah malam.. Pendek kata rumah jadi tempat salin pakaian.. Rindu juga suasana kampung yang aman damai, hijau mata memandang, jauh dari hiruk-pikuk bandar, tak nampak bangunan tinggi, tapi itulah panorama indah kalau duduk kat kampung.. Tenang dan damai..

Bila malam je, kampung sunyi.. Takde la sangat aktiviti malam.. Kalau ada pun game-game moto rempit.. Tu pun kebanyakan malam minggu dapat dengar.. Nak tengok? Nak join?? Tak sesuai laa.. Dah tua dah tak payah nak merasa jiwa tu terlampau remaja.. Kata orang umur patut ada bini, ada anak dah, tapi bukan la umur senja.. Baru je 23tahun.. Tapi sedar la, kita bukan nya selamanya muda.. Memang semasa remaja ni kene puas enjoy, tapi jaga batas - batas agama.. Ikut jalan yang benar dan jangan sekali ikut jalan yang sempit lagi menyesatkan.. ( ayat macam drama petang-petang, tak boleh blah! ) Hahahaha : D



Tenang je kan.. p/s ni gambar sumber en.google je.. Buakan la gambar aku snap.. Curi je picture nih hahaha.. Insyaallah , kalau ada kelapangan nnti boleh balik kampung, boleh la tangkap gambar and buat entry tentang kampung aku.. Dapat la korang tengok sendiri..


Tapi memang syok woo lepak tepi sawah, time nak senja matahari nak terbenam.. Salah satu moment yang aku paling minat and suasana ketika tu sungguh mengasyikkan.. Ingat dulu masa kecik, suka memancing dekat sawah, masuk dalam sawah, tali air.. Paling best bawak jaring, so hasil lebih banyak.. Ajak ramai orang, jaga jaring and ada orang " godak" parit or tali air tu.. Kompom lekat banyak ikan, sepat la paling femes.. Buat ikan kering sedap tu.. Makan lak ngan nasi panas, sayur apa - apa asal kan masak air, campur pulak telur masin 1/2.. Perrrrrgghhh sedap.. ( tulis entry sambil telan air liur.. sebab lama tak makan macam tu : D  )

Ok la kawan-kawan blogger semua, mintak diri dahulu.. 




Sangat KECEWA !!

on 25 September 2012


Salam 1 Malaysia kepada semua dan selamat membaca entry ini.. Terima kasih kerana masih lagi sudi membaca.. ( cewaaahhh !!) skema sangat ayat.. 

TENSION!! mukadimah pembuka bicara aku tentang perkara ni.. Pelik ke ?? Tak nak tanya apa yang berlaku pada aku sampai kan aku jadi macam nih ?? Hahaha senget habis aku ni.. Mood tension + mengantuk + penat + lapa.. wahhh !! tapi tak tau pun jawapannya apa..  Korang taknak tau ke?
hehehe ni cheq nk habaq la nii..

Ok, bend aku nak cite ni memg tak patut la terjadi.. Memang menggangu kerja, masa rehat, nak on9.. So bila cakap pasal nak on9 pun susah tentu la pasal internet! huhuhuhu tension weh.. Aku ni pengguna CELCOM ( cakap direct je --> ada aku kesah!! ) .. Sebab aku ambik pakej data.. Dalam bape hari ni memg slow tahap gaban.. Paling teruk la.. Selama ni tak ada la se lambat macam ni..

Jenuh kot nak masuk internet, apa tah lagi nak update blog / twitter / facebook.. Tu belum nak tengok youtube.. Pakai hotspot je dari Samsung Galaxy ni.. Selama ni ok.. Yang paling buat aku tak dapat terima dah buat berulang kali aduan, nak kata tempat pun jauh ke hutan tak de la pulak.. Ya memg kawasan aku sekarang ni Hulu Selangor tp dekat sangat  kot ngan highway.. Kalau kawasan yang berdekatan dengan highway pasti ada 3G .. Ni jgan kan 3G, line biasa pun lembap.. Adehh xupdate dah movie baru.. Bosan nyer..

Ada la dalam 3hari.. Nak kerja pun susah, nak download itu ini.. Tpi internet pun slow, macam mana tu?? Susah takde internet ni.. Kalau time laju sedap pakai, xde la buffering tengok youtube HD.. Masalah kawasan ke rangkaian pun aku tak pasti.. 

Perbaiki la cepat.. Pengguna celcom lama ni.. Tak pernah tukar rangkaian.. 

OK laa puas dah.. Semoga berjumpa lagi..



Hai laaa Badan : D


Selamat kepada semua yang sudi membaca entry baru sy ni.. Jutaan terima kasih dan tahniah ok?? hehehe ape la melalut sangat nihhh?? Senget la!! patut la salu kene panggil macam tu.. Thanks 'Capital F'..


Entry ni luahan diri sendiri tkde kene mengena dengan yang hidup atau yang mati..

Kenapa badan selalu je letih? Rasa macam takde tenaga sangat? sakit badan, tidur pun selalu tak lena.. Bukan angau ok?? Ni betul ni.. Sehari sekali mesti minum isotonic.. Tak kisah la 100plus ke revive ke.. Tapi yang selalu beli Revive sbb tak la terlampau bergas.. Cuma kurang berkesan berbanding 100plus tu..

Macam ne nak maintain tenaga? Makan dah, minum pun banyak air masak.. ada lagi ke cara lain nak kekalkan tenaga.. Alahai xakan nak kene minum Super Power kot? hahaha menggila lak nanti aku..

Ada nak cari suplement, sebab memang kerap sangat demam, batuk -batuk.. Kurang tidur, jarang dah bersenam, apetah lagi masuk gym lagi haram habuk pun takdak.. 

Demam pun ambil masa berhari baru baik, ni baru baik demam.. Seminggu jugak.. Tapi alhamdulillah sekarang dah mula kurang tinggal batuk je.. Dah macam baby je kene makan ikot time, ape la doc ni.. 
Ubat2 makan habis tapi susah nak ok.. (ape pon tak boleh!) hehe...


Cuaca pun memainkan peranan, nak kata selalu kene hujan xla, cuma suka berembun lepas balik kerja.. Melalak dengan membe2 la, lepak minum la.. Yela seharian kerja dari 10am - 12am.. 14hours tu.. Lepak jap baru tidur.. Tapi sebelum tidur tu biasa la mengadap si Lappy ni.. Bukak fb,twitter and blog.. Cuma sekarang ni lebih fokus kepada kerja.. Tu yang jarang buat entry baru, otak pun kering idea nak buat apa last2 luahan hati juga yang aku coret kan kat sini.. 

Kerja mmg nampak senang, nampak rilek.. Sakit manusia kira sama la sakit pc or lappy ni.. Nak kene jaga, hati customer, jaga kualiti ngan biz.. Bermacam service ada, cuma kakitangan xcukup.. Biar lah, baru je mula kan.. Nanti dah maju, ada rezeki insyaallah aku akan bukak macam ni gak dengan hasil titik peluh aku sendiri..

Dah mula berminat dalam bidang maintanance, IT ni.. Terus terang la cakap, lau tak keje sini xde la pandai sangat, nak typing pun dulu slow.. lagi banyak software.. Bidang IT memang tiada sempadan, makin banyak yang aku nak tahu semakin luas..

Dah tua baru nak belaja, otak mula nak tepu kalau nak blaja g kolej komuniti, giat ke.. yang ada kait mengait dengan bidang pekerjaan aku ni.. So, aku kene la bertanya orang, tebal kan muka untuk mendapatkan satu ilmu yang tak pernah aku akan tahu kalau bukan aku sendiri yang discover benda tu.. Buat ape nak malu, tak bertanya selama tu kita akan sesat jalan, selamanya kita akan bodoh..

Sambil2 on9, blog ke ape ke.. Cari ilmu kat internet lebih luas, bahasa bukan penghalang.. Bukan susah sangat, paham gambar atau pun translate je la.. Hehehe :D


Ada masa buat entry lagi ok? Tengah mencari tutorial untuk blog.. Kemaskan lagi.. Thanks sekali lagi, penat menaip letih korang membaca, aku doakan korang semua berjaya di dunia dan di akhirat.. Aminnn .. : D

AES ( Automated Enforcement System )

on 23 September 2012


Salam kepada readers yang sudi membaca entry ni.. Jutaan terima kasih buat anda semua.. Entry ini di buat sebab rasa tertarik dengan perkara ini..

Seperti mana yang kita sedia maklum, kadar kemalangan di negara kita semakin meruncing..
Tetapi pada OPS sikap 25 (2012) , sebanyak 226 kes kemalangan maut dengan 243 kematian direkodkan.. Penurunan di catatkan berbanding Ops sikap 24(2011), mencatatkan 259 kes kemalangan maut, dan 289 kematian..

Justeru itu , AES ( Automated Enforcement System ) telah di perkenal kan. Dan setakat ini 7  lokasi telah di pasang dalam FASA PERCUBAAN.. 

  1. KM D7.7 Sungai Besi
  2. Jalan Persiaran Timur
  3. KM 301.9 Kajang
  4. Jalan Lebuh Sentosa
  5. KM 6.6 Jalan Kajang / Puchong
  6. Jalan Klang Lama
  7. Jalan Ipoh


Apa guna kalau sistem sahaja bertukar ganti, tapi sikap pengguna di jalan raya?? Masih pada takuk yang sama.. Pasang kamera sana sini tapi sikap pengguna seperti biasa pun tidak menjadi apa.. Bukan nak membangkang tapi hairan dengan sikap pengguna jalan raya..

rasa ngeri kan?? Takut sangat bila tengok kejadian macam ni.. Lebih sedih kalau terjadi dalam  keluarga sendiri..




Salahkah aku??


Salam semua kepada readers yang sudi membaca entry ni.. mmm hmm lama tak meluah apa isi hati kat sini..

Salah ke kita fikirkan awak?
Salah ke kita rindukan awak?
Salah ke saya menyayangi awak?
Salah ke saya cuba mendekati awak??
Salah ke??

boy: i tunngu u ok? i paham kita agak terlalu awal untuk declair mende ni??
gurl: u ta paham ke? jgn la tungu i, i ta nak u sakit ati sebb i, sebb i syg u dear..

Alolo sweet je ayat tu.. Kembang kempis da nih.. Hehehe : D

Boy : Sehari xde u i jdi angau, makan tak lalu,tidoq xlena,mandi xbasah.. Mesti
ingatkan u walau ape pun..
Gurl: Eeee!!! senget la u ni, hehe mm i ta tau nak ckap pe, so shy lahhhh :p

Untuk 'si DIA' saya dah bagitahu yang saya tak akan kecewakan awak seperti mana ex awak buat tu.. Saya suka time kita macam senget dulu2, p saya kene paham.. Lusa dah exam, buat betul2 sayang, nanti dah jadi nurse saya sakit awak boleh rawat saya : D

1st time la semalam, awak tak tidur lagi.. Agak lewat juga semalam, maybe awak dah tidur kot.. Memandangkan jam pun dah pukul 12am saya taknak ganggu masa rehat awak.. Tetiba......

Gurl : U call i x?

Tak reply pun msg tu terus call.. Sebab mmg ada janji mmg nak call lagi sebelum tido.. 

Borak jap je sebab dah pukul 2am..  

Tengah meluahkan rasa hati si dia cakap macam biasa la.. Tak tahu nak cakap apa..  
Saya tahu awak dah lama mengantuk tapi awak jenis ingat dan berpegang pada janji..

Thanks sayang..

  • Sebab u terima i seadanya walaupun i banyak kekurangan nya...
  • Sebab u cintakan kekurangan yang ada pada i juga..
  • Sebab u banyak sedarkan i bahawa pentingnya setia..
  • Sebab u ada sentiasa pada hati i..
  • Sebab u take care pada i walupun i rasa itu belum cukup.. tapi i rase syukur..
  • Sebab u sanggup korban kan masa, walupun sekejap untuk i..
  • Sebab u jaga bunga "cinta PLATONIK" kita..

Tuhan janjikan terbaik untuk kita kalau diri kita terbaik.. SILAP dahulu tidak akan berulang lagi.. 

TAKKAN SESEKALI TERJADI LAGI!!!

Boy : u, if nanti u kat sana ada pilihan lain, u tak payah la serabut pk pasal i nie,i boleh ok kot..
Gurl: tak payah la sangat, macam tak tahu u tu macam mana.. Jangan nk buat2 kuat hati :p

Hahahaha..
Kantoi sudah.. Dia tahu aku ni mmg kuat jeles..
Tapi u perlu tahu  I SAYANGKAN U.. 
Sebab tu lah i sering tengok twitter u sebb u aktif tweet kan??
i skod je dari jauh..
tapi i ta penah cakap yang i cemburu, i takut u ta suka i nnti : D


H.A.C.K.S 


























Lelaki SEJATI ?? masih wujudkah??

Salam kepada yang sudi membaca entry terbaru ni.. Bukan apa pun cuma ingin berkongsi idea dan pendapat, untuk share kepada semua..

Lelaki sejati?? apa definisi disebalik perkataan itu?? tapi pada zaman "dunia tanpa sempadan" kita tidak terlepas dari memikirkan jika lelaki tu xsejati xsesuai atau lebih cenderung kepada cinta "sejenis" .. korang paham2 je la and xperlu dihuraikan..

Lalu, aku ingin mencari konklusi disebalik kekalutan dan kekusutan ku.. 

Sebenarnya lelaki sejati boleh di lihat macam ni.. 


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Filem Innocence Of Muslims Hina Nabi Dan Islam ..

on 21 September 2012

Salam membaca readers semua.. Mungkin agak terlambat untuk menulis entry ini, namun entry ini ditulis juga untuk memprotes apa yang telah baru2 ini terjadi..

Filem Innocence Of Muslims memang secara terang- terangan menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. Filem ini di arahkan oleh Sam Bacile (seorang Yahudi-israel) dan filem ini dapat sokongan padu oleh Tery Jones ( yang pernah membakar Al-Quran satu ketika dahulu..
filem ini mencetuskan pelbagai kontroversi hingga boleh menyebabkan perbalahan di SELURUH DUNIA..

Manusia Akhir Zaman

Selamat kepada readers semua.. Kali ni nak share topik yang memg tak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita.. Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.


GEMPAR!!! Kes terbaru ! manusia perilakunya!! 

tertuduh! hukuman dunia mungkin tidak berat , akhirat sana menanti hukuman yang lebih setimpal!!
Menghampiri zina ( ringan-ringan ) ~> ajak check in ~> `sedap` bape minit ~> disahkan mengandung luar nikah ~>  xde sapa yang sanggup jadi `PAK TURUT` ~> lahir anak xmahu bela = buang sesuka hati!! BINATANG pun kalau kita tengok takde perangai macam ni..Sakit hati ! MALU dengan orang seagamaku..

Dunia Oh Dunia !!!


Assalamualaikum readers semua..

Kali ni nak talk pasal KEKEJAMAN DUNIA pada zaman sekarang ni..

Fikirkanlah...

Jenazah di semadikan beramai- ramai...

Bosan FB aktif Di Twitter !!

Assalamualaikum..
hai.. lama dah tak update blog laa.. line tenet mmg slow.. dah tu xde mud or idea nak post..

Ni nak post la nii.. hehehe : D

Skang ni mmg jarang on9 fb.. kadang2 mmg xon9 lansung, dapat noti dr fb via gmail pun boleh dah ignore kan msg tu.. hahaha.. lau dulu rasa kalau tak on9 fb rase nak mati.. Tapi skang ni dah AKTIF twitter dah..


hahaha saje je nak post gambar ni.. bagi korang yang agak gatal nak follow tu di persilakan la follow.. aku akan follow korang balik.. blum lama kot aku bukak acc twitter ni, lebih resah kalau sehari x ber`tweet` hahaha.. Banyak mende yang korang boleh share.. maybe aku yang ketinggalan zaman, xpelik skarang budak 6 tahun pun ada acc twitter and lebih aktif dan lebih ramai followers..

Rase dekat sebb new gf pun rajin bertwitter ni.. Blum sampai sebulan kot dah nak dekat 50.. Ala bukan nak menunjuk, tapi agak jelezzz la jugak tgok org lain lebih ramai.. Ada yang 50k tu, artis mmg la public figure.. ok la penat berceloteh : D

Bahasa Mencerminkan Bangsa

on 8 September 2012

Assalamualaikum semua..


Jam dah pukul 0321 dah sekarang, tp masih tak dapat nak tido lagi.. Sebenarnya memang belum rasa nak mengantuk pun lagi and lagi tadi sibuk update blog n target aku hampir tercapai cz blog aku makin 'ringan' berbanding dulu.. Buang ape yang tak perlu supaya xla membebankan..(ada ke nak baca blog aku nih??) .. Haha xpelah, aku teruskan menulis entry baru yang aku rasa patut di luah kan or aku memang nak share dengan korang semua k?? : )


Korang mesti menonton Youtube kan? Gedung video merangkumi pelbagai elemen di dalam nya.. Antara yang aku dapat di senaraikan kat sini hiburan,sukan,pembelajaran,bakat semulajadi, suka2 buat video.. Banyak lagi ada kat dalam Youtube tu kan??


Bila dah upload tu tentu ada yang nak comment tentang video tersebut, tapi aku pelik bin hairan kenapa perlu bergaduh sesama bangsa, atau mengutuk sesama sendiri.. Bukan nak menyalahkan, tapi sekadar teguran bersama..




Macam ni kan bahasa.. Jangan la macam ni yer, just tegur.. Maaf kalau tak suka..

trick!! RESET FACTORY samsung galaxy!

on 6 September 2012

Assalamualaikum semua..

Hari ni nak share satu ilmu yang aku berjaya buat dari hasil " takde pasal buat pasal" aku beberapa hari lepas.. Asyik tengah charger hp, hp terjatuh mase nak bangun dari kerusi.. Hadoiii berderai la hp aku ni.. Da la syg gile ngan hp ni.. Mula2 boleh on, tp keluar SAMSUNG tu lame sangat lah.. aku dah la xmenyabo orgnya.. hahaha.. Terpikir nak hantar kedai, memandagkan mase tuh tengah kering xjadi la nak hantar.. So aku bertanya la kepada En Google ni..



Kalau untuk Samsung Galaxy Y aku dah try la, pasal aku punya hp pun tu je, xla secanggih mana.. : )




bila dah jatuh tu mmg xleh on la... cuma keluar samsung je.. Membe aku cakap ni rosak software.. so macam reset factory je la kann??? same je.. so bila ada yang terjadi macam kes aku tadi ape yang perlu korang buat
adalah :









Korang tekan je la button kat atas tu serentak dalam kiraan 8-10saat.. Then korang lepaskan.. lepas tu dia akan keluar macam ni..




Ada step sebelumnya tp aku xde save gambar pun.. so pas keluar mende ni korang plih WIPE DATA/ FACTORY RESET.. so dia automatic akan delate semua n save android kembali ke tetapan kilang.. Yang mane suka simpan mesej jiwang, num awek/pakwe ke sorry eh? bila reset factory ni akan delate semua data dalam partition C atau pun memory telefon..







Yang ni lak trick lain tentang android.. Ni boleh try kiranya macam shortcut yang hampir semuanya korang xkan tau dan xkan jumpa pun dalam menu tu..




*#*#4636#*#* phone information
*2767*3855# hard reset*
*#*#7780#*#* factory reset**
*#*#7594#*#* change end call/power option
*#*#197328640#*#* service mode
*#*#273283*255*663282*#*#* file copy screen (backup media files)
*#*#526#*#* wlan test
*#*#232338#*#* shows wifi mac address
*#*#1472365#*#* gps test
*#*#1575#*#* another gps test
*#*#232331#*#* bluetooth test
*#*#232337#*# shows bluetooth device address
*#*#8255#*#* gtalk service monitor
codes to launch various factory tests:
*#*#0283#*#* packet loopback
*#*#0*#*#* lcd test
*#*#0673#*#* melody test
*#*#0842#*#* device test (vibration test and backlight test)
*#*#2663#*#* touch screen version
*#*#2664#*#* touch screen test
*#*#0588#*#* proximity sensor test
*#*#3264#*#* ram version
codes to get firmware version information:
*#*#4986*2650468#*#* pda, phone, h/w, rfcalldate
*#*#1234#*#* pda and phone
*#*#1111#*#* fta sw version
*#*#2222#*#* fta hw version
*#*#44336#*#* pda, phone, csc, build time, changelist number



selamat mencuba....
 
© Blog CCK All Rights Reserved