Home
>
Semakin Hari , Semakin. . .
Semakin Hari , Semakin. . .
Salam kepada readers semua.. Berjumpa lagi di entry yang ke #34.. Alhamdulillah perjalanan hidup masih dapat di teruskan walaupun liku-liku yang terpaksa aku tempuh semakin mencabar.. Biar pun cabaran yang mendatang tu berat, akan aku tempuh dengan sabar.. Dengan harapan, aku tidak akan lupa pada yang Maha Esa..
Semakin aku kenal dia, semakin aku dekat dengan hati dia, biar pun tak pernah bersua muka namun ku tahu dia lah wanita yang berjaya membuka hati aku untuk bercinta lagi, setelah di kecewakan dahulu, pernah terdetik mungkin aku ni tidak sesuai untuk wanita yang baik..
Seorang hamba Allah pernah memberitahu pada aku, saudara jangan risau, jodoh orang yang baik adalah dalam kalangan yang baik belaka dan begitulah sebalik nya.. Semaki hari semakin rasa sayang.. Entah kenapa setiap hari teringat padanya, berdebar di dalam hati setiap masa.. NAMUN, aku kena bagi dia ruang untuk memilih.. Sampai saat nanti, dia akan beritahu..
Rupa paras tiada, harta pun tiada, hidup besederhana, tiada apa- apa.. Bukan kemewahan duniawi yang di kejar semata, namun akhirat tetap tak ku lupa.. Pengalaman dahulu banyak mengajar ku tentang kehidupan.. Dewasa umur bukan mengukur kematangan seseorang, bukan hidup di dunia sudah lama pengukur kepada kerohanian seseorang.. Paras rupa, pangkat, harta dan kelebihan semua tu hanya pinjaman semata.. Bila-bila boleh di tarik nikmat tu, secara perlahan-lahan ataupun sekelip mata..
Keikhlasan itu penting dalam setiap perhubungan, di bawah nya terletak perkara - perkara yang lain yang lebih menguatkan suatu ikatan.. Ada masa kita memerlukan , ada masa tidak.. So tepuk dada tanya iman, tanya hati, tanya akal... Mana yang baik kita ikot mana yang jauh kita jangan lah ikot..
Semakin hari semakin rindu...Aku hanya menanti apa keputusan dia, aku tetap akan menanti..
Terima kasih..
Aku nak kan dia ikhlas terima aku adanya, mencintai aku kerana allah dan mencintai juga kekurangan aku.. Aku nak jadi imam kepada dia, dan dia isteriku..
Ya allah, pelihara lah hubungan kami..
Capital F
SAYA CINTA AWAK!
SAYA RINDU AWAK!
SAYA SAYANG AWAK!
Setulus hati saya...
Tuhan jaga kan dia, dia kekasihku, kan tetap milikku.. Aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi setulus hati ku..
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita..
Ranking: 5
JODOH AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA..SILA LAH KE BLOG SY..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDelete