Flyover Runtuh Di Putrajaya ?? Disalahertikan..

on 28 February 2013

PANAS!! Di sebalik Flyover Runtuh Di Putrajaya

Assalamualaikum..

GEMPAR.. Putrajaya, bandar yang mengalami banyak perubahan arus modenisasinya seperti di salahertikan apabila kecoh dengan runtuhnya flyover yang menghubungkan Putrajaya sebentar tadi.. Difahamkan flyover ini telahpun ditutup bagi laluan orang ramai semenjak Disember 2012 lagi..

Ikhsan Oh Tidak!

Mengapa perkara ini perlu di kecohkan dengan pelbagai agenda politik semua ini?? Bila di fikirkan dengan lebih rasional jawapan yang tepat adalah setiap binaan ada tarikh luputnya, mungkin kawasan yang di bina ini berlaku mendapan tanah, hakisan tanah akibat berlaku hujan yang berpanjangan.. Faktor-faktor ini memungkinkan untuk perkara ini berlaku..

Tiada unsur jenayah atau rasuah, perkara ini banyak yang dah terjadi.. Sama juga seperti runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ( Kuala Terengganu ) banyak juga agenda-agenda politik yang dibuat bagi meletupkan cerita itu sendiri.. 

Sedarlah dari lena, usah lah bergaduh sesama bangsa.. Orang lain ketawa melihat kita, sedarlah dari mimpi, kita terlampau jauh dari dunia realiti, usah berfantasi, kembali merebut hak yang hakiki, yang selamanya akan kekal abadi di hati..

Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi.. Air mata darah bercampur keringat, bumi di pijak milik orang...

p/s : hayati lah bait-bait lirik di atas.. Usah lagi berdendam, khianat dan saling menjatuhkan sesama sendiri..


Blog Dan Branding

on 27 February 2013


Perlukah Branding Pada Blog??

Assalamualaikum..




Perkongsian ini di buat hasil daripada penilaian dan kajian aku dalam dunia blogging ini dapat aku share bersama dengan blogger yang lain.. Di mana perlunya setiap blogger perlu berusaha untuk brandingkan blog nya sendiri.. Aku masih belum lama bertapak dalam dunia blogging ini dan masih mencari pelbagai jawapan yang aku sendiri akan persoalkan.. 

Branding ini lebih kepada bagaimana kita hendak menjenamakan blog, banyak blogger yang seangkatan dengan aku masih lagi tidak faham atau tidak menjumpai apa yang di maksudkan dengan branding ini.. Perlu sekali bagi seorang blogger untuk menjenamakan blognya dari segi apa pun.. Sebagai contoh dapat kita lihat fenomena branding sesebuah blog hanya dapat di hasilkan melalui nama blog itu sendiri.. Seperti Abang Ensem,Uncle Gedek,Bonikacak,BroFramestone,HasrulHassan,Denaihati.. Nama yang aku sebutkan ini memang branding dari namanya sahaja.. Memang hebat..

Kekalkan niche sesebuah blog juga adalah satu cara untuk brandingkan sesebuah blog.. Niche Blog amat mudah di fahami.. Dapat dilihat banyak blogger yang 'hidup' dengan mengekalkan niche blog masing-masing.. Sebagai contoh Beutifulnara (Blog Gosip), Melastik Bintang (Blog Parenting), Uncle Gedek (Blog Self Potrait).. Sememang nya masalah yang di hadapi adalah bagaimana untuk mengekalkan niche blog.. Ianya sangat sukar tapi manfaat dari kekalkan niche blog ini akan berpanjangan.. 
Kelebihan kekalkan niche blog :

- Meningkatkan pengetahuan
- Menunjukkan kemampuan diri
- Menarik minat orang yang sama minat dengan anda

*  *  *

Pada blogger yang newbie macam aku ni, memang banyak luangkan masa untuk mencari ilmu-ilmu yang perlu kita sama-sama pelajari.. Tak rugi bertanya pada yang lebih pakar, kita akan dapat jika kita berusaha dan tak mudah kenal putus asa..



Burger SY Cahaya Sentosa,Bukit Sentosa

on 26 February 2013


Burger Terbaik Di Kawasan Bukit Sentosa, Rawang

Assalamualaikum..

Keenakan sebiji burger di nilai dari isi daging/ayam yang mantap, sayur-sayuran yang segar dan di tambah dengan penggunaan sos yang sememang nya terbaik.. Di kawasan Bukit Sentosa ini terdapat sebuah kedai yang unik, kerana kalau dapat di lihat stall mereka sangat berbeza dari yang lain, besar dan service yang sememangnya bertaraf 12bintang..


Dari sudut kekemasan, memang terbaik.. Belum pernah lagi aku melihat pekerja kedai burger smart macam ni, pujian harus di berikan kepada mereka.. Layanan terhadap pelanggan seolah kita sedang berurusan jual beli di McD, memang terbaik dari segi layanan pelanggan.. Tidak sibuk kerana mempunyai lebih daripada 5orang pekerja yang semangnya terlatih..


Memang banyak menu yang special ada di SY Cahaya Sentosa Burger ini, yang lain-lain biasa tetap di jual dan sentiasa mendapat sambutan yang agak menggalakkan.. Kedai ini mula beroperasi beberapa tahun yang lepas dan sehingga kini banyak perubahan yang di buat untuk sentiasa menarik pelanggan kerana di kawasan Bukit Sentosa ini terdapat lebih dari 4 stall yang berbeza.. 


Pada waktu malam pula kedai ini lebih ramai pelanggan, lokasinya yang strategik, stall burger yang semangnya tidak suram sepi, cahaya lampu neon gemerlipan sana sini.. Memang meriah stall burger ini.. Membuatkan orang sentiasa berkunjung kerana tertarik dengan suasana stall burger yang sememangnya meriah..


Menu yang menarik, selalu dapat sambutan dari masyarakat setempat.. Unik, bukan burger semestinya hanya ada roti, ada daging /ayam tetapi turut boleh di pelbagaikan dengan bermacam variasi burger itu sendiri.. 

Norhisam, 19
" Pertama kali saya menjejakan kaki saya di Bukit Sentosa , SY Cahaya Burger lah tempat saya membeli burger kegemaran saya iaitu Burger Ayam. Sememangnya tidak mengecewakan, dan sentiasa menepati citarasa saya. Hampir setiap hari saya pasti akan membeli burger di kedai itu, kerana berdekatan sekali dengan kediaman saya."


Alamat SY Cahaya Sentosa Burger

Jalan Bunga Kertas 1A
(Berhadapan Salam Sentosa)
Bukit Sentosa,Rawang
48300, Selangor



p/s : Cuba sekali pasti nak lagi.





Kembali Menemui Peminat..

on 25 February 2013

Assalamualaikum..

Aiceh peminat la sangat, hahaha sorry dapat nak blogwalking dua ke tiga hari ni memang lah terlampau sibuk.. Tu la padan muka aku sebab kata Boni sibuk 24/7.. Sekarang aku pula rasakan, werkkzzz padan muka aku.. Sebenarnya aku balik kampung aku di Muar,Johor.. Siapa blogger Johor sep sikit ekk?? Korang ada tak was-was, tergaru-garu punggung sendiri sambil bertanya kenapa orang Johor selalu cakap"ekk"? Jawapan nya aku tak tahu.. Jangan tanya aku eh?? Hahaha..



Ni ada apa reramai semua nak masuk dalam blog aku ni?? Hehehe ni la sebahagian dari peminat aku.. Ehh perasan lebih je aku ni.. Tak lah ini suasana hari Ahad yang lepas ketika aku ambil BR1M tu.. Memang pack dengan orang.. Ni bahagian luar aku ambil pada jam 8.50pagi.. Padahal kaunter hanya di buka bermula pada jam 9.00 pagi.. Semua orang berpusu-pusu hendak mengambil giliran.. Di fahamkan orang ramai telah pun datang seawal jam 7pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.


6line woo barisan masa nak cashkan BR1M tu.. Memang lama berdiri, ada la 3 jam berdri dari luar sampai la ke dalam, dari pagi sampai tengahari orang tak putus-putus datang, untuk mengambil BR1M.. Terima kasih kerajaan Malaysia.. Dapat bantuan macam ini memang bagus untuk semua.. Ada juga yang mengeluh, dapat berbillion setahun bagi cuma RM250 je?? Aii cuba bawak bersyukur, karang Tuhan tarik balik baru tahu.. Agaknya masin mulut aku, tayar motorsikal brother tu pancit kedua-dua tayar.. Pelik dengan situasi tu, aku dengan tidak semena-mena di persalahkan dengan tiba-tiba.. Nasib baik pihak polis cepat datang, kalau tak tak tahu apa nak jadi.. Mungkin ada orang khianat ataupun.......




p/s : Besyukurlah atas kurniaan Ilahi, jangan cakap takbur nanti memakan diri.

Segmen : Permulaan Perjalanan Blog Saya

on 21 February 2013

Segmen : Permulaan Perjalanan Blog Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni nak support dan tolong promote segmen sahabat blogger yang berasal dari Sarawak ni.. Jom ramai-ramai join sebab segmen ini amat mudah dan menarik.. Setiap blogger mempunyai kenangan yang baik mahupun buruk dalam dunia blogging yang serba mencabar ini.. Adapun kita dapat lihat, semakin banyak blogger yang muncul di dalam tahun 2013 ini.. Ini merupakan titik permulaan yang sangat baik..

Tekan banner ini untuk JOIN segmen ini ok??

Nama Blog:

- Corat-Coret Kehidupanku
- Url Blog : www.irwanalessatyme.com

Bila Mula Berblog??

- 10 Julai 2012

Kenangan Pahit / Manis Dalam Blog??

Kenangan Pahit - Dalam bulan berapa, dah tak ingat sangat.. Rasa macam down sangat, kurang idea untuk buat entry, tiada mood untuk berblogging.. Tetapi atas nasihat seorang rakan blogger aku bangkit dan bersemangat hingga kini.

Kenangan Manis - Banyak yang manis dalm blog ni.. Dapat jumpa blogger, tukar domain .com atas nasihat blogger Ben Ashaari, templete berubah dah banyak kali dan templete thesis ini mungkin kali yang terakhir.. Mungkin kalau ada rezeki nak juga hosting sendiri dan ada wordpress.. 

Idola Semasa Mula Berblog??

Masa mula berblog : Lyssa Faizureen, Ben Ashaari, Nabila Medan dan banyak lagi..

Kini : Boni Kacak, Hasrul Hassan, Bro Eriqazz, Denaihati dan bermacam lagi sumber ilmu untuk aku memantopkan diri aku dalam dunia blogging ni..


Jom Join semua sahabat Blogger sebab aku nak semua kawan-kawan aku join segmen ni.. Terima kasih pada penganjur segmen sebab buat segmen ni..




Gadget Pelik Di Dunia

Koleksi Gadget Pelik Di Dunia

Assalamualaikum..

Peace yaw! Hari ni nak share dengan readers semua tentang Gadget-gadget yang sememangnya pelik di atas muka bumi ni.. Apa pun pelbagai gadget yang pelik ini di cipta sememangnya akan memudahkan kita dan sesuai dengan peredaran zaman.. Agaknya la, kalau lah di jual di Malaysia ni agak-agak korang lah ada ke yang sanggup beli?? Mesti harganya mencecah puluhan ribu ringgit kan?? Tanpa berlengah lagi meh aku share gambar-gambar gadget yang pelik ni..



  1. Kasut Sport yang di lengkapi "CD Drive dan MP3 Player " :


Tak berat ke kasut ni eh?? Mesti gempak satu taman, yeah oppa gangnamstyle!






  2. Mouse yang di lengkapi pelbagai kegunaan :




Mouse ni boleh membunuh dan memudahkan perompak, tetapi yang baik boleh di gunakan dalam pelbagai cara.

  3. Ipod di Toilet dan pembesar suara :


Bagi yang mengalami masalah 'bunyi' ketika lawas.. Ini lah penyelesaiannya.


Sekadar perkongsian bersama, gadget ini dan yang lain mahupun tidak masuk dek akal untuk kita fikir kan tetapi gadget seperti ini telah wujud dan di pasarkan barangkali.. Gadget ini tidak pernah di dapati di cawangan Tesco yang berhampiran anda, cuma berada di Negara Jepun yang sememangnya gah dengan pelbagai keluaran gadget bermutu tinggi..


p/s : Oh ye, dah pasang comment baru.. Commentluv, boleh cari tutorialnya di Google kalau berminat..



 



Penyamun Inc : Geng Samun Kah?

on 19 February 2013

Geng Terhebat Di Malaysia: Penyamun Inc

Assalamualaikum..


Peace yaww! Salam 1 Malaysia.. Hari ni aku nak share sikit buat readers aku yang sanggup baca entry aku ni walau kurang ummpphh ni, hehe tapi aku nak cuba share apa yang aku minat sekarang ni dan geng ini sebenarnya dalam pemerhatian aku.. Cewaahhh macam penganalisis artis pulak.. Dek kerana aku terlalu asyik menonton pelbagai video parody , short filem yang di hasilkan oleh Penyamun Inc .. 


Keterujaan aku semakin melampau apabila salah seorang daripada ahli Geng ni baru aku kenali dan dapat bersua 4 mata, ohhh hampir saja aku menelan ubat gegat dan berlari lintang pukang.. Teruja beb, siapa tak kenal dengan BoniKacak.. Serius hensem baq hang..  Kalau lah aku ni perempuan serius aku mintak no telefon dia.. Tapi dalam entry Siapa Irwan Alessa Ini dia ada cakap aku ni separuh lelaki separuh perempuan.. Hahaha lawak la, aku ni jenis susah nak melatah.. Sempoi juga orangnya..


Berbalik pada Penyamun Inc ni, mereka ni berbakat besar dalam dunia perfileman.. Banyak dah shortfilem yang mereka dah buat.. Kalau ada kolaborasi dengan pengarah yang termuka seperti Yusuf Haslam, Mamat Khalid ke, wah boleh jadi pelakon diaorang semua ni.. Tentu havoc kan?? Adakalanya, bila aku melihat shortfilem yang di hasilkan oleh mereka membuatkan aku tak keruan, hilang kewarasan, ketawa sesorang diri.. Simtom macam ni aku rasakan luarbiasa.. 

Diantara shortfilem/video yang aku gemari :


  1. Boni Kacak Vs Razi
  2. Keajaiban Bookcafe
  3. Terlambat (ShortFilem)
  4. Pupus (ShortFilem)
  5. Masa Kecil Dulu


Bagi youtubers boleh je subscribe Bophairy di channel beliau agar kita semua dapat info terbaru tentang video yang di buat oleh Penyamun Inc. Atau lebih senang boleh je like mereka di Facebook : Penyamun Inc

Lawak Troll Memang Menyakitkan Hati

on 18 February 2013

Lawak Trolol Yang Terbaik

Assalamualaikum..

Pernah nampak kan Lawak Troll ?? Lakaran kartun yang tersangat simple tapi menggelikan urat kentut.. Memang simple kan? orang pun lukis tak nampak macam orang, geli hati bila baca, ketawa mengilai macam cik ponti bila aku baca Koleksi Lawak Troll yang tolol.. Eh?? Bhahaha..




Bhahaha kalau di biarkan aku layan lawak troll ni boleh jadi aku bakal menghuni rumah sakit ataupun Hospital Sakit Jiwa.. Layan lawak troll ni boleh buat hilang bosan tau tak.. Dari buat benda bukan-bukan ,korek hidung , cakap dengan kucing ke.. Lebih baik layan lawak troll ni.. Alah tak susah, search je kat google image.. Bersepah dengan Lawak Troll ni.. 




Kalau tak layan sehari sekali memang tak sah boleh kena demam kepialu aku di buatnya.. Tapi aku nak nasihat awal-awal, dapatkan nasihat doktor sebelum melihat lawak ini kerana di khuatiri anda akan di cop gila meroyan..

p/s : Saya tak gila,cuma gila-gila remaja. Eh??

Terima Kasih ! Dah Lulus..

on 17 February 2013

Akhirnya Penantian Aku Terjawab

Assalamualaikum..

Sebenarnya memang aku menantikan sesuatu jawapan yang selama ni aku tunggu.. Aku ni ada sindrom malas sedikit nak check email, yela siapa je nak email kat aku ni, bila bukak email tadi sambil garu ketiak aku kebosanan, internet slow gila babun kat sini.. Acaner sabo jelah.. Bila dah berjaya aku apa lagi check la dari satu persatu email walaupun hanya notification dari facebook.. Akhirnya lamaran aku untuk mengetahui status BR1M akhirnya terjawab..


Tetapi masih belum dapat surat lagi, maybe lambat lagi kot.. Niat nak bagi je Mak  guna.. Dari aku beli menda yang bukan-bukan ada faedahnya bagi orang tua kita pakai duit tu.. Segala provokasi aku tolak tepi, yang penting ini rezeki, biar aku tahu punca duit ini tetapi biarlah apa nak di kata, undi tetap undi, dan kita yang menentukan siapa yang memerintah.. TERIMA KASIH KERAJAAN!



Update : Senarai Blogger Pilihan Saya 2013

Senarai Peserta Segmen : Blogger Pilihan Wan 2013 

Assalamualaikum..

Ini adalah senarai peserta yang telah pun join segmen Wan ni.. Terima kasih di ucapkan.. Seperti yang sedia maklum Wan akan sediakan Bloglist khas untuk kesemua blogger yang join ni.. Sama sahaja seperti bloglist yang Wan sedia ada, cuma ada sedikit penambahan atau Wan akan sediakan satu blog khas untuk kesemua bloglist.. Di jemput kesemua peserta untuk saling BW peserta lain, nak follow atau tidak itu bukan lah satu paksaan.

  1. http://sherlyanna-angiela.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  2. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  3. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  4. http://ezzatie-ezzatie.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  5. http://hijaudedaun.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  6. http://psychotlogyc.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  7. http://angellovesoldier.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  8. http://www.aimisyahirah.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  9. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/02/segmenjom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  10. http://wardahalisya.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  11. http://wanie-raina.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  12. http://qasehsaifudin.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  13. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  14. http://www.opzzpinky.my/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  15. http://www.erazfadli.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  16. http://celotehsiaieen.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  17. http://www.mohdnoorshawal.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  18. http://www.mialiana.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  19. http://www.tengkuiji.my/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  20. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/02/segmen-blogger-pilihan-saya-2013.html 
  21. http://dayangdeno.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  22. http://ccicutedollylicious.blogspot.com/2013/02/bloglist-blogger-pilihan-2013.html
  23. http://www.pinkizluv.com/2013/02/segmen-blogger-pilihan-2013/
  24. http://armifdesign.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  25. http://www.kayakam.my/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  26. http://aidadamiastory.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  27. http://www.cikfie.com/2013/02/segmen-blogger-pilihan-2013.html
  28. http://itsmetira.blogspot.com/2013/02/segmen-blogger-pilihan-2013.html
  29. http://mimbarkata.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  30. http://hydrangeaslove.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  31. http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2013/02/segmen-blogger-pilihan-2013.html
  32. http://cintaitupasti.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  33. http://www.mujadafewa.my/2013/02/segmen-blogger-pilihan-2013.html
  34. http://nurinafarhana.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  35. http://rynanorfarhana.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  36. http://www.jajasutera.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  37. http://hanidamoss.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  38. http://www.anisempoi.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  39. http://umikasum.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  40. http://azyanramle.blogspot.com/2013/02/segmen-blogger-pilihan-saya-1023-by.html
  41. http://miszrockers.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  42. http://be-readers.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html
  43. http://hafizaiman95.blogspot.com/2013/02/segmen-blogger-pilihan-2013.html
  44. http://nazayiena76blogspotcom.blogspot.com/2013/02/segmen-blogger-pilihan-2013.html
  45. http://seribupilihan.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html

Berminat Nak Join ? Tapi Tak Tahu??

Senang je, boleh lihat entry SEGMEN : BLOGGER PILIHAN WAN 2013 dekat situ boleh anda semua lihat syarat yang mudah, tidak perlu entry panjang atau follow terlalu banyak sponsor..


Kelebihan Ping Entry

on 15 February 2013

Ping Entry Penting Dalam Sesebuah Blog

Assalamualakum..

Ping entry merupakan salah satu cabang yang baik bagi mendedahkan blog kita pada readers luar.. Secara lebih amnya kita dapat berkongsi sesebuah artikel yang kita hasilkan untuk tontonan readers luar dan bukan nya dari followers kita.. Itu lah kebaikan yang kita dapat jika kita ping entry sama ada di dalam facebook ataupun di laman sosial lain yang turut menyediakan kemudahan untuk kita ping entry kita.. Gilaping, kartikel, pingje,blogr,guablog dan bermacam-macam lagi adalah medium untuk kita ping sesebuah entry itu..

Jarang sekali untuk aku menggodek bahagian dashbord ni.. Tapi bila godek pula nampak pula benda yang bukan-bukan.. Bila aku tengok stats blog aku memang la maintain dalam 200traffic sehari.. Kekadang turun la juga, di sebabkan kurang ber blogwalking, sebab tu lah sekurang-kurangnya aku balun 50 komen dalam sehari, kekadang dapat kekadang tak dapat di sebabkan internet yang sangat mendukacitakan.. Sebab aku mula serius dalam berblogging ni takkan sesekali berundur walau ada masalah yang remeh macam ni..



Ni la pagewies aku sepanjang bulan Januari hari tu hingga kini.. Memang yang paling top pun berdasarkan apa yang aku ping ke laman yang aku telah sebutkan di atas.. Ni belum blogger lain.. Memang lagi dasyat la.. Sebab traffic ni juga memainkan peranan, dan bukan kita yang cari traffic ni, tetapi dari sesebuah entry yang baik, pengisian yang bermutu akan dapat menarik pagevies.. Terus terang aku ni masih baru dalam dunia blogging ni dan dari itu aku akan cuba mencari pelbagai tips yang dapat membantu aku.. 

Uncle Gedek VS Cik Lyeen Cupcakes!

Assalamualaikum..

Uncle Gedek Vs Cik Lyeen Cupcakes

Siapa tak kenal Uncle Gedek? Ish apa?? Tak kenal?? Beliau ni pemilik blog Begins At Forty yang di mana setiap entry dia pasti akan meletakkan gambar beliau yang posisi, memek muka yang sama.. Mesti korang 
tak percaya kan?? Cuba la tekan link tu..  Or boleh lihat antara yang keluar bila search pada google image..



Kan?? Betul tak.. Tapi korang mesti takkan percaya di sebabkan ini lah Uncle Gedek di kenali ramai.. Kalau korang buat boleh ke macam ni?? Tentu kita tak boleh kan?? Unik, uncle gedek mempunyai keunikan yang tersendiri.. 


Cik Lyeen Cupcakes  blogger yang semakin hari semakin di kenali.. Blogger yang mempunyai wajah yang comel, ada lesung pipit yang mmmm memang mengancam lah.. Ada yang tak kenal lagi ke blogger ni?? Ala kesian nya korang kalau tak kenal lagi.. Blogger yang berasal dari Negeri Di Bawah Bayu ni sedang belajar lagi di kampus IPG KL..


 Memang tak sah setiap entry beliau wan tak terjah sebab Blogger ni ada dalam senarai bloglist.. Memang bertambah rapat, bukan sahaja di blog, malah di facebook, di twitter.. Pada mulanya segan nak bertegur, tapi blogger ni memang peramah, rajin drop comment di blog orang lain, malah untuk pengetahuan korang blogger ini juga di dalam carta top 30 pengomen tegar blog ni.. Memang terbaik la..


Comel kan?? Haiii.. Sambil menulis entry ni aku mendengar lagu Milik Siapa kah Gadis Ini yang di popularkan oleh Allahyarham Sudirman yang juga merupakan lagu kegemaran aku juga.. Betul tak?? Nampak kan lesung pipit ni.. Memang comel la :)

p/s : Thanks Lyeen sebab wan sampai sekarang tak menyangka wan akan dapat penghargaan macam tu.. Maaf wan curi gambar untuk entry ni.. Lain kali mana tau ada peluang nak snap depan-depan ke.. Hehehe :D


Segmen : Blogger Pilihan 2013

on 14 February 2013

Segmen : Blogger Pilihan Saya 2013





Assalamualaikum..

Hari ini nak buat simple segmen.. Dah lama sebenarnya nak buat segmen seumpama ni.. Jom join sebab syaratnya tersangat mudah.. 

S: Kenapa perlu join??
J: Sebab segmen ni tiada tarikh akhir.

S: Apa kelebihan segmen ini :
J: Wan akan wujudkan bloglist khas untuk kesemua peserta di mana Wan akan terjah.

S: Bloglist tersedia ada,macam mana? 
J: Tambah "Bloglist Blogger Pilihan 2013" 

Syarat-syarat segmen :

  • Follow blog ini dan like fanpage.. Advance, bagi sesiapa ada twitter di galakkan untuk follow sekali.
Twitter : 


  • Buatkan entry bertajuk " Segmen : Jom Jadi Blogger Pilihan Wan 2013"
  • Tempekkan banner di atas pada entry anda serta backlink kan ke entry ni.
  • Tag sekurangnya 2orang blogger untuk panjangkan segmen ni..
  • Publish entry anda dan beri link pada komen di bawah
p/s : Rajin-rajin share segmen ini ok :D

Review Blog : 3 Blogger Terpantas !

on 12 February 2013

Assalamualaikum..

Review blog yang di buat ini adalah berdasarkan 3 blogger yang terpantas yang dapat letak komen dalam Segmen : 3 Blogger Terpantas . Tahniah kepada 3 blogger yang aku akan review blog nya sebentar lagi.. Dah lama sebenarnya aku nak buat short segmen macam ni, cuma masa tak mengizinkan je.. So , let's begin..

Review Blog : Aiman Aziz

  • Blog sangat kemas, warna putih/kelabu di jadikan tema blog.. Simple dan menarik blognya.
  • Kekemasan blognya di tambah dengan penggunaan saiz dan jenis font yang amat bersesuaian dengan warna tema, tidak terlalu kecil hingga membebankan readers.
  • Bahagian sidebar, header paling simple tapi kelihatan menarik sangat, woww jelesss mak : )
  • Apa yang buat lebih menarik follower nya sekarang 1957 iaitu Tahun Kemerdekaan.
  • Blog laju, pantas.. Tak terasa bila view guna laptop ataupun mobile memang tak membebankan readers.
  • Boleh tukar templete thesisforblogger kalau berminat, sebab ianya lebih mesra SEO. Nampak ada sedikit kacau dalam blog ni, hope tak mengganggu untuk berblogger dan cepat cari jalan penyelesaiannya.
Link: Aiman Aziz
Niche Blog : Blog Kehidupan



Review Blog : Qaseh Hafizah

  • Bila klik link yang awak berikan, wowww! Hebat blog ni.. Templete denim memang cantik super awesome lah, bagi yang mahir dengan coding blog, tak susah sebenarnya nak buat blog yang comel.
  • Blog kemas, sidebar cantik dan tidak terlalu banyak widget yang boleh menyebabkan load blog boleh  perlahan.
  • Tema blog cantik, background, header.. Memang menarik.
  • Owner blog ni sering beri tips, tak kisah la apa pun, tetapi ianya menarik. 
  • Blogger lama ni, follower pun ramai, tambah pula memang rajin join contest GA mahupun segmen yang di anjurkan rakan blogger yang lain.
  • Saiz font dan jenis font juga sesuai, suka dengan background blog ni.. Dapat kat ner tu ye?? 
Niche Blog : Blog Tips


Review Blog : ..Another World..

  • Tema biru + pink menjadi latar kepada blog ini. Blog yang kemas tidak serabut.
  • Kekemasan blog ini di sebabkan penggunaan font dan jenis font yang sesuai, sidebar dan widget tidak banyak sekaligus buat load blog ini tidaklah terlalu lama.
  • Ada 'hujan' pada blog ni.. sangat kreatif widget ni.. 
  • Blogger ini sering beri tips-tips, freebies dan tutorial.. Memang sangat bagus.. Tentu blogger lain boleh juga merujuk pada tips-tips dan tutorial yang awak berikan..
  • Heade cantik la :) Buat sendiri eh.. Wahhh.. Memang terpesona dengan header dulu, yela kan, mesti jumpa header dulu baru jumpa post. :)
Niche Blog : Blog Kehidupan





3 Blogger Terpantas : Segmen

Segmen : 3 Blogger Terpantas

Assalamualaikum..



Hari ini nak buat short segmen, di mana aku mencari 3 blogger yang terpantas letak komen berserta link blog  untuk aku review blognya.. Tiada syarat yang di kenakan hanya drop ur comment di bawah post ini.. Cepat! Hanya 3 orang blogger sahaja..

p/s : Siapa cepat dia dapat..

Juvana 2 : Download Movie

Juvana 2 (2013) : Aku Tidak Akan Terperangkap Selamanya..





Sinopsis:

Memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka..

Preview Filem:


Download Link :






Gangnam ! Amuk Di Penang ( Video )

on 11 February 2013

Gangnam Style (Penang) Video Terbaru! Relevankah??


Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian yang dapat di buat dalam entry ini agar dapat di kongsikan bersama dengan kesemua blogger yang ada.. Bukan berniat untuk menyalahkan atau memprovokasi kan cerita ini, cuma apa yang membuat tanda tanya di benak hati dan pemikiran hanyalah Relevankah 2 juta untuk PSY??

Bagi yang telepas untuk menonton, di nasihatkan supaya cepat di khuatiri akan di padam, ini kerana ada sesuatu yang terjadi di dalam acara ini seperti bagaimana yang telah di gembar-gemburkan di dalam media sosial facebook, blog dan sebagainya..


Bukan kah negara kita mempunyai ramai artis yang berkaliber?? Tepuk dada tanya selera.. Memang 'dia' menjadi kegilaan, trend, tarian ala-ala kudanya menjadi ikutan.. Memang tidak dapat di nafikan videoklip nya sudah di tonton sebanyak 2billion lebih setakat ini.. Memang begitu hebat.. Cuma apa yang pasti yang bermain di minda aku sekarang, relevan atau tidak benda ini sudah terjadi.. Bukan ini caranya untuk memikat hati rakyat, ternyata bukan semudah ABC..

p/s : Adaklanya berasa hairan, maruah di pajakgadaikan dengan sebegini rupa,kalau macam ni tauke pajakgadai boleh bankrup :D



Bila Ulat Bulu Naik Daun??

Assalamualaikum..


Hai.. haaii.. haii hamboi amik kaw 3hari tak berinternet sangat.. Haa kesian blog aku ni kan? Takde entry baru.. Waaa saja je nak kecoh benda ni.. hehe sebab hari ni hari pertama masuk umur 24tahun.. Terima kasih buat rakan blogger yang dapat tahu lebih awal coz diorang friend aku dalam facebook juga.. Thanks +Nadia Johari , +Cik Lyeen Cupcakes & Ainaa Roseberry ..


Bila dah masuk 24tahun ni fikiran mula lah gatal-gatal.. aiceeceh! sepatutnya awal lagi.. Bila dah gatal ni mula lah fikir nak berumah tangga, nak ada anak, tapi kena fikir juga tanggungjawab.. Kalau ikut planning dulu nak puaskan enjoy dulu, yela nanti dah berumah tangga takkan nak menggatal lagi.. Mampus la kena baling dengan pinggan mangkuk.. Bukan takut bini ok.. hehe tapi tak berani.. Bila kawan-kawan aku yang dah berumahtangga, aku terasa pulak yang macam lah aku ni tak laku.. Last-last diorang ada juga yang refer aku yang belum ada pengalaman lagi ni.. Diorang banyak mengadu pasal, wife diorang selalu syak wasangka.. Alah standard la, dalam rumahtangga ni " sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ".. Bagi aku pula aku jawapan paling mudah, bawa je surat poligami, bubuh la gambar 3-4keping gambar.. Haaa tangtu memang la terpaksa wife kalah, yela siapa nak di madukan..




Blogger Belia Blogger Cool

on 7 February 2013

Segmen : Blogger Belia Blogger Cool   


Nama Blogger : Irwan Alessa
Tagline Blog : "Setiap coretan mempunyai cerita, dalam cerita adanya kehidupan"
Url Blog : www.irwanalessatyme.com

" Suka berkawan, tak gemar mencari lawan.. Bergurau, bersama berkongsi tips dan mudah berdamping dengan orang lain, juga peramah dan sentiasa ceria"

Berblog datang dari hati, bila menulis keikhlasan akan terpancar, hidup untuk berkawan bukan mencari lawan..



Keputusan Penuh Malaysia Vs Qatar 06.02.2013


Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Qatar : Kelayakan Piala Asia 2015


Baru sahaja berakhir.. Perlawanan ini berkesudahan dengan Harimau Malaya kecundang 2-0 di pentas pertama pembukaan perlawanan bagi kelayakan Piala Asia 2015 yang akan di adakan di Australia nanti.. Walaubagaimanapun pujian harus di berikan kepada skuad bimbingan K.Rajagopal, meskipun mereka tewas, dapat di lihat mempamerkan corak permainan yang amat baik sekali..

Namun, percaturan baru K.Rajagopal dengan mencampurkan pemain kebangsaan yang sudah berpengalaman di pentas dunia dengan pemain yang baru nampak sedikit longgar di barisan pertahanan, di mana kalau kita dapat imbas kembali, pasukan Qatar lebih suka berlegar-legar atau membuat satu dorongan yang cantik ke sebelah kiri kita, namun tidak sama sekali boleh di katakan bahawa pemain di bahagian sayap kiri kita lemah.. Cuma kurang sedia barangkali.. Faktor keadaan padang yang boleh di katakan cantik, stadium yang luas dan Qatar juga akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2022 nanti.. 

Mungkin percaturan skuad K.Rajagopal perlu di rombak dan banyak perlawanan persahabatan dengan negara Teluk seperti Qatar, Bahrain akan di lakukan untuk mendedahkan serba sedikit kepada pemain kebangsaan dengan corak yang di pamerkan oleh pemain Qatar.. Meskipun dapat kita lihat, pemain Qatar mempunyai pemain-pemain yang bertaraf " world class" tetapi kita mesti ingat mengikut sejarah perlawanan negara kita menentang Qatar, tidak pernah sekali pun negara kita menang, dan negara Qatar pun tidak pernah menjuarai Piala Asia yang berprestij ini..

Namun pujian harus di berikan kepada pemain kita yang sentiasa mencuba untuk merobek jentera Qatar yang tebal, warga Malaysia yang turut berada di sana turut membanjiri stadium, walau jumlahnya tidak ramai.. Namun pada saya sendiri merasa bangga apabila melihat Jalur Gemilang dan jersey Harimau Malaya di sana.. Syabas! 

Live Streaming Malaysia VS Qatar 06.02.2013

on 6 February 2013



Live Streaming Malaysia Vs Qatar : Pembukaan Kelayakan Piala Asia 2015

Malam ini akan menyaksikan perlawanan pembuka tirai bagi Kelayakan Piala Asia pada 2015 nanti.. Mampukah jentera Harimau Malaya memberikan saingan yang hebat di perlawanan pertama ini? Perlawanan ini akan berlansung pada 11 malam ini waktu Malaysia..
  

Live Streaming Malaysia VS Qatar

Bagi kaki bola hari ini boleh di katakan malam KAKI BOLA di sebabkan malam ini ada perlawanan yang hebat selain perlawanan ini.. Perlawanan tersebut adalah :

  • Spain vs Uruguay 2am (Astro ch 811) - FIFA friendly
  • England vs Brazil 3.30am (Astro ch 817) - FIFA friendly
  • Germany vs France 4.00am (Astro ch 816) - FIFA friendly

Bagi kaki bola yang lebih suka lepak di kedai mamak, jom meriah kan !

Semakan BR1M 2.0

Stastistik Permohonan BR1M 2.0

  • 2.3 Juta permohonan telah di terima.
  • Lebih 1.6 juta permohonan di buat adalah dalam kalangan individu bujang (RM250), manakala 720,000 orang yang memohon adalah dari isi rumah (RM500).
  • Melalui data yang di terima, sebanyak 54% permohonan yang dibuat secara manual, manakala selebihnya melalui online BR1M.

Semakan BR1M 2.0 :

  • Semakan melalui online sedang di kemas kini. ( Febuari 2013) tarikh belum dapat di kenalpasti.
  • Status permohonan akan di maklumkan melalui pos, dan setiap pemohon BR1M 2.0 yang berjaya akan di maklumkan secara berperingkat dan di sertakan tempat dan tarikh penyerahan BR1M 2.0.
  • Semakan juga boleh di buat menerusi talian hotline di 1-800-222-500/1-300-88-3010

10 Blog Paling Terbaik Di Malaysia 2013

Rasanya baru pertama kali aku buat research macam ini. So, dalam pengamatan aku setelah aku meneliti maka aku dapat jawapan 10 Top Blog Terbaik Di Malaysia di dalam penilaian aku..



Banyak lagi blogger yang super duper awesome ni di Malaysia, rasanya kalau aku senaraikan mungkin seminggu tak tidur malam.. Hehe nampak tak kehangatan blogger di Malaysia ni.. Oh ya bagi sesiapa nak check pageranking google, boleh la cuba di bawah ni ok..



Check Page Rank of your Web site pages instantly:
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service
Powered By www.irwanalessatyme.com




Random Entry #222

on 4 February 2013

Assalamualaikum..

Hari ini dalam sejarah, sebab aku menaip entry yang ke-222.. Random entry aku ambil sebagai tajuk sebab tak boleh fikir nak bagi tajuk apa.. Yeah! My Top 30 Commentators : Mereka ni di dalam Top 30 yang memang rajin tangan bagi dekat komen aku ni..



p/s : Kenal tak blogger yang bernumber 9 & 14 tuh?? Hahaha.. sila abaikan je kalau korang kenal ok??


Uji Tahap SEO Anda


Assalamualaikum..

SEO sangat penting bagi sesebuah blog. Di mana setiap blogger menginginkan sesebuah entry itu mencapai tahap pageranking yang tinggi dan mendapat halaman pertama dalam sesebuah enjin carian.. Namun usaha demi usaha setiap blogger itu di anggap belum puas. Ini kerana, tiada bukti kejayaan seseorang blogger itu boleh di ukur sebenarnya.. Untuk menjadi yang lebih usaha yang lebih juga perlu di buat.. Untuk mencapai nya bukan sahaja dengan langkah memasang meta tag dengan betul, tetapi juga tips-tips blogwalking, tips-tips entry, meletakkan backlink, ping entry, meletakkan blog archieve, mencipta ruangan komen @ shoutbox juga perlu diambil kira..

Chkme.com adalah sebuah perisian yang dimana memboleh kan sesebuah blog itu boleh di nilai seberapa tahap SEO sesebuah blog. Di sini ada sedikit tutorial yang ringkas bagaimana untuk check tahap SEO blog..







Anda semua pun boleh check dan boleh kongsikan bersama sebarang tips yang berguna.. Selamat berblogging :)

Aura Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Assalamualaikum..




Fenomena UAI @ Ustaz Azhar Idrus ini bukan lah sangat baru, tetapi semakin lama aku nampak impak dari fenomena ini bertambah baik dari hari ke hari.. Setiap hari, ada sahaja maklumat yang aku ingin dapatkan menerusi ceramah, bahan media yang lain yang terdapat dalam dunia internet yng semakin tidak bersempadan ini.. Hakikatnya, semakin aku lihat, banyak golongan belia seperti aku ini seolah di tarik ""megnet"..

Aura Ustaz Azhar Idrus ini berjaya menari golongan belia untuk menghadiri ceramah UAI.. 100ribu yang di mana rata-rata yang menghadiri ceramah nya daripada golongan belia.. Hakikatnya unur belia macam aku ini secara lumrahnya akan lebih tertarik dengan mencari hiburan yang lebih kepada keduniaan, tidak akan memikirkan untuk akhirat.. Tetapi pada aku sendiri aku sekarang ada koleksi ceramah UAI yang aku memuat turun dari laman sesawang Youtube, memang banyak.. Gelak tetapi intipati setiap soalan yang di
utarakan dapat di jawab dengan baik dan berteraskan Agama.. Aku sendiri tertarik..

Siapakah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Pendakwah??


  • Pernah menjadi 'gitaris' bagi sesebuah band, tetapi Ustaz keluar kerana niatnya hanya bersuka-suka.
  • Ustaz juga telah pernah mewakili Terengganu untuk sukan berbasikal pada tahun 1980an.
  • Pernah bekerja sebagai artis grafik.
  • 1990 Ustaz berkahwin dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mencanting batik. Dan ketika ini lah beliau mendalami ilmu Agama.
Begitulah serba ringkas tentang biodata Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah.. Hari ini dapat kita lihat, tarikan yang di bawa oleh UAI ini semakin hebat.. Malam tahun baru juga telah di tukar serba sedikit, daripada konsert-konsert, timbulnya malam yang penuh dengan ilmu.. Penganjuran malam tahun baru ini juga secara tidak lansung akan menari golongan belia untuk duduk dan mendengar ceramah dalam majlis ilmu..





segmen : Kempen Jejak Blogger , Tambah Follower 2013

on 3 February 2013

Assalamualaikum..

Sambil blogwalking ternampak ada segmen yang baru yang menarik aku untuk menjoinkan diri.. Kehkeh, aku bukan senang nak join segmen ni, tertakluk kepada terma dan syarat yang di berikan oleh penganjur tu juga..




Tentang Blog aku secara ringkas :

  • Blogger yang berasal dari Muar.
  • Baru aktif berblog semenjak June 2012.
  • Boleh paggil Wan, Irwan.
  • Masih lagi belajar tentang ilmu blog dan akan terus belajar.
  • Trademark :" Setiap penulisan ada cerita, di sebalik cerita di dalamnya sebuah kehidupan"
Moh ramai-ramai kita join segmen ni !!


Gadis.my??

on 2 February 2013

Assalamualaikum..

Sekarang, banyak yang terjadi kes-kes seperti pencabulan, gangguan seksual, sama ada di kawasan luar rumah, dalam rumah, tempat kerja mahupun tempat awam.. Adakalanya kes yang terjadi seperti di atas ini boleh juga melibatkan trauma sepanjang hayat dan yang lebih teruk lagi boleh menyebabkan kecacatan berkekalan dan juga kematian. Oleh itu, kau Hawa terutama sekali hendaklah mengambil iniasititif @ langkah proaktif untuk mengelak daripada perkara seumpama itu terjadi..

Gadis Girl's Awareness Development & Inspirational Series )  adalah sebuah program yang di buat untuk wanita yang berumur di antara 16tahun ke atas untuk melindungi diri sendiri dari perkara yang tidak diingini dan melatih keyakinan serta mendidik wanita untuk lebih bersemangat sama ada di dalam kerjaya ataupun di dalam pendidikan.. Program ini di di asaskan oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan di jayakan oleh para panel yang lain, sebagai contoh Datuk Dr Mohamed Mustafa Mohamed Ismail, Sir Noordin Khalid dan ramai lagi..




Di dalam program Gadis ini banyak menerapkan betapa pentingnya wanita dalam pembentukkan sesebuah negara.. Sebelum ini kita lihat banyak kes yang berlaku di kalangan wanita.. Tetapi langkah proaktif telah di ambil dengan mewujudkan Gadis ini juga akan menerapkan juga seni bela diri yang boleh di pelajari dengan mudah oleh wanita iaitu SDS ( SMARTS Self Defence System ).. Program ini akan mendidik car-cara bela diri ketika berhadapan dengan sesuatu masalah. Contohnya perompak.



Antara barisan tenaga pelajar yang akan menjayakan SDS ini di bawah kelolaan Sir Noordin Khalid iaitu dari SMARTS Coach.. Gadis ini juga mendapat sambutan yang baik daripada artis-atis tempatan seperti Heliza, Fahrin Ahmad, Raja Azura..

Untuk keterangan lanjut :

Website Gadis = Gadis.my

Kredit : Sumber gambar oleh Page Smarts Coach
 
© Blog CCK All Rights Reserved