Keputusan Penuh Malaysia Vs Qatar 06.02.2013

on 7 February 2013


Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Qatar : Kelayakan Piala Asia 2015


Baru sahaja berakhir.. Perlawanan ini berkesudahan dengan Harimau Malaya kecundang 2-0 di pentas pertama pembukaan perlawanan bagi kelayakan Piala Asia 2015 yang akan di adakan di Australia nanti.. Walaubagaimanapun pujian harus di berikan kepada skuad bimbingan K.Rajagopal, meskipun mereka tewas, dapat di lihat mempamerkan corak permainan yang amat baik sekali..

Namun, percaturan baru K.Rajagopal dengan mencampurkan pemain kebangsaan yang sudah berpengalaman di pentas dunia dengan pemain yang baru nampak sedikit longgar di barisan pertahanan, di mana kalau kita dapat imbas kembali, pasukan Qatar lebih suka berlegar-legar atau membuat satu dorongan yang cantik ke sebelah kiri kita, namun tidak sama sekali boleh di katakan bahawa pemain di bahagian sayap kiri kita lemah.. Cuma kurang sedia barangkali.. Faktor keadaan padang yang boleh di katakan cantik, stadium yang luas dan Qatar juga akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2022 nanti.. 

Mungkin percaturan skuad K.Rajagopal perlu di rombak dan banyak perlawanan persahabatan dengan negara Teluk seperti Qatar, Bahrain akan di lakukan untuk mendedahkan serba sedikit kepada pemain kebangsaan dengan corak yang di pamerkan oleh pemain Qatar.. Meskipun dapat kita lihat, pemain Qatar mempunyai pemain-pemain yang bertaraf " world class" tetapi kita mesti ingat mengikut sejarah perlawanan negara kita menentang Qatar, tidak pernah sekali pun negara kita menang, dan negara Qatar pun tidak pernah menjuarai Piala Asia yang berprestij ini..

Namun pujian harus di berikan kepada pemain kita yang sentiasa mencuba untuk merobek jentera Qatar yang tebal, warga Malaysia yang turut berada di sana turut membanjiri stadium, walau jumlahnya tidak ramai.. Namun pada saya sendiri merasa bangga apabila melihat Jalur Gemilang dan jersey Harimau Malaya di sana.. Syabas! 

Ranking: 5

6 Comment:

  1. pe2 pun harimau malaya dah cube yang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turut rasa macam tu.. huhu besemangat sampai takde suara ni..

      Delete
  2. hehehe harimau malaya masih boleh berjaya.. ena yakin... hehehe...

    ReplyDelete
  3. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. tumpang baca ajer... sebab x minat sangat bola...

    ReplyDelete
  5. Saya tak minat bola sepak dunia..tapi kalau malaysia lawan saya mesti tengok..ramai kecewa..tapi nak buat macam mana, dah usaha tak ada rezeki..Mungkin corak pemainan kita kena ubah kot.

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved