Simple Segmen : Entry Terbaik 2012 Tamat !

on 31 December 2012




Dengan ini saya ishtiharkan bahawa Simple Segmen : Entry Terbaik 2012 telah pun tamat.. Jeng-jeng, pasti semua peserta segmen ni agak gementar kan untuk mengetahui pemenang segmen ini.. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada 20 orang ini yang sudi join simple segmen aku ni.. Terima kasih juga kerana telahpun berkongsi pendapat dan entry terbaik sepanjang tahun 2012 ini.. Kesemua peserta mempunyai entry yang terbaik.. Tidak di nafikan, blogger kini kembali kepada kemuncaknya.. Tahun 2012 yang berlalu ni, aku lihat banyak sangat segmen dan GA yang tersangat lah awesome.. Boleh tambah kawan, dapat hadiah lagi.. Siapa yang tak seronok weh?? Blog ni macam tempat luahan rasa, tempat berkongsi pelbagai idealogi dan informasi..

Bukan hari ni aku akan umum kan, esok pagi aku akan menilai balik kesemua entry yang telah di kongsikan oleh peserta.. Namun, kalau korang perasan dalam list peserta yang join itu, ada sesetengah link yang bertanda ( * ) tu adalah menandakan entry yang diantara yang terbaik dalam penilaian aku.. Bagi mereka yang tak terpilh, aku ingin memohon sepuluh jari atas kesilapan aku.. Bila di fikirkan agak kurang adil juga la apabila nak gunakan random.org tu.. Nanti merka yang lain akan merasa kecil hati pula.. So aku akan memanggil juri, yang terlibat adalah kawan aku sendiri.. Aku taknak lah ada yang bersendam dengan random.org itu.. Haha sedangkan aku juga macam tu.. Atas nasib, kira macam lucky draw je..

So tahniah la kepada bakal pemenang dalam Simple Segmen ini .. Dan Salam Tahun 2013 kepada semua kawan-kawan blog yang selama ini banyak menyokong.. Sangat gembira bila dapat berkenalan dengan korang .. Entry ini akan menutup tirai tahun 2012 dan sebagai permulaan entry pada tahun 2013..

Senarai peserta sehingga tamat segmen :


  1. http://www.opzzpinky.my/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  2. http://www.aisyahhumaira.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  3. http://syafiq-syazwan.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  4. http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  5. http://luahanhatiwanitaidaman.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  6. http://truebrotherh00d.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  7. http://ketuabintangku.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  8. http://supermonitor99.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-wow.html
  9. http://pedotbunchet.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  10. http://miszrockers.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  11. http://www.coklateyes.my/2012/12/entry-terbaik-2012-blog-coklateyes.html*
  12. http://sayacikamal.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  13. http://anith-amalina.blogspot.com/2012/12/entry-terbaik-2012.html*
  14. http://najihapandalovers.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  15. http://qasehkuwardah.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  16. http://mawarjane.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  17. http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  18. http://coretangirlblog.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  19. http://tadeidealagi.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  20. http://suanazhar.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*



Terima Kasih ..



Salam kepada semua, haiii hari ni lansung takde kerja.. Datang, duduk sahaja layan movie dan sesekali toleh blog mana tahu ada peserta segmen yang baru ke.. Hehehe alhamdulillah, peserta segmen yang yakin join segmen aku ni sebanyak 20orang.. Entry menarik mereka telah pun aku terjah satu persatu, dan proses akhir  penilaian akan di adakan pada esok pagi.. Di mana aku akan memilih 4 orang peserta yang memiliki entry yang sangat menarik pada pandangan dan pemerhatian aku.. Mulai esok juga aku akan follow kesemua peserta yang mana belum aku follow dan pemenang akan mendapat hadiah yang telah di sertakan sekali di dalam segmen tersebut.. Di atas sambutan yang agak memberansangkan, aku sendiri telah mengambil keputusan untuk menambah hadiah.. Al-maklum lah, simple segmen dan tempoh masa pun singkat aku fikir tidak perlu lah aku mencari sponsor untuk simple segmen ni.. Dan aku bukan lah seorang blogger yang di kenali sangat, namun aku cuba untuk menjadi lebih baik pada tahun hadapan.. Segmen tu tetiba je hadir setelah aku publish entry aku yang bertajuk Terbaik Dalam Kenangan..


Namun bukan itu yang aku mahu kongsi bersama, tetapi benda yang berlaku ni amat memeranjatkan aku.. Memang menjadi rutin aku apabila publish entry, ping kan entry tersebut ke Gilaping.com, blogr.my, kartikal.com, group facebook dan twitter.. Ini akan membolehkan readers luar akan membaca entry kita.. Namun kartikel.com ni lebih pageviews nya berbanding dari lain-lain..





Top traffic sources datangnya dari kartikel.com.. Lepas itu baru lah gilaping.com.. Yang duniaimpianfatin.blogspot.com tu aku jadi sponsor untuk GA beliau,alhamdulillah hadiahnya pun telah di sampaikan kepada pemenang yang bertuah.. Tapi yang ini lebih memeranjatkan aku bila selepas satu jam aku ping ke kartikel.com ni, aku ternampak di bahagian sidebar tu ada terletak entry aku yang baru sejam lepas aku ping.. Woowww awesome lah! Tak terfikir juga aku akan duduk di situ setelah hampir sebulan aku ping kan ke laman tersebut.. Nak tahu entry apa?? Upside Down .. 


Kenapa ye?? Sedangkan aku bukan mahir sangat tentang review sesebuah filem, ini merupakan percubaan pertama aku untuk review filem.. Memang rezeki kot.. Tu saja yang aku fikirkan.. Maybe...





2.0.1.3 Coming !



Haii selamat malam semua, malam terakhir sebelum melangkah ke tahun 2013.. Mesti yang ramai yang menyambut, countdown sana sini.. Bersepah manusia menunggunya detik minit saat terakhir sebelum tibanya tahun baru.. Alhamdulillah tahun 2012 banyak mengajar kehidupan ku agar lebih sempurna, ada kalanya mengajar kita, memberi secebis keinsafan buat kita untuk memperbetulkan diri supaya menjadi lebih baik..

Apa azam korang yang dah tercapai ye?? Mesti best kan kalau dah tercapai?? Aku sendiri tak pasti sama ada azam aku sudah tercapai atau tidak.. Aku ingin sekali melihat orang di sekeliling aku merasa bahagia.. Itu azam aku setiap tahun, ianya mengajar aku bagaimana hendak menjaga hati dan perasaan orang lain.. Ada pun sekali, kesilapan yang di lakukan agak melalaikan aku sendiri.. Aku bangkit dari sebuah mimpi gelap, dan bangun untuk mencari sebutir cahaya untuk aku terus melangkah ke hadapan..

Ya, kenapa aku hanya fikirkan orang lain sebelum aku?? Jawapanya sangat mudah.. Aku lebih bahagia bila melihat orang lain bahagia bila bersama aku, walapun madu yang melumuti badan orang itu, aku hanya di lemparkan sejuta kaca.. Tetapi aku tidak kisah akan perkara itu.. Lumrah kehidupan, tetapi tidak semua orang akan memberikan kebahagiaan kepada kita, bukan semua.. Itu yang aku tahu..

Tahun 2012 yang bakal di tinggalkan ini melahirkan keinginan untuk aku terus berjaya walaupun perit mana dugaan, aku akan tempuhinya dengar sabar.. 2012 dalam kenangan, pastinya akan sentiasa menggamit memori, kerana apa yang kita lalui dalam tahun ini merupakan salah satu anugerah, nikmat untuk kita.. Adapun yang kita capai, walaupun baik untuk orang tetapi belum cukup baik untuk orang lain.. Kerana sifat manusia sering berubah, adakalanya memang sukar di nafikan bahawa semua orang mempunyai pendirian yang tetap, namun seringkali goyah dengan berjuta dugaan..




Apa Ni!!


Diam tak diam hari ni hari terakhir 2012 kan?? Apa plan?? Keluar sambut tahun baru ke?? Hati-hati la ye yang keluar bersama dengan pakwe/makwe malam ni.. Sepanjang pengalaman memang banyak operasi dan memang banyak la port-port untuk mereka 'melepaskan' rindu mereka setelah sekian lama tak berjumpa.. Haha entah apa-apa je aku tengok.. Serius meluat gila.. Kalau dah sah takpe gak, nak bawak ke mana pun tak heran kan?? Namun bukan isu ni aku nak kupas, kalau benda ni aku kupas tak ke panjang berjela sangat aku type dalam entry ini cz benda ni bukan isu baru..


Cukup tension dan di sebab kan ini la aku malas sangat nak online facebook lelama.. Rasa menyampah sangat bila group aku hari-hari ada update macam ni.. Entah siapa aku pun tak kenal, hari-hari.. KOrang bayang sendiri je la kan?? Bukan sorang dua, autolike la,auto subcribes la ape -ape je lah yang berkaitan memang aku tak percaya bulat-bulat.. Perlu ke orang like tu?? Ishhh apa entah yang diorang dapat..

Sorry la, memang tak la aku like post tu dan komen.. Ape kejadahnya yang aku dapat?? Takde faedahnya.. Korang ada kena macam aku tak?? Mesti ada kan?? Satu lagi, kita takde pun request masuk group tu kan, tetiba je notification dari group tu sangat lah melambak.. Ni yang aku makin meluat dengan facebook.. Ish! Geram jugak tetibe je invite.. Lagi satu game la, application la.. hmm apa la best sangat.. 

Dan aku kini memang jarang sangat untuk meringan kan jari untuk log in facebook.. Cuma baca email dari gmail, kalau ada yang penting dari facebook baru aku buka, kalau tak sorry to say lahh bro.. Memang tak lah nak online.. 

Upside Down..





Selamat pagi semua.. Hari ni dalam sejarah kot sebab aku 1st time buat entry pelik dari kebiasaan.. Haha hari ni aku nak review filem yang aku baru saja menontonnya semalam.. Upside down.. Memang pelik tajuknya.. Tapi cerita best.. Ceritanya seakan love fiction.. Dunia seakan terbahagi dua, kerana daya tarikan graviti sangat kuat.. Tetapi klimaks cerita ni seakan menarik apabila Adam berjaya bekerja di tranforms, iaitu   jalan antara dua dunia.. Ada pun begitu Adam cuba mendapatkan Eve yang telah 10tahun terpisah.. Mereka bertemu cinta dan dapat membuktikan bahawa cinta mereka dapat menyatukan dua dunia yang selama ini terpisah..


Siapa yang belum tengok cerita ini boleh la tengok, sebab kalau aku bagi rating ni 4.5 daripada 5.0.. Memang pack dengan jiwang.. Hahaha bagi yang berbunga-bunga tu boleh tengok.. Tapi cerita ni memang syok la, cuma kronologi penceritaan cerita ini agak perlahan.. Tapi keseluruhan cerita ni memang best..


Boleh tengok trailer movie ini :


Link Download :

http://www.dewatv.com/2012/12/upside-down-bdray.html






Kini Aku Kembali :(

on 30 December 2012


Holla semua! haha puas dah bercuti kan, kini aku dah kembali balik dah.. Perggghh macam-macam sampah sarap dekat blog aku ni, pelik juga takde ke keje pembersihan di lakukan?? Walawei sawang merata tempat.. Sejam juga bersihkan sawang dan sampah.. Berlonggok dah plastic bag ni ngan sampah-sampah.. Baru 2hari, macam-macam bau.. Haha mula dah gila aku ni.. Maklum lah headbanging terlampau banyak.. Haha sampai sekarang tak berhenti bergoncang.. Adeh nak patah tengkuk rasa..

Dua hari aku tak update blog, segmen aku tinggal macam tu je, untung lah dia sampai tak mintak fasakh.. Werrkkhh ! muntah hijau aku sambil typing entry ni.. Melalut je ape hal?? Ok ni nak citer la ni.. ( cer citer, cer citer).. Ok Jumaat lepas aku last update pasal aku nak bercuti kan?? Takde g mana pun, g RTW12.. Bagi yang nak tahu RTW12 tu pe Rock The World '12.. Pergghh serius keluar slank Jawa bila cakap omputih ni.. Hahaha best memang best lah, headbanging pun boleh tahan.. Pergi ramai-ramai dengan membe aku semua.. Malas nak cerita banyak tentang RTW ni kang korang kata aku ni blackmetal lak.. Haha aku bukan sampai tahap macam tu, cuma penggemar muzik yang agak 'keras' sikit je.. Maklum lah suppport band Malaysia, bukan satu genre je kat negara kita ni.. Boleh search kat google or youtube maybe dah ada kot, maklumlah dunia makin maju.. Kalau ada live streaming aku lebih suka sebab aku tak suka pulak nak berhimpit sana sini, mula la nanti berpeluh dan paling tak suka bau badan yang agak kurang menyenangkan.. Hewwww!! werkkk! hahaha.. Nasib baik la takde live streaming kalau tak saja je penganjur batalkan gigs sebab ada live streaming.. Haha :D


Then apa pulak yang aku sedih, tajuk entry permulaan nya yang gembira tetiba bertukar jadi sedih je?? Ni nak habaq mai ni.. Sebenarnya aku kehilangan hannphone.. Huhuhu sayang gila aku , handphone tu aku beli gaji pertama aku kerja 7E dulu.. Nokia C3, tu la handphone aku 1st ada wifi.. Masa beli tu memang la kembang semangkuk, last-last takde guna juga wifi.. Haha sebab duk kampung, kedai mamak bagi wifi free ada la pulak.. Al-kisahnya nak di jadi kan cerita, ada orang seluk kocek aku ketika aku beratur beli tiket.. Perghhh memang tak dapat lah nak kejar, siapa kat belakang aku tu aku tak tahu, tak guna penyeluk saku! haaiiiayyyaahh! nak je aku bagi sidekick free sedas dua.. Huhuhuhu nasib lah baik aku letak dalam dashboard kawan aku, aku tak bawak la.. Just ic dan benda penting yang aku patut bawa.. Tergantung bersama dalam batch aku.. Malas nak bawa cash dalam wallet.. Dah jadi dah benda ni dulu, ini kali kedua.. Sayang handphone tu, paling sayang number yang aku pakai tu hampir 7tahun dah.. Tak pernah bertukar.. Sekejap je aku call dapat, lepas tu haram la terus dapat.. Mesti dah cabut simcard.. 

Taubat la nak letak dalam poket lagi.. Pelik betapa laju sangat tangan dia, bagai tak terasa je dia ambil, wahh ada belajar lian padukan ke?? seram mehhh.. Aku menuntut pun tak habis lagi.. Apa pun benda dah hilang.. Barang yang lepas jangan di kenang lagi kan?? Sabar dan halalkan jelah..





Mood Bercuti :)

on 28 December 2012

Ni nak g kl sebab ada urusan.. mood bercuti memang ada tapi nak jalan poket pulak tak tebal.. haha ape pun tak boleh.. 1st entry yang aku taip pkai handphone comel yang entah bila aku nk ganti ni.. Susah juga kan? 

ececeh siap amik pic tu.. Naik komuter je.. Esok RTW12.. Yeahh!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Namunku Punya Hati...

on 27 December 2012


Hyee selamat malam semua.. Dah update dah senarai peserta Simple Segmen.. Alhamdulillah ada yang join walaupun baru saja 6orang.. Hehe lambat lagi tarikh akhir kan?? Ada lagi 4hari untuk join segmen tersebut.. Hadiah nya tak lah awesome sangat.. Tapi berbaloi lah cuma kongsikan entry terbaik korang dalam segmen tu saja.. Aku akan nilai entry tu dengan baik dan kalau ramai yang join random.org ok?? Dah-dah pasal segmen, aku nak buat entry pulak ye.. Tapi entry ini agak jiwang dan berbunga, tapi jangan label aku mat bunga sudah..

Namunku punya hati.. Sedih juga melihat kawan-kawan yang kecewa dalam perhubungan.. Lumrah dunia, sememang nya begitu.. Cinta itu buta, dan juga boleh membutakan kita.. Terpulang pada kita.. Cinta tak salah, tapi sebenarnya kita yang salah menilai apa yang di maksudkan sebenarnya dengan cinta.. Ada yang sibuk bercinta , sampai lupa agama, ada yang cinta sampai lupa pelajaran.. Bukan nak berkata cinta itu memburukkan , tapi sebenarnya inilah lumrah manusia.. Bukan diri sendiri yang menilai , tetapi dinilai oleh orang lain..

Kecewa dalam percintaan, aku juga pernah merasa.. Bohonglah kalau orang lain tak pernah lagi merasa, kecuali yang tak pernah bercinta tentu belum pernah mengalami kekecewaan.. Sakit kan kecewa?? Mesti sampai berkurung dalam bilik, ada yang sampai tak makan.. Tapi jangan sampai jadi vangang sangat sampai buat benda yang bukan-bukan.. Gantung diri lah, makan racun lah.. Ingat tuhan, jangan jadi bodoh! Haaa kan dah kena.. Pernah aku nasihatkan sahabat aku, kecewa dalam cinta nak terjun dari jambatan.. Nasihat tak jalan, cepukk! hamik satu das.. Haha jangan lah macam gitu wehh.. Tuhan beri kita akal, fikirlah dari kita buat benda macam tu.. Berdosa besar tahu?? 

Percayalah, Tuhan pasti beri ganti seseorang tu.. Memang kita menganggap seseorang tu paling berharga, dan paling terbaik dalam diri kita, namun bila di tinggalkan tu jangan lah menganggap cuma dirinya yang kita sayang dan tiada orang lain boleh ganti tempat tu.. Ternyata silap, Tuhan akan beri kita lebih baik daripada itu kalau kita ikhlas dan redha.. Memang kita sedih kecewa.. Tapi kita kena sedar, kita hanya merencana sesuatu itu, namun Tuhan lebih tahu apa yang akan terjadi.. Kerana kita milik-Nya hakiki dan bila-bila masa kita akan kembali kepada-Nya.. Bila pun kita tak tahu.. 


Bakal Pemenang Simple Segmen : Entry Terbaik 2012




Terima kasih yang sudi join segmen terakhir bagi tahun 2012.. Setakat ni alhamdulillah la, memang tak banyak yang join.. Harap segmen ni boleh berkembang dan hadiah boleh bertambah sekiranya penyertaan juga bertambah.. Jom layan lagu Be Mine sambil bw peserta lain di dalam simple segmen ni :)
  1. http://www.opzzpinky.my/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  2. http://www.aisyahhumaira.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  3. http://syafiq-syazwan.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  4. http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  5. http://luahanhatiwanitaidaman.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  6. http://truebrotherh00d.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  7. http://ketuabintangku.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  8. http://supermonitor99.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-wow.html
  9. http://pedotbunchet.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  10. http://miszrockers.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  11. http://www.coklateyes.my/2012/12/entry-terbaik-2012-blog-coklateyes.html*
  12. http://sayacikamal.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  13. http://anith-amalina.blogspot.com/2012/12/entry-terbaik-2012.html*
  14. http://najihapandalovers.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  15. http://qasehkuwardah.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  16. http://mawarjane.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  17. http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  18. http://coretangirlblog.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  19. http://tadeidealagi.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html
  20. http://suanazhar.blogspot.com/2012/12/simple-segmen-entry-terbaik-2012.html*
  21. Anda mungkin :)

Boleh terjah peserta dan lihat entry terbaik bagi tahun 2012.. Sememangnya tahun 2012 dalam kenangan, semoga dengan adanya segmen, memori dalam entry itu sentiasa di hati kita..

Bagi mereka yang belum join, boleh join dan promote sekali simple segmen bagi akhir tahun 2012 ni, jom join.. Ramai-ramai lagi bagus, dapat berkongsi entry terbaik korang dalam tahun 2012 ni.. Sharing is caring kan?? Jom terjah Simple Segmen : Entry Terbaik 2012 !!

Review Blog " Cik Lyeen Cupcakes "



Wachaaa.. Heee petang-petang tengah blogwalking.. Tetiba je perasan blog cik lyeen kita ni dah berubah wajah lah! terkejut den tau.. Huuuuuu jeles ni.. Rasa nak makan cupcakes banyak-banyak.. Hehehe sapa yang tak tengok lagi blog Cik Lyeen kita ni meh sini abg wan nak share.. Ahaks!! Hahaha serius malu juga bila Cik Lyeen ni panggil Abg Wan.. Wah kembang kempis di buatnya, rasa nak melalak atas bumbung dan terjun bangunan pula.. Hahaha dulu blog aku ni kena review, sekarang nih hamek lak Abg Wan review blog Cik Lyeen pulak..



  • Kemas blog baru ni.. Banyak dah berubah, dulu sweet pinky macam strawberry cupcakes.. Sekarang warna biru, so blueberry cupcakes la ye.. Tapi pink tetap ada.. Sweet gitu ;D
  • Header dia memang cantik, pehhh ada cupcakes sekali.. Memang nampak sedap.. Hahaha tengah lapo elok datang blog Cik Lyeen, dapat tengok pun dah kenyang..
  • Penulisan dia bagus juga, rajin comment setiap entry aku.. So , sebagai penghargaan dah letak blog Cik Lyeen sebagai bloglist kekal dan ni review dari Abg Wan untuk Cik Lyeen.. Ahaks!
  • Teruskan tagline cupcakes tu, wan suka ! hehehe :D

Bagi yang belum kenal lagi dengan Cik Lyeen, boleh pergi ke blog dia " Cik Lyeen Cupcakes "

Bagi yang masih belum join simple segmen : Entry Terbaik 2012, join lah cepat.. Tarikh akhir segmen pada jam 11.59pm 31/12/2012.. Terjah entry ini untuk join ye?? SINI..


Ape Kes!!!



Hmmm lepas satu-satu kes seumpama ini berlaku dekat negara kita.. Hmmmmmm mengeluh panjang bila aku beli paper sebentar tadi.. Belek-belek dekat kedai bangla sebelah ni, ternampak berita hangat macam ni terus 'rembat' senaskah.. Walhal aku ni memang tersangat lah susah sangat nak beli paper kalau korang nak tahu.. Hahaha ada kemudahan, siap ada kerusi dan meja untuk bersantai lagi.. Ape lagi, haha lepak sejam dua sebelum masuk kerja..

Dunia memang dah tua kan?? Macam-macam orang yang ada kat atas muka bumi ni.. Ada macam-macam terjadi.. Ape kes!! Ni yang aku emo semacam je.. Bukan apa, sensetif la perkara ni dan perkara ini bukan boleh dianggap enteng.. Kejam ! itu yang keluar dari mulut aku.. Gila ke pe?? Marahkan anak ke sampai macam tu sekali??


Nak di gelar macam ni rasa memang tak patut, tapi pada aku berbaloi.. Tapi binatang pun takde perangai macam ni.. Entah apa entah je, anak tu kan anugerah bro.. Ramai lagi yang nak kalau kau taknak, aku pun sanggup jaga la dari kau perlakukan sebegitu rupa.. Ish ish, tak kenal apa lagi bayi tu.. Hanya menangis bila lapar, haus atau pun berak.. Hmmm apa nak jadi?? Tepuk dada tanya iman.. Kalau diri kau yang buat tu di perlakukan sebegitu rupa ketika kau masih bayi, apa pulak yang kau rasa kan hah!


Huh! memang pelik sekarang ni, nak buat anak memang mudah, tapi nak jaga?? Aku memang tak de anak lagi sebab aku tak kahwin lagi.. Tapi ada la pengalaman jaga bayi sebab aku ada 15orang ank buah.. Ada la tolong sekali sekala jaga diorang.. Cari pengalaman dulu sebelum ada sendiri.. Tak salahkan??

Simple Segmen : " Entry Terbaik 2012 "

on 26 December 2012



Cakk!! Hehe rasa nak buat short segmen la pulak, memandangkan berapa hari saja bakal meninggalkan tahun 2012 ni, rasa elok juga korang dapat kongsikan entry apa yang terbaik dalam tahun 2012 ni.. Share sama-sama ok?? 


Cara join :
  • Buatkan entry yang bertajuk ( Simple Segmen : " Entry Terbaik 2012 " )
  • Bagi yang belum follow blog ni silalah follow dan bagi pengguna twitter, boleh follow saya @irwanalesa
  • Tempekkan header ni dalam post anda dan link kan pada entry ini..
  • Ceritakan serba sedikit tentang entry terbaik anda sepanjang tahun 2012, tak kisah berapa entry pun.. Pastikan ada link untuk memudahkan untuk baca entry tersebut..
  • Tag seorang kawan anda untuk meriahkan segmen simple ni..
CoRaT - CoReT KeHiDuPaNkU

  • Ok siap! tinggalkan link anda di dalam comment ye??
Tarikh akhir Segmen ini adalah pada jam 11:59PM 31/12/2012..

Pemenang akan di nilai daripada entry yang terbaik, kalau banyak yang join guna random.org ok?? 

Topup RM30, Bloglist kekal dan review blog menanti anda yang bertuah !!!

**Penambahan hadiah :
Topup RM10 = 1orang + bloglist kekal +  review blog
Topup RM5 = 2orang + bloglist kekal + review blog


#Update Bakal Pemenang Simple Segmen : Entry Terbaik 2012..



Segmen : "Aku ini Seorang Blogger"






Dah follow blog empunya segmen dan like fan page empunya segmen :)




Jom join segmen ni ... Awak, awak awak yang sedang baca entry ini pun di jemput sama..



#Review Blog 500's Follower


Pagi semua, buat apa lah aku ni tak tidur lagi kan?? Ni bahana lepak dekat mamak layan secawan kopi o.. Adeh memang tak mengantuk lak.. Tak tahu kenapa tetiba je rasa nak telan kopi, padahal aku kalau nak di ikutkan bukan peminat tegar kopi macam dulu, terpaksa di kurangkan atas masalah kesihatan.. Ok malas intro panjang sangat.. 







  • Blogger baru lagi, awal Disember baru mula berblogging..
  • Blog simple, black..
  • Tak banyak widget yang memberatkan blog..
Jom follow dan support MOHD IYXAT!!


Tips untuk anda :

  • 1st, entry jangan copycat ok.. Kekalkan originality penulisan kita.. Walaupun luahan hati, cuba kemaskan sedikit walaupun kita tengah marah, tak semestinya kita mesti maki dalam blog kan?? Ada banyak cara untuk kita luahkan..
  • 2nd, join pelbagai segmen dan GA yang di anjurkan oleh blogger-blogger lain, untuk tingkatkan traffic dan paling penting tambah kawan..
  • 3rd, kemaskan blog.. Cuba cari tutorial untuk cantikkan blog.. Boleh ambil tutorial dari mana-mana blogger untuk kemaskan dan cantikkan blog kamu / boleh tempah edit full blog daripada teman blogger, di samping membantu kawan jana pendapatan..
  • 4rd, kekalkan blogwalking @BW blogger lain menerusi segmen atau pun apa sahaja..
  • 5th, paling penting, blog-blog juga tapi jangan malas nak sekolah okeyh?? Hehe..

p/s : Maaf kalau ada terkasar bahasa..







#Silent Wednesday# Kita Bakal Ke Sini Jua..





Tidak kira mahu atau tidak, kita pasti menemui ajal dan di tempatkan di sini, kerana maut tidak mengenal usia dan masa :)

p/s : Renung-renungkan dan selamat beramal ..

Kerana Mulut..

on 25 December 2012




Disaat aku menaip entry ni tengah layan Hantu Kak Limah.. Hahaha memang lawak gila cerita ni, sumpah aku dah hafal kronologi cerita ni dari awal sampai lah tamat.. Tapi bila aku tengok aku tak terasa bosan sebab banyak sangan humor dalam cerita ni, kira pack gila dengan lawaknya.. Hahaha berkekek aku ketawa.. Tapi bukan pasal Hantu Kak Limah ni aku nak cerita, pasal mulut.. Ada apa dengan mulut?? 

Orang dulu banyak nasihat kan kita dengan pelbagai ungkapan indah, mutiara kata ataupun pelbagai bidalan..  Cuma kita tak pandai nak menggunakannya.. Maaf aku juga tujukan entry ini kepada diri aku sendiri, bukan bertujuan semata untuk menjatuhkan individu..

Banyak sangat dah terjadi dalam hidup aku, banyak sangat.. Kekadang sampai hilang kewarasan dan kesabaran, namun apa yang aku boleh buat?? Hanya boleh bersabar.. Dapat apa haa sampai sesama bangsa pun nak menjatuhkan bangsa sendiri?? Dapat apa?? Bangga?? Suka ke buat mulut, tuduh menuduh tanpa usul cerita..

" Melayu mudah lupa " kata Tun Mahathir memang tepat.. Tak selamanya kita berada di atas, namun bukan ke kita kena siap seragakan diri untuk melengkap kan diri untuk kekalkan kedudukan tu.. Tapi langit selalunya tak cerah, sangkakan panas, rupanya gerimis di siang hari.. Kalau jatuh, usaha bangunkan diri, jangan PhD terlampau tinggi sangat.. Bila kewarasan menurun, mula la bertindak luar kawalan.. Malas nak cerita panjang, atau pun bangkitkan hal ni dengan panjang lebar.. Harapkan sama join berniaga, sama berkongsi ok.. Tapi kenapa boleh burukkan nama sendiri, sengaja buka pekung orang?? Dapat apa??

p/s : maaf bahasa agak kasar :)



Terbaik Dalam Kenangan..



Selamat petang semua, hari ni nak update entry dulu baru lah nak join segmen atau pun GA.. Maaf kalau terlewat, bukan tak sudi nak join.. Tapi nanti bila ada kesempatan nak join boleh je, pasti aku akan join kan diri.. Terima kasih sebab tag aku.. Dalam keadaan separa sedar, kita sebenarnya semakin cepat meninggalkan tahun 2012.. Tahun yang banyak suka duka, pahit manis dan kita juga yang menghadapinya..


Mengimbau kenangan lalu sepanjang bergelar blogger ni, memang semuanya indah.. Best kan dapat kawan baru, berinteraksi sesama kita dan eratkan ukhwah sesama blogger.. Teringat dulu entry pertama aku semasa hari pertama bergelar seorang blogger..  Hehehe bagi yang rajin nak cari tu boleh cari, tak banyak entry lagi, cuma dalam 141 je.. Atau pun korang boleh je tekan SINI.. Bila baca balik terasa kelakar pun ada, yela baru je berjinak-jinak dalam penulisan blogger.. Dulu ada blog juga, tapi dah tak ingat password nya, puas juga ketuk kepala bagi nak ingat, haha dah short sana sini wayar semenjak eksiden dulu.. Hahaha..


Kalau korang tengok perkembangan penulisan aku sepanjang menjadi seorang blogger ni korang kategorikan aku sebagai jenis blogger ape eh?? Kekadang aku pun tak paham.. Tapi aku lebih suka jadi aku sendiri.. Blog aku adalah aku.. Kekadang ada juga tentang aku sendiri, tentang masalah negara, sukan, bencana.. Kira semua aspek aku coretkan kat sini.. Blog menjadi tempat luahan rasa pun ada, bukan nak meraih simpati, tapi sekadar suka-suka..


Masih teringat juga ketika aku benar-benar berminat dengan domain .com , pun aku coret kan dalam blog ni.. Bermula aku bertanya seorang blogger yang tak asing lagi iaitu Ben Ashaari melalui laman sosial, twitter,terus aku berminat untuk berblogger dengan lebih serius.. Boleh terjah untuk baca entry INI .. Dan kini aku telah pakai domain dan aku juga berpuas hati atas perkhidmatan yang di sediakan oleh NetKL.. Tiada beza sangat domain ni, tak kisah lah dot com or dot my ataupun dot dot dot ke.. Hehehe..


Sepanjang 6bulan berblogger ni, banyak dah perubahan yang berlaku dalam blog aku.. Mula templete biasa, cari tutorial untuk cantikkan blog.. Korang mesti tahu kan tutorial blogger yang femes kan?? Aku bocorkan rahsia ni.. Hehe tentu lah Lyssa Faizureen.. Siapa tak kenal dengan blogger comel molek tu.. Selain daripada tutorial aku juga banyak membaca tips yang di sediakan olehnya, dari segi penulisan dan dari tips tu juga aku telah kenal apa tu segmen dan apa tu Giveaway (GA).. Memang bertambah kawan-kawan dari serata negeri.. Bagi blogger-blogger baru join lah segmen dan GA.. Banyak menafaatnya di samping hadiah yang awesome, semua itu bergantung pada rezeki masing-masing.. Dapat juga info tentang kebaikan ping entry kita ke tempat lain, tak kisah lah Gilaping, Kartikel, blogr.my ke janji kita bagi readers luar dari followers kita baca entry tersebut.. Dapat meningkatkan traffic blog juga dari segi pageview..

Memang banyak yang indah, yang pastinya tahun 2012 yang bakal meninggalkan kita ini menyimpan pelbagai kenangan.. Nak aku coretkan semua di sini sampai lenguh tengkuk nak baca, aku yang taip lagi tadi tak sudah di sebabkan ada saja keje.. Tapi aku heran, bila duduk kat meja ni senang je idea nak datang, kalau kat rumah lebih banyak termenung.. Hehe aku rasa sampai di sini je.. Korang macam mana ?? Boleh kongsikan sama :)





Akhirnya..

on 24 December 2012


Yeah! akhirnya aku ada masa untuk aku menaip entry.. Mula tadi just bw dan join segmen, kini aku kembali dengan entry.. Entah apa-apa je perangai aku ni, macam bebudak.. Haha setelah dua hari takde entry, akhirnya aku kembali.. Bukan apa, bukan takde idea tapi balik kampung sebab tengok abah sakit.. Masuk je keje hari ni, terus siapkan kerja mana yang tertunggak.. 

Selama ni aku mencari penyelesaian bagi masalah yang berlaku pada Mr. Lappy aku ni, bukan meragam cuma aku menambah baik mana yang perlu.. Sekarang kan pakai windows 8, so aku pun tak lepaskan peluang ni.. Bukan pakai yang ori, tapi.. Faham-faham la sendiri.. Mana mampu weh nak beli laptop baru atau pun cari Windows ori, kat Lowyat RM333.. Pergghh baik simpan buat kahwin..


Akhirnya.. Yesss.. Hehe hati manyak senang maa.. Tetiba je cakap slank cina.. Adoii, maaf kualiti imej kurang memuaskan.. Ni gambar paling jujur ni, kalau printscreen kan macam-macam imej boleh cari dekat google image kan?? Siap nampak aku lagi.. Hahaha.. Tapi apa yang membuatkan bertambah best ni aku nak kongsi dengan korang semua:

  • Full license - maksudnya dah crack sepenuhnya.. Driver full, semua boleh pakai tanpa ada masalah..
  • Boleh swap ke windows 7 bila -bila tanpa ada menjejaskan partition windows atau data..

Change operating system anytime... Amboiii speaking lagi.. Hehe bila rindu nak pakai windows 7 just restart je.. Akan muncul lah menu macam gambar atas ni.. Terasa macam baru je laptop kesayangan aku ni.. 





"Segmen 3 Hari : Cik Lyeen lagi!"






Cakkk !! hehe nak join segmen yang di anjurkan oleh Cik Lyeen yang sememangnya femes dengan cupcakes nya.. hehehe mana tahu kali ni bertuah juga.. Macam yang korang tahu, blog aku telah di review oleh Cik Lyeen ni.. Wahhh kembang kempis dada ku di buatnya.. 1st time my blog di review tau.. Siapa yang nak tengok boleh tekan SINI.. Dengan rasa kasih sayang aku dah follow dia punya syarat-syarat dan menjoinkan diri dalam segmen yang sungguh comel ni..

Hadiahnya :



Boleh bagi mak atau pun yang teristimewa di hati ni :)

Mangsa tag :



Segmen Sabtu By Emas Putih

on 22 December 2012







Just klik banner di atas ni untuk join :)


Tag:
 Cik Lyeen Cupcakes
SM
Cik Mimie





Aku Benci Kau!!!

on 21 December 2012


Haiii salam Jumaat pada semua, pada yang menjamu selera tu makan perlahan-lahan.. Jangan dok mengadap lappy masa tengah makan.. Ececeh macam lah tak pernah buat.. Intro macam bagi ucapan.. Hahaha apepontakboleh.. Memang internet dah ok, dari takde nak buat apa, ingat aku sambil cari idea nak buat entry, terfikir pula nak download movie baru.. Haisshh lama sangat dah tak update movie ni.. 

Aku macam biasa la, download cerita ni salah satu hobi.. Yela nak tengok wayang jauh, lagipun nak ajak siapa.. Bosan pergi sesorang diri, sekarang internet di hujung jari, macam-macam ada dalam internet.. Semua boleh download, bollywood, hollywood, malaywood cuma playwood je tak boleh download.. Kalau boleh download, bankrup aku rasa kilang playwood.. Sejak dua menjak ni memang selalu sangat download movie, yela dulu rajin tengok wayang, sebab dekat dengan rumah.. Lagipun paling terang lagikan nak bersuluh rumah aku kat kampung tu mana ada internet.. Tak sanggup den nak g cybercafe semata-mata nak download cerita baru..

Al-kisah nak di jadikan cerita, lalu aku pun terdetik di hati nak download movie.. Biasa la laman web yang aku rajin pakai untuk download movie baru ni tak lain tak bukan Jieazzmovie.net .. Alangkah sedihnya, hatiku( param-param), hmmmm kene hack ke laman web ni?? Puas aku refresh berulang kali.. Hmm betul lah, yang hack ni orang Bangladesh, dasar bangla betul la mat bangla ni.. Ada ke patut kau hack lamanweb yang movie, banyak lagi la lamanweb yang kau boleh hack,porno web ke.. Bagi orang lansung tak boleh access.. Hadooiii aku benci kau!! Aku benci hackers !! huhuhu masih segar dalam ingatan account twitter aku, siap yahoo mail sekali kena hack.. Aku pun tak tahu..



klik untuk besarkan image 

Kann?? Macam tak percaya pulak, tetiba je jadi macam ni.. Apa nak buat, sabar je lah.. Tengah usya link lain, sebab yang aku tahu cuma jieazzmovie ni memang up to date la, cerita baru memang cepat.. Nasi dah jadi bubur, elok jangan buka sementara ni, takut bila kita buka lappy kita kena spam @malware.. So langkah sebaik nya korang hentikan dulu masuk lamanweb atas ni.. 

Di Kala Aku Bersemangat..

on 20 December 2012


Selamat malam semua, tadi 2entry berturut-turut aku join segmen.. Wahh semacam takde idea nak type entry ke?? Tak lah sebenarnya aku sambil bekerja, bila ada masa terluang baru sambung balik.. Ni aku ingat aku mula typing dalam jam 8pm tadi, tapi baru sekarang dapat siapkan dan boleh publish! OMG! haha lama kan?? Hampir satu jam elehhh kau wan, type lembap cakap jelahhh.. Hahaha itu salah satu faktor,ntah napa jari aku merasa sakit.. Lupa aku angkat almari tadi tercepit, aoouuucchh!! hehe ok cuma bengkak sedikit je.. Terasa ok dah ni..

Hmmmmmmmmmm.. Panjang mengeluh kau wan?? Kenapa?? Ada masalah?? Yup!! aku di landa masalah yang sangat besar sehinggakan aku mahu baling batu kena dekat zink rumah orang.. Hahaha dasyat juga kan??? Takdelah gurau je tadi, takde pun sampai macam tu sangat.. Masih boleh lagi bersabar.. Lagipun ini bukan kali pertama aku mengalaminya..

INTERNET! sangat perlu.. Untuk blog dan untuk kerja.. Yesss ! ini masalah aku.. Entah mengapa memang slowwwwwww gilllerrrrr ! slow sangat lah tu maknanya.. Hehehe memang kalau ikutkan tension yang amat, tapi nak buat apa lagi, saboorrr je lah.. Nak loading blog sendiri pun memakan masa, lagi la hmmmm sedih juga baru nak blogwalking dah terbantut.. Tapi aku gagahkan jua..


sumber : printscreen blog sahabat baik cik lyeen

Maaf awak sebab printscreen blog awak.. Hehe tercetusnya entry ini saya dapat ilham dan terus apa lagi, menaip entry baru.. Hehe terima kasih :) Jangan mareee tau?? Hehehe..

Memang sedikit tergugat perjalanan hidup aku.. Ye tak?? Mana la boleh takde internet, hehe tak dapat bayang macam mana dunia tanpa internet.. Cewaaahhh ! berfalsafah la pula.. Di saat menikmati cekodok pisang, dan teh o aku publish entry ini.. Oraittt jumpa di lain entry.. 


"Segmen : Up Traffik Akhir Tahun!".





Yeahhhhaaaa!! nak bagi tahu u olllsss (mak aiii geli pulak hahahaha ) ni nak join segmen yang di buat khas oleh Nabila Medan.. Jom join sama.. Rugi tak join tau.. 

Mangsa Tag:

Awak, awak dan awak yang sedang baca entry ni.. 


" Segmen Blogwalking Rilex Cool"




Kelebihan blogwalking paling penting dapat meningkat kan traffic blog sesama blogger.. Pageviews bertambah dan follower juga bertambah.. 

Mangsa tag :

Cik Mimie
SM

Dan kamu,kamu, kamu yang sedang membaca entry ini juga di jemput memeriahkan sama segmen ini..
 
© Blog CCK All Rights Reserved