Laluan Getir Akan Di Tempuh!

on 12 December 2012



Selamat petang semua.. Jumpa lagi di entry yang berikutnya.. Tupp tengah rehat ni ingat nak tidur sekejap, tetiba je entry terlintas masuk.. Kikiki apa lagi terus je buka lappy dan menaip.. Macam mana hari korang hari ni?? Best?? Tarikh best kan?? 12.12.12.. 


Aku masih menantikan sentuhan skuad kita.. Sentuhan yang membawa kemenangan bagi melayakkan diri ke final.. Harapan di letakkan sepenuhnya.. Kami sentiasa di belakangmu! Mengimbau kembali perlawanan tempoh hari, dapat aku rumus kan, pasukan kita ni bermain cukup baik sekali.. Kesemuanya bertindak dan pertahanan nampak kukuh.. Walaupun sesekali benteng agak nampak rapuh, tapi percubaan demi percubaan dapat di patahkan..

Mereka (pasukan Thailand) mereka memang mempunyai pemain yang hebat.. Tengok sahaja corak permainan mereka tempoh hari.. World class! Aku memang tabik dengan corak permainan pasukan Thai, dari semua aspek.. Tapi aku sesekali tidak putus berdoa, agar dapat melihat pasukan kita menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun ni dan mengulangi kejayaan yang sama pada 2tahun lepas..

Harap-harap Harimau akan terus mengaum di perlawanan ini dan berjaya membaham Gajah Putih walaupun pada hakikatnya laluan ke final agak sukar.. Kejayaan pasukan kita di letakkan sepenuhnya di bahu Skuad K.Rajagopal..
Ranking: 5

4 Comment:

  1. ena tgok cara Thai main pun, memang mantap.. btw, ena pun doa yg terbaik untuk Harimau Malaya.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Yes semangat itu lah yang wan nak tengok! hehe jarang tengok perempuan pun minat bola..

    ReplyDelete
  3. semoga harimau malaya terus mengaum dgn baik..:D

    sokong harimau malaya!!

    ReplyDelete
  4. moga kemenangan akan berpihak pada ngara kita..insyaAllah..

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved