
Salam tengahari semua.. Dikala orang sibuk memasak, sibuk pergi kedai mamak, aku masih di kedai lagi.. Sempat lagi menaip entry.. Waktu panas ni teringat sedapnya cendol pulut.. Baru hari tu pekena dekat Alor Gajah.. Alaa orang Melaka mesti tahu, sebab cendol sana memang terbaik.. Murah pulak tu.. Hehe terlampau sedap sampai lupa nak snap pic.. Huhu terliur dah ni.. Hahaha lebih enak jika minum cendol bersama si dia.. hehe ;D
Selamat kembali ke sekolah adik-adik.. Persiapan terakhir barang kali.. Ibu bapa sibuk mempersiapkan segala kelengkapan bagi anak-anak mereka.. Waahhhh cuti hampir habis kan?? So isi masa lapang dengan sepatutnya, jangan nak TLDM (tidur, lepak dan makan ) je..
Bermula cuti sekolah haritu, bermula juga musim "Berkhatan" .. seronokk woo.. Takpe, tanda adik-adik mula meningkat dewasa.. Pastu bila dah senang ejek kawan yang belum 'potong'.. Hahaha kenangan beb, rasa malu juga pada masa tu, kene ejek ramai-ramai.. Nak buat caner, penakut juga pada masa tuh..

Sempat peace lagi.. Sumber google.. Maaf kalau ada terasa, nak bagi kredit pic ni tak tahu sapa.. Hehe apa pun sempoi..
Lepas musim berkhatan, pastu musim pula membotak kan kepala.. Hahaha maksud aku gunting rambut la, tapi selama aku sekolah rendah tak pernah botak, rambut sentiasa belah tepi je.. Skema kannn?? hahaha.. Ragam semasa gunting rambut nak sekolah, dok fesyen, pacak-pacak sana sini.. Last-last sampai sekolah kene tangkap semasa sportcheck ! menyesal ekau tiado guno.. hahaha..
Ala tomey-tomey siap tertidur lagi gunting rambut.. Ketika menaip ni aku macam terasa juga, sebab sampai sekarang ni aku masih lagi nak tertidur bila gunting rambut.. Hahaha pelik la weh, cam ape tah habit ni.. Susah nak kata, bila masuk dan duduk atas kerusi tu, start je mesin berbunyi aku nak lelap.. Pernah juga tertidur, dah siap baru kejut.. Terbaik lah perangai! haha..
Ragam waktu cuti sekolah, lagi time nak bape hari nak bersekolah mula ni.. Mesti rasa malas, ye dakk?? Selalu boleh bangun 10 pagi, alaa awal lagi tu.. Ni nak kena bangun seawal 6am.. Kesian kan??? Lagi buadak Darjah 1 mesti masih liat nak bangun.. Haha kekadang tergelak waktu ni.. Teringat zaman dulu punya cerita..