Dan sama sejahtera.. Terasa ok sikit sebab dah baik demam, esok nak balik kampung.. Yesss! lama sangat tak balik kampung.. So 3 atau 4 hari ni akan senyap sikit la dalam laman sosial, kerana menghadiri perkahwinan saudara.. Sibuk "rewang".. Budaya yang cukup terkenal dalam tradisi Melayu, lebih-lebih lagi masyarakat Johor..
Ok, berkisarkan tajuk entry yang di atas ni, takde kaitan lansung pun pasal rewang ataupun kenduri perkahwinan.. Tapi entry aku ni lebih berkisarkan tersebarnya video di facebook.. Kosmo hari ini Mekanik kejam dera anak tiri.. Tanpa mengenal erti kemanusiaan, hilang kewarasan, manusia sanggup melakukan apa saja untuk kepuasan dirinya sendiri.. Tanpa tahu sebab apa budak tu dia di dera..
Tak tahu la manusia jenis apa, memang patut lah di berkas.. Baru padan muka dia.. Macam tu ke cara mengajar anak?? Kalau pun buat silap, tak boleh ke tegur dengan lebih elok.. Saje menempah nahas, di rakam dan isterinya memuat naik dalam facebook.. Gila! Tu yang terpacul keluar dari mulut aku bila tahu benda ni tersebar.. Aku juga telah menontonnya sekali.. Biarpun anak tiri, anugerah dari tuhan kena lah jaga.. Bukan boleh di sepak terajang sesuka hati.. Salah apa lah sangat budak tu kan??
Macam -macam yang terjadi manusia akhir zaman ni.. Memang pelik.. Ambil yang jernih, buang yang keruh.. Jangan perkara seumpama ini terjadi lagi..
{ 0 Comment... read them below or add one }
Post a Comment
Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..