Selamat petang semua, hari ni nak update entry dulu baru lah nak join segmen atau pun GA.. Maaf kalau terlewat, bukan tak sudi nak join.. Tapi nanti bila ada kesempatan nak join boleh je, pasti aku akan join kan diri.. Terima kasih sebab tag aku.. Dalam keadaan separa sedar, kita sebenarnya semakin cepat meninggalkan tahun 2012.. Tahun yang banyak suka duka, pahit manis dan kita juga yang menghadapinya..
Mengimbau kenangan lalu sepanjang bergelar blogger ni, memang semuanya indah.. Best kan dapat kawan baru, berinteraksi sesama kita dan eratkan ukhwah sesama blogger.. Teringat dulu entry pertama aku semasa hari pertama bergelar seorang blogger.. Hehehe bagi yang rajin nak cari tu boleh cari, tak banyak entry lagi, cuma dalam 141 je.. Atau pun korang boleh je tekan SINI.. Bila baca balik terasa kelakar pun ada, yela baru je berjinak-jinak dalam penulisan blogger.. Dulu ada blog juga, tapi dah tak ingat password nya, puas juga ketuk kepala bagi nak ingat, haha dah short sana sini wayar semenjak eksiden dulu.. Hahaha..
Kalau korang tengok perkembangan penulisan aku sepanjang menjadi seorang blogger ni korang kategorikan aku sebagai jenis blogger ape eh?? Kekadang aku pun tak paham.. Tapi aku lebih suka jadi aku sendiri.. Blog aku adalah aku.. Kekadang ada juga tentang aku sendiri, tentang masalah negara, sukan, bencana.. Kira semua aspek aku coretkan kat sini.. Blog menjadi tempat luahan rasa pun ada, bukan nak meraih simpati, tapi sekadar suka-suka..
Masih teringat juga ketika aku benar-benar berminat dengan domain .com , pun aku coret kan dalam blog ni.. Bermula aku bertanya seorang blogger yang tak asing lagi iaitu Ben Ashaari melalui laman sosial, twitter,terus aku berminat untuk berblogger dengan lebih serius.. Boleh terjah untuk baca entry INI .. Dan kini aku telah pakai domain dan aku juga berpuas hati atas perkhidmatan yang di sediakan oleh NetKL.. Tiada beza sangat domain ni, tak kisah lah dot com or dot my ataupun dot dot dot ke.. Hehehe..
Sepanjang 6bulan berblogger ni, banyak dah perubahan yang berlaku dalam blog aku.. Mula templete biasa, cari tutorial untuk cantikkan blog.. Korang mesti tahu kan tutorial blogger yang femes kan?? Aku bocorkan rahsia ni.. Hehe tentu lah Lyssa Faizureen.. Siapa tak kenal dengan blogger comel molek tu.. Selain daripada tutorial aku juga banyak membaca tips yang di sediakan olehnya, dari segi penulisan dan dari tips tu juga aku telah kenal apa tu segmen dan apa tu Giveaway (GA).. Memang bertambah kawan-kawan dari serata negeri.. Bagi blogger-blogger baru join lah segmen dan GA.. Banyak menafaatnya di samping hadiah yang awesome, semua itu bergantung pada rezeki masing-masing.. Dapat juga info tentang kebaikan ping entry kita ke tempat lain, tak kisah lah Gilaping, Kartikel, blogr.my ke janji kita bagi readers luar dari followers kita baca entry tersebut.. Dapat meningkatkan traffic blog juga dari segi pageview..
Memang banyak yang indah, yang pastinya tahun 2012 yang bakal meninggalkan kita ini menyimpan pelbagai kenangan.. Nak aku coretkan semua di sini sampai lenguh tengkuk nak baca, aku yang taip lagi tadi tak sudah di sebabkan ada saja keje.. Tapi aku heran, bila duduk kat meja ni senang je idea nak datang, kalau kat rumah lebih banyak termenung.. Hehe aku rasa sampai di sini je.. Korang macam mana ?? Boleh kongsikan sama :)
awak ni blogger yg bersastera bg ena... nanti ce try buat cerpen ke apa.. heheheh
ReplyDeletewahh, tahniah. penglaman lalu mmg mlucukan lagi2 tak tahu apa itu segmen dan giveaway.
ReplyDeleteouh yeke, nanti balik lagi boleh order ..
Kihkih taniah taniah! Teruskan berblogger, chayok chayok hehe
ReplyDeleteawk blogger yg cool..lyeen suka baca entry2 awk..santai dan cool..taks erabut kepala hotak nk baca..lg 1..blog ni sng nk msuk..laju je loading..
ReplyDeletep/s; teringin jugak nk pakai domain dot.dot.dot. tu..hehe
nad bru kenl ngn irwan..setkt ni nad tengok irwan sempoi je..kdg2 ade crite tu bukn crite kosg semta..keep blogging..nad pun nk wat domain..tapi x tau bile
ReplyDelete