Selamat pagi semua.. Wahh sempat lagi menaip entry, padahal waktu untuk tidur ni.. Bukan apa saja je nak isi masa lapang.. Tak lah buat aktiviti yang tak berfaedah kan?? So baik aku menaip entry lagi bagus.. Just be yourself @ jadi diri sendiri.. Siap ada tanda seruan lagi kau, kelaaaassss kau jahh!! hahaha senget!
Susah sangat ke nak jadi diri sendiri?? Perlu ke sampai nak menjatuhkan seseorang hanya di sebabkan nama atau pangkat dsb tu?? Perlu ke?? Aku tak suka orang hipokrit, suka bermuka-muka.. Kalau kuih talam memang aku suka, ni tak talam dua muka.. Adehh lemah aku.. Just be urself la kawan, tunjukkan kedewasaanmu .. Jangan tunjuk perangai tu depan aku la.. Sebab kan aku mula sangat meluat..
Aku tak kisah pun apa yang kau nak kata, terpulang.. Sebab aku tahu kalau aku salah aku akan terasa.. Tapi manusia mana tak melakukan kesilapan, jangan salah sikit sampai nak menghukum.. Siapalah kita.. Just itu yang aku fikirkan bila seseorang buat aku macam tuh.. Sakit juga bila selalu di persendakan.. Serius ! memang sakit kalau kena.. So apa yang aku perlu buat bertahan dan sabar..
Berdendam, bermusuh bukan lah penyelesaian.. Namun perlu juga seseorang untuk menilai kita dari luaran.. Dan kita perlu sentiasa muhasabah diri sendiri.. Setiap malam tanpa jemu.. Terima kasih, segala pengalaman lalu aku ambil iktibar dan jadikan pendorong buat masa hadapan.. Lebih yang orang lain dapat, jangan iri hati.. Sebaliknya kita berusaha untuk capai apa yang orang lain pernah capai..
" Life is too short to be someone else "
setuju, baik jadi diri sendiri :)
ReplyDeletetekankan ayat di situ "SUSAH KER NAK JADI DIRI SENDIRI" yehaa. hee
ReplyDelete