Holla semua! haha puas dah bercuti kan, kini aku dah kembali balik dah.. Perggghh macam-macam sampah sarap dekat blog aku ni, pelik juga takde ke keje pembersihan di lakukan?? Walawei sawang merata tempat.. Sejam juga bersihkan sawang dan sampah.. Berlonggok dah plastic bag ni ngan sampah-sampah.. Baru 2hari, macam-macam bau.. Haha mula dah gila aku ni.. Maklum lah headbanging terlampau banyak.. Haha sampai sekarang tak berhenti bergoncang.. Adeh nak patah tengkuk rasa..
Dua hari aku tak update blog, segmen aku tinggal macam tu je, untung lah dia sampai tak mintak fasakh.. Werrkkhh ! muntah hijau aku sambil typing entry ni.. Melalut je ape hal?? Ok ni nak citer la ni.. ( cer citer, cer citer).. Ok Jumaat lepas aku last update pasal aku nak bercuti kan?? Takde g mana pun, g RTW12.. Bagi yang nak tahu RTW12 tu pe Rock The World '12.. Pergghh serius keluar slank Jawa bila cakap omputih ni.. Hahaha best memang best lah, headbanging pun boleh tahan.. Pergi ramai-ramai dengan membe aku semua.. Malas nak cerita banyak tentang RTW ni kang korang kata aku ni blackmetal lak.. Haha aku bukan sampai tahap macam tu, cuma penggemar muzik yang agak 'keras' sikit je.. Maklum lah suppport band Malaysia, bukan satu genre je kat negara kita ni.. Boleh search kat google or youtube maybe dah ada kot, maklumlah dunia makin maju.. Kalau ada live streaming aku lebih suka sebab aku tak suka pulak nak berhimpit sana sini, mula la nanti berpeluh dan paling tak suka bau badan yang agak kurang menyenangkan.. Hewwww!! werkkk! hahaha.. Nasib baik la takde live streaming kalau tak saja je penganjur batalkan gigs sebab ada live streaming.. Haha :D
Then apa pulak yang aku sedih, tajuk entry permulaan nya yang gembira tetiba bertukar jadi sedih je?? Ni nak habaq mai ni.. Sebenarnya aku kehilangan hannphone.. Huhuhu sayang gila aku , handphone tu aku beli gaji pertama aku kerja 7E dulu.. Nokia C3, tu la handphone aku 1st ada wifi.. Masa beli tu memang la kembang semangkuk, last-last takde guna juga wifi.. Haha sebab duk kampung, kedai mamak bagi wifi free ada la pulak.. Al-kisahnya nak di jadi kan cerita, ada orang seluk kocek aku ketika aku beratur beli tiket.. Perghhh memang tak dapat lah nak kejar, siapa kat belakang aku tu aku tak tahu, tak guna penyeluk saku! haaiiiayyyaahh! nak je aku bagi sidekick free sedas dua.. Huhuhuhu nasib lah baik aku letak dalam dashboard kawan aku, aku tak bawak la.. Just ic dan benda penting yang aku patut bawa.. Tergantung bersama dalam batch aku.. Malas nak bawa cash dalam wallet.. Dah jadi dah benda ni dulu, ini kali kedua.. Sayang handphone tu, paling sayang number yang aku pakai tu hampir 7tahun dah.. Tak pernah bertukar.. Sekejap je aku call dapat, lepas tu haram la terus dapat.. Mesti dah cabut simcard..
Taubat la nak letak dalam poket lagi.. Pelik betapa laju sangat tangan dia, bagai tak terasa je dia ambil, wahh ada belajar lian padukan ke?? seram mehhh.. Aku menuntut pun tak habis lagi.. Apa pun benda dah hilang.. Barang yang lepas jangan di kenang lagi kan?? Sabar dan halalkan jelah..
amboi..sakan cuti..hhaa..:D
ReplyDeletep/s: mohon bersbaar atas kehilangan..tabah..kot hp tu nak minta tukar baru kot..xpa..kita hilang sesuatu akan ada yg lg baik..kot lah samsung galaxy plak lps ni..:d