Salam Aidilaha Buat Semua :

on 25 October 2012




Assalamualaikum semua.. Hari ni nak buat simple entry je.. Cz takde idea lagi nak buat entry hehehe.. Ni pun dah cukup bagus dari takde lansung kan??  Hari ni nak balik kampung.. Bukan Johor tapi Kelantan.. Saje nak berjalan sebab lama dah tak berjalan.. Cuti seminggu ni boleh la jalan2 kat kelantan.. 


Dengar kata Kelantan lebih meriah Raya Haji, so aku ambil peluang yang ada ni untuk memastikan sama ada betul ke pernyataan yang selama ni aku dengar.. Hehe, dah siap kemas barang-barang sejak dari semalam lagi, wahhh semangat berkobar-kobar.. Takde lah sangat, cuma taknak lah tertinggal barang yang penting.. Cam, lappy mesti bawak.. Boleh update segala laman sosial yang aku ada.. Tiap masa nak amik gambar.. Sebab lama sangat dah tak berjalan-jalan dekan negeri orang..


Selama ni tak pernah lagi beraya dekat rantauan orang, nak juga merasa bagaimana rasanya pagi raya berjauhan dengan family tercinta.. Tadi call mak, sedih pulak terasa.. Cakap kalau wan tak balik, takde yang balik.. Rindu sebenarnya ngan family, tapi nanti la senang-senang cuti wan balik kampung pulak.. Kakak tak balik,so yang ada cuma adik beradik yang tinggal katkampung je la..


Tiket bas jam 8.30pm, ada masa lagi untuk aku rehat dan double check pakaian dan barang-barang untuk aku bermalam kat sana.. Sempat shopping, gunting rambut dan bagai lagi.. Tengok keadaan sekeliling kat sini, cehh macam nak pergi lama je aku kat  sana.. Seminggu je kan?? hehe saja je macam tu..


So di kesempatan yang ada ni, aku memohon sepuluh jari andai kata di sepanjang perkenalan dalam blog,twitter atau pun facebook ada yang terkasar bahasa atau pun apa saja.. Dengan ucapan, salam aidiladha.. Tulis entry sambil dengar lagu raya.. Hehe layan feeling lak aku petang-petang ni..

Mana yang akan bertolak ke kampung halaman, tak kira lah dalam perjalanan, atau pun malam nih.. Hati-hati di jalan raya, dan sentiasa ingat orang yang tersayang.. Yang memandu tu, pastikan kenderaan anda di periksa terlebih dahulu.. Berjumpa di lain entry ok??

SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA..


wassalam..

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas

on 20 October 2012

Assalamualaikum..

 
Terasa lama sangat tak join segmen.. Tengah blogwalking tadi ada segmen baru dari blogger mohd noor shawal  pun ikut kuning sebab dia awesome gitu :) warna di raja.. :D terus follow blog dia dan masih lagi berkesemptan untuk join segmen dia.. Motif nak tambah kenalan dan mengeratkan hubungan sesama blogger semua..   



Nak join ?? senang saja syarat yang dia kenakan, boleh klik banner di bawah untuk melihat syarat nya dan join ok???




Setakat ni follower aku cuma ni.. Harap boleh bertambah lagi lepas ni :D




Jom sama-sama join.. Kita sama- sama tambah follower ok??


wassalam..



Seharian Terpaksa Berpisah??

on 18 October 2012

Assalamualaikum..


Hmmm apa pulak la kali ni, tepaksa apa pulak la aku ni.. Hahaha saja je intro bagi sedih tapi sebenarnya bukan apa pun sangat.. Saje nak buat gimik.. Haha yang sebenarnya terpaksa berpisah dengan laptop kesayangan aku ni.. Sebab ada masalah, bila panas je auto shutdown.. Yang paling aku hairan tetibe je jadi bluescreen.. Aiyoyoyo sangat takut meh.. Semenjak 'membela' laptop ni tak lagi penah rosak.. 


So, solution aku service la.. Tak kena bayar pun.. Kan aku keje kedai komputer.. Haaa kalau kat kedai mau charge RM50 keatas la.. ( tak boleh bagitahu harga sebenar, nanti bos baca) hahaha.. Proses service ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi, bukan mudah nak pisahkan satu-satu komponen laptop.. Kalau PC senang la sebab besar, laptop memang susah, especially bahagian motherboard.. Tempat yang paling penting.. 

Bagi tengok gambar lagi senang.. 









Haaa amik kau berhabuk gila.. Habuk la menyebabkan laptop aku cepat panas, sekarang ni ok dah.. Walaupun model lama, Compaq Presario CQ42 je, tapi aku sayang sangat.. Harta pertama yang aku dapat bila kerja kat sini.. Alhamdulillah, sekarang dah boleh pakai.. Test Windows 8, boleh laa.. Lebih ringan dari windows 7.. Dinasihatkan copy image widows anda sebelum install Windows 8.. Windows yang aku install ni cracked punya.. License pun tak lama... Saja je nak try.. Haaa baru leh nak update entry, blogwalking tanpa fikir lappy cepat panas.. 



Ok sekian jumpa di lain entry.. 



wassalam...

Dadali - Ku Tak Pantas Di Syurga Lirik

on 17 October 2012

Sudah terlalu banyak
Dosa yang aku lakukan
Tuhan ampuni aku

Berlinang air mata
Bila ku sebut nama-Mu
Tuhan bergetar hatiku

Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan redha-Mu
Beri aku kesempatan
‘Tuk menjadi yang lebih baik

Andaikan saja waktu
Dapat ku putar kembali
Aku ingin di dekat-Mu

Betapa pedih siksa
Yang telah Engkau janjikan
Tuhan maafkanlah aku

Ku telah
Lama lupakan-Mu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan redha-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan redha-Mu
Berikan kasih-Mu
Berikan cinta-Mu




Errr memang macam ni ke??

on 16 October 2012

Assalamualaikum..


Selamat membaca kepada semua.. Haa ni ada masalah yang baru aku terperasan.. Haha.. Maybe baru hari ni.. Hmm adakah aku kuat sangat meng`edit` blog?? Sampai jadi kucar macam ni sekali?? Baru je pakai shout busuk.org ni.. Dah ada masalah.. Try buat semula pun tak menjadi.. Bila masuk link dia terus jadi macam ni.. Sempat untuk printscreen bagi korang jelas tentang apa yang berlaku pada blog aku.. 



Haa lebih kurang macam ni la, tak sempat pulak print pada blog aku, ternyata bila aku log in blog kawasan shout busuk.org tu memang kosong, aku pun jadi pelik bin hairan pulak.. Berapa kali refresh tetap sama.. Belum lama pakai shout tu, dah ada prob.. Aku suka shout tu sebab simple, and lagi satu sebab mudah sangat tinggal send je lepas type.. So jalan penyelesaian, aku pakai lagi shoutbox cbox yang sebelum ni aku pakai.. 


Dengan adanya shout ni, mudah untuk sesapa yang blogwalking dalam blog aku.. Nak tinggal link, supaya aku dapat review blog mereka semula.. Selain tu, ada juga aku pakai misterlink widget.. Tu pun nampak berkesan juga, sebab ada ramai juga yang rajin tinggal link.. Cara mudah je, just tinggal link dalam kotak yang di berikan tu..

Klik untuk lebih jelas : D





Isi tempat kosong yang di berikan and tekan enter.. Senang kan?? Senang saja.. hehe bagi blogger baru macam aku ni.. Perlu widget2 macam ni..


Ok, jumpa di lain entry ok??

wassalam..





Aku , Dia Dan Si Dia..

Assalamualaikum..


Selamat membaca buat semua.. Haa lama tak buat entry kan.. Tetiba saje nak meluahkan rasa dekat blog ni.. Haipp!! hehe tak boleh amalkan selalu, sebab taknak la sebab entry yang bukan-bukan ni buat kan blog aku takde yang nak berkunjung.. Huhuhuhu.. Apa-apa pun aku cuba buat yang lain dari yang lain lepas ni.. 


Selama ni aku susah hendak percaya, masih wujudkah cinta sejati?? Atau pun cinta selepas alam perkahwinan ?? Kekadang bingung aku memikirkan.. Antara dia dan si dia ni.. Kadang-kadang sampai tersepit.. BUKAN couple pun, cuma berkawan.. Tak lagi fikir kearah lain lagi..


Si dia ni bukan orang asing lagi pada family aku, agak berjauhan sebelum ni di sebab kan masalah family.. Arwah p.cik aku kahwin dua, so si dia ni sepupu aku anak isteri arwah p.cik aku.. Taknak panjang lebar intro, sebelum ni memang sampai tak bertegur sebab jarang la datang beraya dekat rumah, so memang la tak pernah bertegur sapa.. Tiba aku dok on9 facebook si dia ni hantar mesej.. Dia pelik macam mana aku boleh kenal family dia.. Hehe dia tak cam aku laaa.. Hahaha nampak sangat la aku ni pemalu.. Family dia datang beraya masa tu aku takde dekat rumah, belum balik marhaban..

So kenal punya kenal jadi kawan rapat, mula timbul rasa pelik sebab si dia ni syok kat aku.. Aku bukan taknak, sebab aku takut sangat bagi harapan.. Better aku buat macam biasa, lagi pun baru lagi.. Call mak, tanya pendapat.. Mak tak halang, boleh rapatkan hubungan keluarga.. Sebab terlalu jauh sangat sebelum ni.. Dari si dia pun sama.. Pun macam mak aku cakapkan tu la.. 


Dalam pada yang sama , aku masih ada lagi dengan dia ni.. Capital F yang pernah aku buat entry-entry sebelum ni.. Cuma hubungan sedikit longgar di sebabkan faktor busy dengan kerja, belajar dia tu.. Nak buat macam mana, study nursing memang susah, jadi nurse memang best.. Tu la berkali aku dengar dari mulut dia tu.. Penat memang penat.. Aku faham dia, kadang-kadang tengok jadual kerja dia ketat.. Tambah lagi dia nak exam dan ada assigment yang perlu dia buat.. Mana dia nak bagi masa.. Aku harap dia boleh buat dan berjaya pada suatu hari nanti.. 

Ya allah, permudahkan lah segala urusan aku dan orang di sekililingku.. amin..


ok lah.. Semoga bejumpa lagi di lain entry.. 

wassalam..









"Segmen:My Blog Simple And Awesome".

on 14 October 2012

Assalamualaikum..


Tengah blogwalking tadi, terjumpa segmen yang boleh aku join, secara tak lansung dapat tingkatkan jumlah my follower.. Nak join punya lah senang sangat.. Boleh klik banner di bawah dan just follow syarat-syarat yang di berikan.. Tak rugi join sebab ada hadiah tu.. hehe : D




Cuma nak eratkan ukhwah sesama sahabat, dan mencari seberapa banyak rakan dari blog ni.. Pasti ramai yang join sebab setiap blogger impikan blognya meningkat traffic, simple and awesome.. Tak berat, tak bebankan reader semua, walaupun sebagai silent readers.. Berpeluang buat duit juga dari blog.. Jom kita reramai join !!


Sekian sahaja, jumpa next entry ok?? Selamat bersegmen kepada semua, thanks kerana sudi membaca dan follow blog ini, pasti akan di follow kembali.. Sama kita ramaikan sahabat blog  !!


Wassalam..

OK ke macam ni??

Assalamualaikum..


Haaa mula dah entry, ni baru permulaan.. Adehh kekurangan idea di sebabkan banyak kerja, penyakit orang senang ubat,tapi kalau laptop / pc ni sakit juga nak di ubati.. Busy dengan kerja,tapi harap tak hilang komitmen dengan dunia blogger ni.. cewahhhh :D




Ok tak berat blog ni.. Kalau kurang 100kb makna nya ok la kann?? Akhirnya aku berjaya mengurangkan berat blog aku.. berat badan pun otw gak.. Berat badan susah :D


Tercapai juga hasrat aku nak blog cantik, di samping itu ada masalah lain.. Aku ni tak kreatif sikit pasal men'design' header..(bahasa ape ntah) .. Hehehe, tapi tu lah yang aku alami, terkial lagi dalam adobe photoshop,ape tah lagi nak buat doodle or sebagainya.. Sekarang ni pun tengah belajar, cuma kurang lagi.. Takdan nak bagi masa itu-ini.. Setakat ni ok la, tak lah menyusahkan aku nak load blog, and paling penting to my readers --> ( ada ke nak review blog ni??)  hehe tak kisah lah, janji aku memang akan luang kan masa untuk review setiap entry blog yang aku follow,semua sekali.. Maybe ambil masa sedikit..


Nak juga buat segmen, tapi banyak perkara membataskan.. Lagipun rasa kerdil lagi dalam arena ni.. Insyallah , ada rezeki ada la segmen khas untuk korang.. Jutaan terima kasih sebab sudi follow blog yang tidak seberapa ini.. 


Selamat membaca dan salam ukhwah..

wassalam.. 

SEGMEN [ TANPA BLOG , AKU... ]

Assalamualaikum.. 


Wahh lama dah tak update entry baru.. Hmm hari minggu ni still kerja jugak, tapi cuba luangkan masa depan lappy ni blog,facebook&twitter serentak.. haha gila kan?? Ni nak join segmen.. Boleh klik banner di bawah untuk join segmen dari blogger cantik molek Shiyda Aqma.. Tapi suka sangat bila dia ada cakap "kepada sesiapa yang rasa macam tak ada idea nak update entri , haa boleh la join :) Hahaha macam tau2 je :




TANPA BLOG AKU MUNGKIN ??
  •  mungkin layan facebook yang semakin membosankan.
  • tak dapat kawan baru,di samping tu dapat belajar ilmu baru.
  • tak kenal blogger seperti diatas ni.. : D hehe

Done!! join sini sebab tertarik dengan segmen ni.. Salam ukhwah semua..

Wassalam : D




Ku Mengharap Redha Ilahi

on 11 October 2012













Ya Allah...
Hanya padaMU ku pinta
Pilihan ini dengan ilmu Mu
Kepastian ini dengan qudrah Mu
Dari keutamaan Mu yang agung...

Ya Allah...
Hanya Kau yang maha mengetahui
Apa yang sedang ku alami
Hanya Kau yang maha mengerti
Apa yang tersirat di hati...

Ya Allah...
Jika benar pilihan ku ini
Baik untuk agama ku dan penghidupan ku,
Maka pastikanlah ia kepada ku;
Dan...
Permudahkanlah ia bagi ku
Lantas Kau berkati dan redhailah pilihan ku...

Ya Allah...
Jika pilihan ku ini
Jelek bagi agama ku dan penghidupan ku
Maka palingkanlah ia daripada ku;
Dan...
Jauhkanlah ia dari sisi ku
Lantas Kau gantikanlah yang lebih baik
Dari pilihan ku ini...
Dan Kau redhailah diri ku
Insan yang dhaif di muka bumi Mu ini...

SEGMEN : Tambah Followers by Khairunnisa

on 9 October 2012



Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua.. Tak tahu lagi nak buat entry apa.. Bukan kering idea tapi banyak keje dari pagi tadi.. Tengah sibuk menyelam dalam blog tadi, terjumpa segmen.. Thanks kepada  Khairunnisa sebab buat segmen.. Teringin juga nak buat segmen tapi takut takde yang support.. Haha belum apa2 lagi nak mengalah ke?? Maybe suatu hari nanti kot.. Insyaallah : D





Nak joi senang je.. Cara cukup mudah.. Untuk lebih lanjut klik banner diatas untuk join ya sahabat.. 



Setakat ni la follower aku, and terima kasih aku ucapkan kat korang kerana sudi follow blog ni.. Tak sangka juga lepas join pelbagai segmen, follower makin bertambah, tu yang buatkan aku bersemangat nak serius dalam berblogging ni.. Tak letak pun target berapa, hehe tapi nak bertambah lebih ramai.. Hehe : D


Tak tahu nak tag sapa, join ikhlas sebab nak tambah kawan dalam alam maya ni.. Cewahhh..


So apa yang di tunggu, cepat lah join segmen ni.. 


Sekian, wassalam..


Korang Rasa Patut Ke??

Assalamualaikum dan selamat membaca semua.. Pagi lagi dah buat entry baru.. Semakin risau semakin berat pulak blog aku nih.. Wahh style memang style la tapi nak loading tersangat lah lembap.. Kene la buang lagi apa yang tak patut.. Baru lagi dalam dunia blog, tapi terima kasih atas tuto blog yang korang buat, terima kasih sekali lagi..

Tapi kali ni aku dah fikir masak-masak tentang perkara ni.. Macam-macam aku fikir dalam beberapa hari ni.. Selalu lah jugak cari dekat google tentang domain ni.. Laaa yeke, rupanya nak juga bertukar kepada dot com..



Tiba masa untuk aku berblogging secara serius, tapi aku dah tanya kepada master blog.. Hehehe abg Ben Ashaari.. Mula-mula agak malu nak bertanya, padahal lama dah terpikir nak tanya sapa ehh.. Malu takkan kemana la wan, sendiri kene usaha, beranikan diri untuk bertanya.. Akhirnya dapat juga keberanian tuh..


Tapi aku taknak la tergopoh-gopoh, slow-slow dulu.. Ada perancangan dalam mind ni sekarang.. Apa yang penting?? KERJASAMA.. Bukan lah.. Itu wonderpets.. Yang penting buat aku sekarang nak belaja buat edit blog, supaya ringan dan memudah kan aku juga.. Yela, time laju internet tak kisah la, blog 1MB pun selamba lagi, sekarang ni takde la sampai loading berat sangat.. Cuma taknak la orang jemu nak singgah blogwalking,blogswimming kat sini.. Hahaha sewel jugak aku ni.. 


Kene baca tips-tips dari blogger lama.. Sekarang ni kurang masa nak online depan lappy ni, sebab banyak keje.. Jarang dapat review and cari tips-tips yang berguna buat aku.. Kalau sekadar nak buat entry/segmen tu masih dan lagi, kalau nak duduk depan lappy ni lama takdan lagi.. Macam mana nak tingkat kan traffic, macam mana nak earning cash.. Banyak yang perlu aku tahu sebelum aku mempunyai  dot com.. 

Abg Ben cakap tak banyak beza antara pembekal domain ni, beza rm1 rm2 je.. Baru-baru ni ada la kelapangan masa nak review syarikat-syarikat pembekal domain ni, maybe tak perasan kot.. Tapi tadi aku explore betul la kata abg Ben.. Tak banyak beza, tapi paling penting nama boleh dijual.. Banyak lagi untuk aku kaji,tapi semangat untuk aku serius dalam bidang blogging ni memang kuat, and aku harap aku tak mudah patah semangat..


Sekian,wassalam..




"Segmen : Follow and win RM50 by Eikyn Grinxs"

on 8 October 2012




Haissshhh segmen lagi, tak boleh nampak lain dah mesti nak join.. Hehehe : D


Berminat tak?? Tengok tajuk entry pun dah syok.. Thanks Eikyn Grinx's  cz buat segmen..



Syaratnya tersangat lah mudah ( semudah abc) :
  • klik banner di bawah ni, akan terus pergi ke link segmen ni *(tak caya boleh klik : D)




  • Wajib follow sini dan sini..
  • Buat entry bertajuk seperti diatas dan link kan entry korang kepada pemilik blog/segmen ini..
  • Printscreen follower korang..
  • segmen ni hari ni baru bermula, so jangan lepaskan peluang!!






Setakat ni ni je la follower aku.. Hajat hati nak ramai lagii hehehe..

errr sorang lagi ta tau nak tag sapa.. Malu lahh : D

hehe nak tambah kawan je, tak harap menang.. Tapi sentiasa support if ada segmen.. So sesapa yang buat segmen tu just bagi info,pasti akan join..


SELAMAT BERSEGMEN DAN SALAM UKHWAH

 
 
 

Segmen Melawat Blog Siri 1

on 7 October 2012



Selamat berhujung minggu buat semua.. Salam ukhwah dari saya... Segmen ini di buat sebagai tanda support..





Rasa berminat boleh la klik banner di atas ok??



Syarat-syarat:

  1. Anda mesti follow blog INI dan INI..
  2. Buat entry yang bertajuk seperti diatas, kemudian ambil banner seperti diatas ni di SINI 
  3. Link kan banner tersebut kepada pemilik blog iaitu Scha Azman
  4. Letakkan jumlah follower anda terkini dan target follower anda.



buat masa sekarang ni follower sy.. Target nak rmai la.. Tapi tak letak had pun.. hehehehe : D


ok selamat bersegmen dan sama-sama tingkatkan follower dan ukhwah sesama kita..


Wassalam : D

Masih Adakah Ruang Untuk AKU??

on 6 October 2012



Dan salam ukhwah buat semua rakan blogger tidak kira kenal atau tidak.. Selamat bercuti kepada yang bercuti dan yang bekerja tu macam aku ni kerja la rajin2. dari tadi on9 saje.. Deyyy nanti bayar bil banyak la.. Hahahaha gurau je weh, aku ni memang macam ni sikit tp aku ok..


Entry yang ke #44, 80 orang mengikuti blog aku ni (wah skema je ayat) alhamdulillah berkat join segmen dan rajin follow org.. Hehehe.. Dah la straight to the point ok?? makin menjadi perangai sewel aku ni.. hahaha..


Aku masih lagi boleh tersenyum walaupun bala menimpa,
Aku masih lagi boleh tersenyum ketika badai menjelma,
Masih lagi boleh tertawa,pabila menerima kabar gembira,
Dan masih boleh lagi tertawa, pabila bersuka ria..


Tapi, adakah gembira selamanya?
Aku tidak pasti..



Mukaddimah dimulakan dengan puisi yang tak seberapa, yang aku olah dari perasaan aku sendiri..

Ibu bapa ku sudah uzur, masih kah mampu mereka lagi untuk mencari sesuap nasi, terkadang aku memikirkan bahawa susah merka membesarkan kami adik beradik, mungkin sudah tiba masa aku untuk membalas jasa mereka.. Terkadang rindu, telefon menjadi perantara.. Anakanda berada di rantauan orang,mencari rezeki dan mengubah diri sendiri.. Di atas sejadah, mendoakan kesejahteraan mereka,umur mereka,kesihatan mereka.. Alhamdulillah, 23tahun aku hidup di atas muka bumi, masih lagi berpeluang mempunyai ibu bapa.. Aku bersyukur kepada Ilahi..



Sahabat handaiku ada yang telah memegang segulung ijazah, ada yang memiliki sebuah perniagaan besar, ada juga menjadi benteng kubu negara, menjadi kopral polis,tidak kurang menjadi askar.. Aku bangga dengan kamu semua..

Dengan doa dan harapan, agar tidak lupakan persahabatan kita yang telah sekian lama terjalain.. Masih adakah ruang untuk aku berjaya seperti mereka?? Tidak ada penghalang bagi aku untuk berjaya jika aku kuat berusaha.. Semua sudah tertulis, bagi ku tetap bersyukur dan sentiasa ingat ada lagi yang lebih susah daripada aku, aku tetap ingat pada mereka yang lebih memerlukan..


Masih kah ada ruang untuk ku untuk dirinya?? Aku pun tidak pasti.. Semalam benar-benar terjadi.. Aku bukan apa-apa untuk dirinya untuk dia contohi, aku bukanlah imam untuk dirinya lagi, cuma hanya sebagai sahabat baik sahaja.. Masih tetap dengan egonya, masih tetap begitu jua.. Aku pun tidak menyangka perkenalan yang begitu singkat membuahkan berjuta bibit-bibit rasa,meluahkan beribu bait-bait nada, ohh indah nya cinta.. Tapi mengapa seketika?? Mengapa seketika bahagia yang amat ku ingin kecapi setelah sekian lama?? Mengapa?? Dan aku boleh berbuat apa?? Mengejar cinta?? 1000kali rasa yang ku luah,tidak sekali pun dia membalas, bukannya aku ingin meminta, bukan jua aku merintih simpati.. Tapi jikalau itu kemahuanmu aku turuti saja..


Sanggup terima baik buruk layanan, sanggup semuanya.. KERANA aku telah berfikir sedalamnya, biar apapun dugaan, aku tetap di sini.. Biar apa nak di ucap, tidak terhakis apa jua pun ..


Terkadang, aku sendiri patut terima pembalasan atas kesalahan aku sendiri, mungkin suatu hari nanti ada ruang untuk kecapi kebahagiaan, mungkin ada lagi ruang untuk aku kembali gembira seperti dulu pernah aku merasa..


Cinta yang hakiki tidak pernah ku lupa, DIA sentiasa ada.. TIDAK pernah tidur.. Aku sedar dan insaf tatkala aku sujud di atas sejadah,merintih atas dosa yang telah aku lakukan dahulu.. Masih ada ruang untuk aku bertaubat dan memohon keampunan.. Ya Rabb , berikan lah kami hidayah,agar dikuatkan iman yang lemah, lindungi kami.. Tuhan, jangan bebankan kami, dengan bebanan yang berat.. Seperti yang Kau telah berikan kepada umat yang terdahulu daripada kami.. Amin..

Di Hati Ini Hanya TUHAN Yang Tahu..

on 5 October 2012



Dan selamat membaca kepada readers semua.. Salam ukhwah dari saya buat semua.. Bertemu lagi dalam entry yang ke #43..  Di hati ini sememangnya allah saja yang tahu.. Baru saja review blog Aisyah Humaira.. Alhamdulillah selesai membaca dan comment entry tersebut.. Bagi yang belum baca tu di persilakan la baca.. Pasti akan terharu tatkala membaca dari mula hingga akhir.. 

Bagaimana dengan aku nanti?? ya allah, kurniakan lah aku seorang isteri yang solehah.. 



Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Berita gembira itu di selangi doa agar aku pun mendapat jodoh yang baik.. Tatkala banyak mendengar dari rakan - rakan seperjuangan semasa sekolah dulu pun dah ramai berkahwin, terdetik juga bila lah sampai masa nya.. Memang indah bila bercinta, jika ianya berlandas kan agama.. Tidak mengikut nafsu dan godaan syaitan.. Alangkah nikmatnya dunia.. Masih ada kah lagi wanita yang mempunyai sifat seperti AINUL MARDIAH?? wanita yang sememangnya di cari oleh lelaki?? Ya allah sekiranya masih ada, temukan la aku dengan nya.. 




Biarpun kini usia ku semakin meningkat, aku harapkan aku masih tidak terlambat untuk mencari bidadari syurgawi ku.. 


Aku Tak Mengerti

on 4 October 2012



Salam kepada semua yang sudi membaca.. Berjumpa lagi pada entry yang ke #42..  hari ni bukan segmen la, setelah bersegmen, alhamdulillah makin bertambah followers.. Di samping itu, harap kan tidak mengalami masalah kekurangan idea, dan di murah kan rezeki semua wahai sahabat bloggersku..

Rindu dengan awak.. Mukaddimah permulaan bagi memulakan entry yang sememang nya terlintas di fikiran, lansung tiada catat isi-isi penting dahulu.. Taip sahaja.. : D

Kenapa awak macm ni?? Saya tak sangka awak cakap macam tu.. Biarlah sy macam ni.. Sy boleh syg awak, rindu awak, and cinta awak tanpa mengharap apa-apa pun balasan dari awak..

Tp please jujur dengan saya.. Awak masih ingat, awak la yang dulu membuka hati saya untuk bercinta lagi.. Ya memng cinta bukan semestinya memiliki, tetapi kenapa awak bagi saya peluang untuk rapat dengan awak, kenapa awak bagi saya peluang untuk menyayangi awak??

Berkali awk cakap, tiap kali sy cakap benda ni.. u boleh tak jadi matured sket, harap je umur u dah....

u fikir la, kalau i tak matured i takkan ada perasaan macam tu, dah tamat dah usia belasan tahun saya, saya mula perbetulkan jalan saya untuk nampak future..  Sebab tu saya dari dulu kerja kuat, tak pk siang malam, tapi saya xlupa akhirat.. Sbab saya merantau ni pun saya mintak restu ibu bapa saya, dan diorang pesan jangan abaikan agama walaupun sesibuk mana pun kita..

U, kenapa u berubah sangat sampai i terasa sangat jauh dengan u? sampai terasing u buat i macam ni.. I harapkan yang indah dalam relation kita, tapi i tetap bersabar.. I harap hubungan kita lebih kuat lepas ni..

I tetap bersyukur, even u sibuk u tetap boleh luangkan masa, i pun sama .. Sungguh pun i bz i tetap akan cari u.. Ntah la, i xley hidup dengan org bz, xde time i perlu kan.. I mintak maaf u.. I banyak keje, alhamdulillah setelah berubah ni, i lebih banyak dapat job besar.. I pk ni la masa i nak besarkan biz yang i ada..



sayang, ni lagu untu awak.. terima lah i apa adanya, cintai kekurangan i apa adanya.. Janji jangan kita putuskan hubungan tersedia ada ni, insyallah jika kita di landasan yang benar, kita akan bersatu jua..





Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

on 3 October 2012




Selamat malam readers semua, jumpa lagi pada entry yang ke #41  ni.. Segmen ni baru lagi, so aku ambil kesempatan untuk join segmen ni for sure tambahkan followers laa kann??


Segmen ini telah di buat oleh seorang blogger yang tak asing lagi iaitu Nabila Medan..


Pada yang belum follow blog tu terjah cepat! dan wajib follow and join segmen tu sekali..





Kalau berminat boleh je klik Banner di atas ok??



Setakat ni je la followers aku sekarang.. Alhamdulillah semenjak dua menjak join segmen ni semakin bersemangat nak teruskan dalam dunia blogger ni..

Sahabat, anda mesti cuba MJcomputerrepair


Selamat bersegmen semua.. !! 

Terima kasih daun keladi, lain entry jumpa lagi : D




Segmen : Follow And Follow



Selamat petang semua..  Berjumpa lagi entry yang ke #40.. Haha entry yang sebelum ni tak sempat lagi nak edit semula.. Nanti setiap entry nak tulis entry yang ke bapa tu mesti WAJIB!!! haha apa dia Segmen lagi ke wan?? Adoiii .. Hehe segmen ni maybe dah lama cuma aku baru tahu..




Berminat tak?? Kalau berminat boleh la TEKAN banner atas ni ok??

Follow blog ini dan WAJIB blog ini.. SINI


Setakat ni alhamdulilah meningkat juga lepas bersegmen ni..




sikit kan?? hehe : D


terima kasih sebab sudi join..



Segmen : Follow Sampai Pening



Haa segmen lagi?? Hehehe ni kes la nak tambah followers.. Hmm segmen ni lebih menarik cz tarikh penyertaan tak dapat tahu lagi.. So berpeluang la nak tambah followers kan??




Kalau rasa nak join boleh la klik banner bawah ni : D





yang pasti ada hadiah untuk blogger yang meningkat followersnya..

Terima Kasih..

Jom Blogwalking Sampai Pengsan

 

 1st time join segmen ni.. Haaa niat cuma nak tambah kenalan.. Rasa janggal lak baru 1st time ni..


Apa lagi boleh la join cepat sebab tarikh tutup pada 31/10/2012




Sikit kan followers??


tu yang nak join segmen ni..

Ada hadiah tau bagi blogger yang meningkat followers nye.. Cepat lah join..


: D

Nak join klik SINI


Terima kasih dan selamat mencuba..

Aku Resah...



Selamat pagi ( ketika ni jam 0315) masih tak dapat tidur lagi.. Resah memikirkan perasaan sendiri, ketika orang lain dibuai mimpi indah, aku masih lagi terkebil-kebil depan laptop ku ini..

Aku sendiri tak memahami apa yang sedang aku rasakan, resah, gelisah semacam.. Rasa bagai batu 80tan menghempap aku.. Berat ketika aku memikirkan.. Abaikan je, tapi kekadang datang balik perasaan tu..

Dia terima aku ke tidak?? Pelbagai persoalan yang aku sering nak tanya kepada si dia tetapi tiada masa.. Masing- masing ada kerjaya dan matlamat, sampaikan status relation pun sedikit terabai..

Apa yang perlu aku buat?? Salah ke sebab aku ni cemburu sebab sayang dia.. Berkali juga perasan kat twitter dia luahkan perasaan dia..

"Selamat pagi cinta"
"Selamat malam rindu : D"

Banyak lagi la, ada yang terbaru lebih kurang macam ni la..

"Aku sayang dan cinta dia sebab agama dan iman dia" Buatkan aku bertambah sayang"


Entah lah, aku sendiri pun tak paham.. Biarlah kalau tweet tu bukan untuk aku.. Tapi dia jujur, kalau dia ada someone special dia takkan cari aku.. Tadi aku resah sebab tu la, seharian la xreply msg.. Sejak balik keje, msg aku pun tidak.. Bila call kejut asar pun tak jawab, padahal aku nampak dia tweet awak, nnti kejut saya top asar ok?? Tapi lepas azan aku call dia tak angkat.. Sekali je call sebab takut dia marah and rasa di ganggu.. Aku memang bukan sesiapa pada dia nak control itu-ini.. Tapi tak salah rasanya tegur sesama islam.. Kan?? Especially time solat..


Nak sangat dengar suara si dia hari ni.. Tak angkat call pulak bila call, tapi buat pertama kali aku dengar dia menangis semalam, aku xbape nak dengar sebab dia teresak-esak sangat, aku taknak tanya lagi, sebab dia tak suka aku tanya banyak kali..

Apa yang aku dengar, i takut sangat nak bagi perasaan lebih pada u,i takut u kecewa.. I takut permainkan perasaan u sebab i takut akan terkena balik sebab itu janji tuhan.. Kita jalani macam biasa je lah u, i pun tak mengharap lebih sebab i tahu i banyak persaingan.. I pun nak tanya kenapa u pilih i..
Maybe nanti la time u free i tanya and bagi something pada u time kita jumpa nanti, bukan bear je tau.. Ada lagi.. Insyaallah raya haji nanti saya gerak Kelantan.. Tunggu eh??

Aku tahu dia tertekan, banyak kerja untuk di siap kan.. Aku paham dia, aku pun tak suka dia tension, tambah pulak nak layan karenah aku.. Cukup la bertanya kabar, ingatkan solat and mesej jap.. Jadilah dari takde.. Kan?? Bersyukur la juga..


Kenapa u pun memendam rasa juga macam i sekarang nih? I rindukan suasana dulu la u.. Sangat-sangat dah ni.. Hari ni last dia keje shift pagi, cuma kesian kan dia kene bangun seawal 5am, then pas subuh dah naik bus.. Jaga pesakit kene sabar, i tahu u boleh and u memang minat.. I sentiasa support u dan mendoakan u setiap 5 waktu i kerja kan.. I sayang u sangat2.. Moga jodoh kita berpanjangan.. Insyaallah.. Aminn



Mata Oh Mata! !

on 1 October 2012

Selamat pagi readers semua, entry yang ke #36, hari pertama memulakan bulan Oktober tahun 2012.. Baru berapa jam tinggalkan September yang bagi aku sendiri amat menggembirakan dan membahagiakan.. Sedih tnggalkan bulan September dan takut akan mengalami Tragedi di bulan Oktober wahhh macam lagu awie lakk.. hahahaha..    : D



Pagi2 dah merepek, apa lah nak jadi.. Hmmm pasal mata ni terjadi kepada diri aku sendiri.. Baru balik dari buat cermin mata.. Tapi tak ambil lagi.. Petang ni baru nak ambil.. Baru je berapa bulan ta pakai spect mata, power makin naik.. 300 tu .. Dah macam tua la pulak aku ni.. Rasa macam tak percaya.. Cina yang tempat
aku buat tadi, haiyyaaa u tipu i ke? u cakap u punya power 100lebih, ini apa pasal 300lbih maa.. '


Mana i tau,haha senang je cakap.. Nasib baik aku tak kene charge lebih sebab tak puas hati dengan result dari tempat check mata, 1st customer dia bagi less ok la jugak.. Dari harga RM450, dia bagi jadi RM 380.. Untungnya, rezeki murah.. Tapi aku bukan budak kecik, mesti ada untung lagi la if jual ngan harga RM380 , tuuu.. 


Alah bukan nak berkira sangat, sebab beli untuk pakai.. Rasa dah teruk sangat dah mata aku ni.. Mau tak nya hari - hari mengadap skrin lappy or pc.. Mata pun bertambah rabun, rabun jauh pulak tu.. Silau pun naik, dari 90 jadi 130.. Malam memng jarak penglihatan memang kabur, sebab tu takut nak bawak moto laju pada waktu malam.. Kurang jelas.. 


Bila dah siap nanti boleh laa ambil and terus pakai.. 

Ok la nanti cte lagi..

Assalamualaikum..

Aku Doa Kan Si Dia Berjaya..



Salam kepada readers semua.. Berjumpa lagi dalam entry yang ke #35.. Alhamdulillah , folllowers makin bertambah.. Sekarang dah 50orang.. Jutaan terima kasih sebab korang sudi follow blog aku yang tak berapa nak lawa, and entry yang entah apa entah ni.. Tapi cuba sedaya upaya untuk bagi input yang berguna utuk korang dan sesiapa sahaja suatu hari nanti.. Insyaallah : D


Hari ni si dia " Capital F " aku posting nurse kat Hospital Ipoh, trainning untuk dia kot.. Hehe dapat dah gambar dia pakai baju nurse, comelll woooo.. Hehehe biasa la senget siapa kan?? Senget aku juga.. Hehehe I sentiasa mendoakan u, i harap u dapat buat sungguh- sungguh and i ada kat sini setia tunggu u..



Esok dia dah start busy, selama ni dia gelarkan aku " orang busy".. Mana taknya tak pernah cuti, kerja dari pagi sampai malam, pastu sempat pulak lak join taekwando ke ape ke, mana nak cukup rehat.. Makan entah kemana, rehat tidur sentiasa tak cukup.. Bila dia tanya and cakap macam tu kat aku, sayang juga kat aku walaupun aku tau tak la banyak.. Dia jenis memendam, tapi dia la yang berjaya membuka pintu hati aku untuk bercinta lagi..


LUV U SO MUCH DEAR!!

I ni lak jenis suka meluahkan isi hati, sebb i ta nak simpan lama.. Kalau boleh setiap masa nak bgtahu.. U tau kan i syg u macam mana?? Syg sangat-sangat.. I harap u boleh paham i.. Hehe i ta boleh nak kata apa bila u cakap " apelah nasib i nih, dapat semua yang gila kerja,kerja kuat sampai diri sendiri tak terjaga, pastu ada hati lak nak jaga hati org.. Dah la suka buat orang merajuk.. !!  Hahaha sangat suka tengok u merajuk, if ditakdir kan nanti kita bjumpa, perkara i wajib buat nak buat u majuk.. Hahaha jahat ta i?? Jahat kan?? I mmg gila, tapi gila kan u sorang je.. (",)  


Mmmm macam biasalah u, u tetap dengan mendiam kan diri je.. I boleh paham, i pun tak nak tambah serabut yang dah menebal dalam kepala u, sejak peristiwa hari tu i selalu memendam rasa.. I tak nak kita berselisih faham, taknak kita gaduh, taknak bermasam muka.. Sungguh !! Taknak la sampai macam tu u.. 
Biarlah i cinta kan u sederhana sahaja, tapi penuh dengan keikhlasan.. I masih ingat apa yang tulis dalam status fb.. 

Bukan sehensem Aaron Aziz yang kucari,
Dan juga tidak sekaya Dato' LCW,
Yang aku cari, pemimpin yang bakal memimpinku ke jalan yang di redhai..


I nak sangat jadi macam yang u cari tu..


U, buat sungguh - sungguh eh? Even ni 1st posting u, tapi u buat betul - betul mesti boleh berjaya.. U dah download belum lagu i bagi tu?? Senyap je, tak respon apa.. I dedicate lagu tu, bila i teringat u i mesti pasang..


Ni lah luahan hati i untuk u.. Setiap malam i akan cakap.. I ta kesah u nak kata i mamat karat, jwang, or gedik ke.. Memang i akan ignorekan 100% !! I xkan makan kata2 macam tu u.. Hehehe tahniah ok?? : D

Hehe i memang senget.. I macam ni ngan org tertentu je.. Tadi call jap je, sebab i ada banyak lagi kerja.. Sebab ni end month kan?? So banyak pre-work kene buat, biasala keje biz ni.. Untung naik kedai ambil kira, audit untuk tahu untung/rugi biz tu..

Ok lah, thanks sudi membaca ye..

Akhiri entry dengan serangkap pantun:

Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi, 
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.






 
© Blog CCK All Rights Reserved