Tapi kali ni aku dah fikir masak-masak tentang perkara ni.. Macam-macam aku fikir dalam beberapa hari ni.. Selalu lah jugak cari dekat google tentang domain ni.. Laaa yeke, rupanya nak juga bertukar kepada dot com..
Tiba masa untuk aku berblogging secara serius, tapi aku dah tanya kepada master blog.. Hehehe abg Ben Ashaari.. Mula-mula agak malu nak bertanya, padahal lama dah terpikir nak tanya sapa ehh.. Malu takkan kemana la wan, sendiri kene usaha, beranikan diri untuk bertanya.. Akhirnya dapat juga keberanian tuh..
Tapi aku taknak la tergopoh-gopoh, slow-slow dulu.. Ada perancangan dalam mind ni sekarang.. Apa yang penting?? KERJASAMA.. Bukan lah.. Itu wonderpets.. Yang penting buat aku sekarang nak belaja buat edit blog, supaya ringan dan memudah kan aku juga.. Yela, time laju internet tak kisah la, blog 1MB pun selamba lagi, sekarang ni takde la sampai loading berat sangat.. Cuma taknak la orang jemu nak singgah blogwalking,blogswimming kat sini.. Hahaha sewel jugak aku ni..
Kene baca tips-tips dari blogger lama.. Sekarang ni kurang masa nak online depan lappy ni, sebab banyak keje.. Jarang dapat review and cari tips-tips yang berguna buat aku.. Kalau sekadar nak buat entry/segmen tu masih dan lagi, kalau nak duduk depan lappy ni lama takdan lagi.. Macam mana nak tingkat kan traffic, macam mana nak earning cash.. Banyak yang perlu aku tahu sebelum aku mempunyai dot com..
Abg Ben cakap tak banyak beza antara pembekal domain ni, beza rm1 rm2 je.. Baru-baru ni ada la kelapangan masa nak review syarikat-syarikat pembekal domain ni, maybe tak perasan kot.. Tapi tadi aku explore betul la kata abg Ben.. Tak banyak beza, tapi paling penting nama boleh dijual.. Banyak lagi untuk aku kaji,tapi semangat untuk aku serius dalam bidang blogging ni memang kuat, and aku harap aku tak mudah patah semangat..
Sekian,wassalam..
waa..wish u gdluck....
ReplyDelete