Salam Aidilaha Buat Semua :

on 25 October 2012




Assalamualaikum semua.. Hari ni nak buat simple entry je.. Cz takde idea lagi nak buat entry hehehe.. Ni pun dah cukup bagus dari takde lansung kan??  Hari ni nak balik kampung.. Bukan Johor tapi Kelantan.. Saje nak berjalan sebab lama dah tak berjalan.. Cuti seminggu ni boleh la jalan2 kat kelantan.. 


Dengar kata Kelantan lebih meriah Raya Haji, so aku ambil peluang yang ada ni untuk memastikan sama ada betul ke pernyataan yang selama ni aku dengar.. Hehe, dah siap kemas barang-barang sejak dari semalam lagi, wahhh semangat berkobar-kobar.. Takde lah sangat, cuma taknak lah tertinggal barang yang penting.. Cam, lappy mesti bawak.. Boleh update segala laman sosial yang aku ada.. Tiap masa nak amik gambar.. Sebab lama sangat dah tak berjalan-jalan dekan negeri orang..


Selama ni tak pernah lagi beraya dekat rantauan orang, nak juga merasa bagaimana rasanya pagi raya berjauhan dengan family tercinta.. Tadi call mak, sedih pulak terasa.. Cakap kalau wan tak balik, takde yang balik.. Rindu sebenarnya ngan family, tapi nanti la senang-senang cuti wan balik kampung pulak.. Kakak tak balik,so yang ada cuma adik beradik yang tinggal katkampung je la..


Tiket bas jam 8.30pm, ada masa lagi untuk aku rehat dan double check pakaian dan barang-barang untuk aku bermalam kat sana.. Sempat shopping, gunting rambut dan bagai lagi.. Tengok keadaan sekeliling kat sini, cehh macam nak pergi lama je aku kat  sana.. Seminggu je kan?? hehe saja je macam tu..


So di kesempatan yang ada ni, aku memohon sepuluh jari andai kata di sepanjang perkenalan dalam blog,twitter atau pun facebook ada yang terkasar bahasa atau pun apa saja.. Dengan ucapan, salam aidiladha.. Tulis entry sambil dengar lagu raya.. Hehe layan feeling lak aku petang-petang ni..

Mana yang akan bertolak ke kampung halaman, tak kira lah dalam perjalanan, atau pun malam nih.. Hati-hati di jalan raya, dan sentiasa ingat orang yang tersayang.. Yang memandu tu, pastikan kenderaan anda di periksa terlebih dahulu.. Berjumpa di lain entry ok??

SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA..


wassalam..
Ranking: 5

1 Comment:

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved