Dan salam ukhwah buat semua rakan blogger tidak kira kenal atau tidak.. Selamat bercuti kepada yang bercuti dan yang bekerja tu macam aku ni kerja la rajin2. dari tadi on9 saje.. Deyyy nanti bayar bil banyak la.. Hahahaha gurau je weh, aku ni memang macam ni sikit tp aku ok..
Entry yang ke #44, 80 orang mengikuti blog aku ni (wah skema je ayat) alhamdulillah berkat join segmen dan rajin follow org.. Hehehe.. Dah la straight to the point ok?? makin menjadi perangai sewel aku ni.. hahaha..
Aku masih lagi boleh tersenyum walaupun bala menimpa,
Aku masih lagi boleh tersenyum ketika badai menjelma,
Masih lagi boleh tertawa,pabila menerima kabar gembira,
Dan masih boleh lagi tertawa, pabila bersuka ria..
Tapi, adakah gembira selamanya?
Aku tidak pasti..
Mukaddimah dimulakan dengan puisi yang tak seberapa, yang aku olah dari perasaan aku sendiri..
Ibu bapa ku sudah uzur, masih kah mampu mereka lagi untuk mencari sesuap nasi, terkadang aku memikirkan bahawa susah merka membesarkan kami adik beradik, mungkin sudah tiba masa aku untuk membalas jasa mereka.. Terkadang rindu, telefon menjadi perantara.. Anakanda berada di rantauan orang,mencari rezeki dan mengubah diri sendiri.. Di atas sejadah, mendoakan kesejahteraan mereka,umur mereka,kesihatan mereka.. Alhamdulillah, 23tahun aku hidup di atas muka bumi, masih lagi berpeluang mempunyai ibu bapa.. Aku bersyukur kepada Ilahi..
Sahabat handaiku ada yang telah memegang segulung ijazah, ada yang memiliki sebuah perniagaan besar, ada juga menjadi benteng kubu negara, menjadi kopral polis,tidak kurang menjadi askar.. Aku bangga dengan kamu semua..
Dengan doa dan harapan, agar tidak lupakan persahabatan kita yang telah sekian lama terjalain.. Masih adakah ruang untuk aku berjaya seperti mereka?? Tidak ada penghalang bagi aku untuk berjaya jika aku kuat berusaha.. Semua sudah tertulis, bagi ku tetap bersyukur dan sentiasa ingat ada lagi yang lebih susah daripada aku, aku tetap ingat pada mereka yang lebih memerlukan..
Masih kah ada ruang untuk ku untuk dirinya?? Aku pun tidak pasti.. Semalam benar-benar terjadi.. Aku bukan apa-apa untuk dirinya untuk dia contohi, aku bukanlah imam untuk dirinya lagi, cuma hanya sebagai sahabat baik sahaja.. Masih tetap dengan egonya, masih tetap begitu jua.. Aku pun tidak menyangka perkenalan yang begitu singkat membuahkan berjuta bibit-bibit rasa,meluahkan beribu bait-bait nada, ohh indah nya cinta.. Tapi mengapa seketika?? Mengapa seketika bahagia yang amat ku ingin kecapi setelah sekian lama?? Mengapa?? Dan aku boleh berbuat apa?? Mengejar cinta?? 1000kali rasa yang ku luah,tidak sekali pun dia membalas, bukannya aku ingin meminta, bukan jua aku merintih simpati.. Tapi jikalau itu kemahuanmu aku turuti saja..
Sanggup terima baik buruk layanan, sanggup semuanya.. KERANA aku telah berfikir sedalamnya, biar apapun dugaan, aku tetap di sini.. Biar apa nak di ucap, tidak terhakis apa jua pun ..
Terkadang, aku sendiri patut terima pembalasan atas kesalahan aku sendiri, mungkin suatu hari nanti ada ruang untuk kecapi kebahagiaan, mungkin ada lagi ruang untuk aku kembali gembira seperti dulu pernah aku merasa..
Cinta yang hakiki tidak pernah ku lupa, DIA sentiasa ada.. TIDAK pernah tidur.. Aku sedar dan insaf tatkala aku sujud di atas sejadah,merintih atas dosa yang telah aku lakukan dahulu.. Masih ada ruang untuk aku bertaubat dan memohon keampunan.. Ya Rabb , berikan lah kami hidayah,agar dikuatkan iman yang lemah, lindungi kami.. Tuhan, jangan bebankan kami, dengan bebanan yang berat.. Seperti yang Kau telah berikan kepada umat yang terdahulu daripada kami.. Amin..
hai..sy dh follow awk blik..thank u..
ReplyDeletekalermerahati.blogspot.com
ms tgk tajuk post, sye x baca lagi apa yang ditulis, tapi nk bg jawapan yang sdemua orang ada ruang, Allah amat sayang hamba Nya....
ReplyDeleteScha jemput awak join segmen ini :)
ReplyDeletehttp://schaazman.blogspot.com/2012/10/segmen-melawat-blog-siri-i.html