Peluang Yang Datang.. JANGAN ..

on 30 November 2012



Baru ada idea nak menaip entry, segalanya secara tetiba datang.. Random entry, hai ni nak share satu benda.. Ok straight to the point.. Baru-baru ni negara kita telah menumpaskan Laos dengan 4-1.. Kita menebus kekalahan dengan Singapura hari itu..

Perlawanan pertama tidak memihak kepada kita, namun kita bangkit pada perlawanan menentang Laos.. Bersemangat tinggi ketika menyaksikan perlawanan tersebut.. Tetap menyokong hingga ke minit akhir.. Tapi tidak sedar ke kita, laluan kita sangat sukar.. Boleh di katakan perlawanan pada hari esok menentukan kita untuk terus mara ke separuh akhir.. Lawan kita adalah musuh tradisi, Indonesia.. Dulu sewaktu pemerintahan  Soekarno, gah sekali dengan GANYANG MALAYSIA.. tapi, tidak bagi kali ini.. Mereka di lihat mencabar kita secara besar-besaran.. Adakalanya sampai menyentuh sensiviti masyarakat kita dengan perbuatan membakar, memijak dan banyak lagi keatas Jalur Gemilang..

Marah, geram ketika melihat senario seumpama itu.. Tapi dalam perlawanan pada esok hari, kita mesti melupakan seketika kemenangan besar ketika menentang Laos tempoh hari dan sebaiknya menumpukan sepenuh fokus terhadap perlawanan menentang Indonesia.. Peluang yang kita ada hanyalah 50-50.. Lawan yang hebat, jentera pasukan yang gah.. 





 

VS

 




Segmen: Grand Blogwalking






Segmen ini di buat oleh pemilik blog nabila biela.. Agak terlewat ni aku join tapi dateline masih belum terlewat.. Nak join just tekan banner di bawah ini dengan perlahan-lahan ok?? Rosak karang mouse korang hahahaha..



Cer tekan sekali, anda akan di bawa terus kepada pemilik blog.. Dan tanpa ragu-ragu boleh join sama..

Dah ikut kesemua syarat yang di kenakan.. Dengan jujur mengatakan.. Maaf tak sempat print screen.. Tapi jujur dah like dan follow kesemua sponsor termasuk pemilik blog yang comel ni.. Ehemmm2..

Jom join sesama.. Saya tag semua follower saya stakat ini seramai 316 orang..

Masih Mencuba..

on 29 November 2012



Selamat petang buat semua.. Yeah ari ni nak luahkan perasaan je dalam sini.. Anggap sebagai motivate untuk aku sendiri dan untuk korang juga.. Agak suram blog aku ni, dalam sehari ni kurang pageview... Godek2 google untuk belajar / mencari pelbagai tips untuk tingkatkan traffic.. Mula-mula takde la bersemangat sangat macam nih, tapi sudah masanya aku berblogger secara serius..

Anggap saja ini dugaan, bermacam cara sudah buat.. Takpe, tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih.. Ya betul tu, teringat lagi aku dengan macam mana aku boleh terfikir untuk membeli domain untuk blog ni.. Hehehe ;D fikir banyak kali juga untuk beli .com ni.. Then teringat juga aku pada aku mula-mula berblog dulu.. Kira-kira 5bulan yang lepas.. Cemburu juga tengok orang lain ada follower ramai" OMG" haha tu yang terpacul dari mulut aku.. 

Then aku mula la menggelabah cari sumber, alhamdulillah sewaktu aku cari tu terjumpa banyak tips yang berguna untuk aku.. Ambil semua tips tu and mula sekali aku join segmen.. Memang meningkat mendadak lah apabila join segmen blogger yang dah pro dan femes ni..

Bukti banyak pageview setelah join pelbagai segmen:







Then baru ni aku ada beranikan diri untuk buat segmen sendiri, semangat memang berkobar-kobar.. Penyertaan masih lagi kurang, tapi alhamdulillah ada yang nak join lagi.. Mungkin yang join tu pun juga mengharapkan tambah lagi follower dan akrabkan ukhwah sesama kita.. Alhamdulillah, aku masih lagi bersemangat dan takde lagi rasa kecewa.. Dengan blog ni aku banyak sangat aku belajar, kawan-kawan yang tak pernah sombong.. Best ni berblog dari main facebook.. Hehehe :D

Mana Hilangnya??




Mana hilangnya juwita kah?? Haha bukan.. Saja je nak buat suspen sikit.. Bukan nak memanaskan sesebuah cerita, tapi bagi aku sendiri aku juga berasa malu dengan orang macam ni.. Haissshh!! Kalau tak yakin pun jangan lah kutuk dan jangan cuba nak memalukan diri sendiri.. Rasa malu dan macam terbuka aib.. Malu sangat, tapi sekurang nya dia telah menutup acc twitter miliknya.. Itulah satu jalan untuk kamu lepaskan diri.. Tapi ingat," kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"





Hahaha dunia-dunia.. Aku cukup pelik dengan hal ni.. Kali kedua aku dengar pasal ni.. Kalau pun tak yakin dengan skuad pasukan negara, jangan lah post dekat laman sosial macam tu.. Twitter ke facebook ke.. Bukan orang tak boleh tahu.. Bukan ko sorang je baca.. Alahaaaaiii, mana la hilangnya pemikiran kau yang waras tu?? Fikir lah dulu sebelum berkata, dah terhantuk baru nak terngadah, sesal dulu pendapatan, sesal sekarang tidak berguna lagi.. 

Ewaahhh bermadah helah nampaknya aku petang-petang ni.. Hehehe tak tahu nape, nak sangat buat entry tentang ni dari semalam.. Sedar lah diri, kita ni berpijak pada bumi yang nyata, usah di bayangi dengan kesilapan kemarin.. Jangan lah terjadi perkara seumpama ini lagi, malu tengok orang.. Tak pandai lansung nak cover.. Tak pasti lah sama ada pernyataan dia buat tu betul atau tidak, tetapi jangan fikir orang lain sama lavel pemikirannya dengan kita.. Faham-faham jelah ayat sinis ni eh, buat yang terasa maaf kan sepanjang penulisan aku buat ni.. 


"Aku hanyalah blogger yang meluahkan apa yang terdetik di hati dan di coretkan di sini'






SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST DESEMBER AMERCORNER

on 28 November 2012



Selamat petang semua.. Hari ni nak join segmen yang di anjurkan oleh saudara Amercorner.. Terima kasih atas jemputan saudara.. Nak join senang je..

  • Klik banner di bawah ni, anda akan dibawa menyelusuri terus ke blog empunya segmen :)
  • Dah follow empunya blog juga :)



  • Dah letak juga blog amercorner dalam bloglist.. Maaf aku pakai blogskin :)



p/s : klik untuk besar kan imej :D



List Peserta My 1st Segmen : Jom Follow Sampai Pening by Irwan

1st Segmen : Jom Follow Sampai Pening by Irwan

on 27 November 2012



Setelah sekian lama.. cewaaaahhh ayat aku cuba memberani kan diri untuk buat segmen aku sendiri.. hehe banner pun cukup simple.. 






Syarat-syarat :
  • Buat entry yang bertajuk " 1st Segmen : Jom Follow Sampai Pening by Irwan"
  • Tempekkan banner yang tak cun  pada entry itu
  • Mesti follow blog ini dan twiiter ini
  • Link kan entry ini pada banner itu
  • Tag sekurangnya 2orang follower kamu , dan pastikan mereka tahu..
  • Printscreen / letakkan jumlah follower kamu sekarang :)

Pemenang akan di nilai dari pada kreativiti dan penambahan follower.. 

p/s : segmen ini akan terbatal sekiranya penyertaan kurang daripada 20orang..

Segmen ini akan berlansung selama 2 minggu (28.11.12 - 12.12.12)

List peserta akan diupdate setiap masa..


"1st Segmen : Jom Jadi Follower Saya by Arrien Amani"







Entry aku yang pertama ni aku nak join segmen yang di anjurkan oleh arrien.. 1st segmen yang dia buat, aku join tanda terima kasih sebab follow blog ni.. Jom sama kita join.. Setakat jam 8malam ni follower terkini 298.. ni buktinya :



Jom ramai-ramai join.. Objektif utama nak tambah kan kenalan sesama kita :)







"End Year Giveaway by FD"

on 25 November 2012








Thanks kepada FD yang sudi jemput untuk menyertai GA yang merupakan pertama aku join.. So tahniah la kepada diri aku sendiri dan penganjur juga aku tak lupa.. Wah dah anjur GA yang ke-4 buat tahun ni, maybe terlepas pandang atau pun yang lebih tepat aku masih baru lagi dalam arena blogger ni.. Nak join klik je banner diatas, anda akan terus di bawa ke blog FD.. cuba tekan kalau tak caya ?? : D

1. Like dan follow twitter sponsor :

2. Follow FD @Twitter : 

Jom meriahkan end year GA yang di anjurkan oleh FD.. Moh kita sama2 :)



SELOKA PANTUN "FACEBOOK PUNYA CERITA"





Dua minit sekali keluar post dia,
Sampai nak ke jamban pun di cerita
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca..

Ada pulak yang marah tak kena masa,
line internet problem pun nak di marahnya,
Keluarlah ayat macam tiada agama,
Tapi sesekali judge book by its cover ya..

Tak kurang jugak yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna..

yang lain asyik duk like saja,
tak kira ape post tak kira siapa tuannya,
Ada kala x baca pun isi cerita,
Yg penting like dia mesti ada..

Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil macam da kompom itu laki dia,
mula la keluar ayat manis dari gula,
kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira..

Ada yang tulis suka suka ,
kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu,sangkut sorang dua..

Tulah dia FB punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya selera... :)

Cinta Itu Buta ataupun sebaliknya??




Cinta itu buta dan juga boleh membutakan,
melukakan dan sukar untuk kita lupakan,
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan,
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan..


Mukadimah permulaan entry aku selitkan dengan lirik lagu, cer teka siapa yang nyanyi?? Haa boleh cari kat google nak lagi senang.. Tapi bukan isu lagu yang aku nak kongsi, sekadar nak berkongsi cerita.. Boleh kannn??

Mungkin heboh hari ini dengan tajuk depan Kosmo hari ini, ada baca tak?? Usia muda tidak halang pasangan kekasih ke jenjang pelamin.. Budak 12tahun.. OMG.. Lalu je depan kedai tadi terus rembat satu.. Jarang aku nak beli paper ni.. Time ada isu hangat atau pun pelik baru aku beli.. Laaa bukan katak bawah tempurung taknak tahu isu dalam atau luar negara, malam kan boleh tengok berita, atau pun malas sangat boleh baca dalam internet..

Pasangannya berumur 18 tahun.. "Ini cara kami cegah gejala maksiat" ,kata pasangan tersebut.. Memang jarang lah berlaku macam ni pada zaman sekarang.. Kalau zaman mak ayah kita dulu tak hairan sangat.. Tapi bagus juga, dapat keizinan dari ibu bapa mereka.. Dari dok bercinta sakan, baik bernikah.. Bukan nak kata bercinta tu salah, tapi pandai-pandai bawa diri dan pandai jaga diri..

Aku doakan pasangan ini berbahagia ke anak cucu dan selamanya.. Langkah yang mereka ambil patut di contohi.. Tapi fikir dulu sebelum buat apa pun keputusan.. Perkahwinan itu bukan untuk setahun dua.. Banyak yang perlu di sediakan untuk menempuh halangan itu..

p/s : untuk yang tersayang, kita pasti akan tempuhi bersama :) Siti Adila Binti Othman





Complete! Woww berbeza :)

on 24 November 2012




Salam kepada semua.. Macam mana hari ni?? Ok kan.. Haa ni nak share menda baikk nih, haha entah kali keberapa aku tukar blogskin hari ni.. Dari pagi tadi kot, ada je yang tak kena.. Hahaha tapi setelah penat lelah menggeledah mr.Google dapat juga aku mencari pelbagai tutorial untuk blogskin.. Amacam suka tak?? Ni ada nampak pink ke?? Dah tak kan?? 

So setakat ni aku berpuas hati dengan perubahan blog aku.. Ikot keselesaan la.. Cuma kurang faham lagi nak letak widget follower tu macam mana.. Ala yang biasa ada "friend connect" tu.. Puas aku geledah, tapi tak faham lagi.. Kepala tengah bercelaru lagi.. Dapat online masa kat tempat kerja je, kat rumah line tak kuat, pelik la..Padahal bukan jauh sangat rumah aku ni dengan tempat kerja...

Apa yang best, request aku untuk header dah siap.. Credit to munirah.. Thanks kerana buatkan header yang cantik dan memang masyukkk je dengan blogskin terbaru aku ni.. Memang kena dengan taste aku.. Cantik dan kemas.. Jom follow dia, boleh juga request header atau sebagainya dengan pakej yang di sediakan oleh empunya blog..

Jutaan terima kasih la kepada tutorial yang aku guna untuk mencantikkan lagi blogskin ni.. Setakat ini berpuas hati sebab dapat ubah sendiri, dulu nak edit basic template pun susah.. Tak akui, nak edit blog ini memerlukan kesabaran yang tinggi.. Berpoloh-poloh sambil buat sebab kipas rosak, takpe ubat demam.. Hahahaha sambil layan lagu Apo Kono Eh Jang versi baru.. Layaannnn dulu.. :)

Dapat Macam ni Pun Dah Bagus




Salam semua, hari ni mulakan pagi dengan bangun lewat gila untuk pergi kerja.. Haaaa nasib baik kerja dengan abg ipar sendiri kalau tak ready je la kemas meja sebab notis 24jam ada kat meja.. Haa jangan di tiru sikap aku ni.. Naya korang je nanti.. 

Apa yang aku dapat?? Haaa ni yang aku nak share ni.. Semalam aku dapat merasa pegang dan cuba... Apa tuh?? Apa yang aku dapat pegang ?? Apa yang aku rasa?? Nikon D7000 .. Bukan sendiri punya, tapi kawan punya.. Akhirnya aku dapat juga cuba snap dengan camera tu.. Macam bermimpi pulak.. 

Tak sempat nak sedut gambar, dia amik gambar aku bergaya dengan cam tu pun dekat handphone dia.. Nanti aku nak suruh dia emailkan gambar tu semua.. Rasa sekejap sangat dia lepak, tak puas nak pegang.. Huhuhu.. Dia pun baru je beli cam tu.. Dulu dia pakai D5100.. yela semakin pro kan?? Takkan nak pakai cam yang sama.. Aku suruh dia jadi photographer.. Buat pakej untuk majlis-majlis perkahwinan ke.. Buat masa sekarang ni dia sekadar suka-suka.. Sayang, bakat yang dia ada sebenarnya boleh buat $$$$..

Ada aku dengar pakej tu busuk-busuk pun 6k tau?? Yeke?? Mak aiii besarnya.. Nanti bila majlis untuk aku, pakai kawan aku je la.. Untuk ambil gambar je, yang lain nanti aku buat yang selebihnya.. 


Cuma gambar yang dia letak atas meja kerja aku ni je yang sempat aku snap.. Harga dia memang la mahal.. Tak tahu kawan aku tu minat sangat, tapi bila dah ada dia buat untuk suka-suka.. Kalau lah aku, sanggup tinggalkan kerja ni untuk beralih arah photographer lak.. Minat tapi tu la, nak memilikinya perlu usaha.. Lagi pun benda ni cuma kemahuan dan bukannya keperluan.. Tak perlu aku fikirkn sangat..

Pertama Kali??






Selamat kepada semua.. Hmm kurang sihat lagi selepas bermain hujan.. Aisemen dah tak kuat anti-bodi aku sekarang ni.. Kalau dulu aku jarang sangat kena demam, sekarang ni pulak dah rajin.. Boleh di kata kan aku dah bergantung kepada ubat-ubat yang aku ambil di klinik atau farmasi.. Teruk sangat dah ni kalau sampai ke tahap macam tu..

Apa pun yang terjadi takkan membataskan aku untuk menaip entry baru ni.. Pertama kali?? Apa yang pertama kali tu?? Ni haa aku nak share, aku baru je rembat blogskin dari blogskin.com.. Banyak lah yang cantik kat situ.. Aku suka yang simple, sementara aku mencari templete blog baru ataupun nak edit blog ni, boleh la pakai ni dulu.. Sorry banyak widget yang tak boleh pakai dalam blogskin ni.. Lagipun yang paling jelas aku ni masih lagi dalam peringkat newbie dalam berblogging ni..

So aku amik keputusan untuk pakai blogskin dulu.. Aku pun masih merujuk kepada tutorial yang ada untuk mengemaskini blogskin ni.. Masih terdapat yang kurang tapi esok la, sebab dah terlalu lewat dah ni.. Esok kerja mula la menguap sana sini sebab mengantuk la, apa la.. Tak reti nak cuti sebab bosan nanti tak tahu nak buat apa di rumah.. Lagipun taknak didik diri dengan penyakit M.. So sementara masih kuat dan masih muda ni aku kena kerja kuat sedikit.. Yela, nak beli itu ini bukan boleh cakap je terus dapat.. Kena juga lebih $$$$ untuk memiliki sesuatu yang kita nak..

Mata pun berat dah ni.. Bye jumpa di lain entry :)

Wassalam..

Jom BW sambil Follow sampai Lebam

on 23 November 2012




Sedang mengelamun tadi sambil minum teh o panas, ternampak ada segmen yang di anjurkan oleh SM.. 1st segmen hari ni yang aku join.. Nak join tak kawan-kawan?? Just klik je banner yang comel molek ni :)


Suka tengok header empunya segmen tu.. Hehehe :) Memang kreatif.. So apa lagi join dan BW serta follow peserta lain juga.. Moh ghamai2 join segmen, naik kan traffic blog dan tambah follower.. Disamping membina ukhwah sesama blogger..


Kehadiran Dirinya Menyempurnakan Hariku



Walaupun dalam keadaan kurang sihat, urusan seharian kena di teruskan.. Kerja, beribadah, dan lain lagi kesemuanya bagai lumrah suatu kehidupan yang mesti di tempuh.. Dalam keadaan sakit kepala, teramat ni masih menaip entry.. Hehee aku memang degil.. Puas kene marah dengan si dia.. Demam pun bukan nak rehat, keje je.. Alaaa kerja dapat duit, tak kerja mana dapat kan??

Dia, orang yang aku sayang.. Kehadiran dirinya betul-betul menyempurnakan aku.. Alangkah beruntungnya aku, masih ada yang boleh menerima aku kurang apa adanya.. Sanggup berubah untuk memikat keluarga aku.. Terdetik di hati, "ni ke yang aku tunggu selama ni"?? Persoalan itu hampir terungkai dengan sendirinya..


Terima kasih awak.. Semakin lama saya mengenali awak semakin dekat yang saya rasa.. Dengan ikhlas saya buka hati untuk menerima awak dalam hidup saya.. Apa yang saya mahukan awak faham saya.. Tolong jaga hati saya dan jangan pulangkan hati saya dalam keadaan remuk.. Insyaallah, sekiranya ada jodoh diantara kita, termakbulah apa yang kita sama-sama inginkan.. 

My feelings for you didn't fade from the start, not even now. 



Terima kasih juga telah memberi saya masa, hingga kini awak menanti.. Kesetiaan awak terbalas, penantian awak pun terbela.. Demi allah saya sayang kan awak.. Saya sayang dan cintakan awak kerana agama yang awak ada.. Saya tolak tepi bulat-bulat apa yang orang nak kata, janji saya tahu yang awak juga ikhlas untuk menemani saya suatu hari nanti.. Kita rapatkan persaudaraan yang selama ni terjalin, mungkin ada berjauhan, tapi jadikan lah perkenalan kita ini sebagai tanda, sebagai titik permulaan bagi kita sendiri..

Percayalah, saya sendiri pun tak pernah menduga kita akan jadi begini.. Seakan tak percaya, tapi ni lah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. 




Dah Jadi Trend Ke Ni???

on 22 November 2012



Dah menjadi kemestian, masuk kerja terus buka blog.. Tapi dari tadi masih belum berkesempatan untuk menulis entry mahupun joinkan diri dalam pelbagai segmen, ni baru curi tulang, sebab takde barang kene repair.. hehehehe.. Sorry yang mana tag tu bukan taknak join, tapi faktor masa menjadi sebab.. Insyaallah ada kelapangan nanti aku akan join mana yang dah tag tu.. Alhamdullilah, ramai dah kawan blogger.. Agak2 bapa ramai blogger yang ada kat Malaysia ni?? Yang masih aktif berblogger?? Kan bagus ada program kita himpunkan kesemua blogger di Malaysia nih.. Comfirm gempak habis..


Bukan pasal blogger yang aku nak utarakan dalam entry ni, pasal blogger memang la jadi trend.. Makin ramai blogger yang kat Malaysia ni.. Cuba je tengok follower blogger yang femes seperti Ben Ashaari, Lyssa Faizureen, follower diorg hampir 55K.. Tu belum tengok blog2 lain.. Tentu yang newbie macam aku ni terkejut beruk follower banyak macam tu.. OMG, 1st time tengok blog mempunyai ramai follower.. Ok lah panjang sangat dah intro aku nih.. Terus je pada subjek yang aku nak kongsi.. Maybe isu ni tak lah terlampau memeranjatkan sangat, saja je nak berkongsi buah fikiran dan idea.. Disamping tu dapat juga bertukar pendapat..

Ekhsan dari Google









Tengok gambar di atas, saja je pilih gambar tak de muka.. Taknak lah mengaibkan sesetengah pihak, sebelum tu nak minta maaf kalau ada terasa sepanjang penulisan aku ni.. Ni di namakan trend "tudung hanya cukup syarat" .. Memang terbaik lah.. Seluar ketat, baju dedah lengan, tudung yang membaluti tu hanya di kepala, tapi hujung nya ada terkeluar banyak helaian rambut.. Tengok apa pesan UAI :)



Nampok?? Haaa jangan yang pakai tu hanya takut dengan family, atau di sekolah ataupun malu dengan kawan-kawan.. Pernah juga aku menasihati seorang hamba Allah ni untuk pakai tudung, dia jawab " belum sampai seru lagi".. Tersenyum aku sekejap.. Tak cukup ilmu di dada jangan tegur orang, pernah juga aku di herdik macam tu sekali.. 




Maaf kalau ada perkataan kesat sepanjang entry ini :)









Hidup Umpama Roda

on 21 November 2012



Selamat kepada semua pembaca.. Alhamdulillah hari ni masih di berikan nikmat untuk kita, paling besar sekali kita di berikan nikmat untuk bernafas dan masih dapat buat kerja dan mencari nafkah di samping juga terus beribadah kepada Allah s.w.t.. Hidup sememangnya di umpama kan sebagai roda, roda yang masih berpusing sebagai tanda urusan kita seharian.. Ada kalanya kita berada diatas, ada kalanya kita berada di bawah..

Apabila kita berada di atas, amat jarang sekali kita mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan kedudukan kita, ada saja yang cuba menjatuhkan sesama sendiri ataupun diri sendiri yang khilaf tidak berupaya menjaganya.. Pabila jatuh, baru lah kita sedar macam mana kita berusaha mendapatkan apa yang kita pernah dapatkan tu..

Seumpamanya, sekarang.. Islam di sering di tindas dan sememngnya tuhan menjanjikan islam akan bangkit dan menewaskan musuh.. Amat sedih sekali apa yang terjadi pada saudara islam kita di Gaza, Filipina dan lain-lain lagi.. Mereka di tindas, berperang dengan tanpa sebab dan alasan.. Berbunuh-bunuh, anak-anak kecil tidak berdosa menjadi mangsa.. Nasib mereka tidak terbela, siapa lagi bukan kita.. Apa yang kita termampu, mendoakan dan menghulurkan sedikit bantuan dari bermacam segi.. Alangkah baiknya jika negara kita turut menghantar sebahagian dari pada teknologi ketenteraan yang kita miliki dan bantu mereka yang di dalam kesusahan.. Memang musuh amat kuat, tapi bila kita bersatu pasti boleh... 



Petikan dari pada laman sosial twitter @UAI.. Jelas menyampaikan apa yan sepatutnya di lakukan.. Apa lagi yang kita miliki, untuk membantu umat Islam di Gaza.. Allahuakbar!! Semoga penderitaan mereka akan terbela dan Yahudi Laknatullah di hapuskan.. Apa kita lihat, mereka hidup sengsara.. Kita bersuka ria, tetapi di sana?? Kita renung kembali bersama...

Segmen : Jom Blogwalking !








Sambil rehat, minum petang ni bw peserta dalam segmen 1st Segmen: Jom Follow Blog Saya by missyanaa terjumpa pulak segmen yang di buat oleh nadhirahnoorkhan.. Jom terjah blog dia sesama dan reramaikan lagi 1st segmen yang dia buat.. Hehehe :) 

Aku pun tak pernah lagi buat segmen juga, tapi insyaallah ada kelapangan nnti boleh buat.. 

Aku tag semua follower aku setakat ni 243 orang.. Alhamdulillah :D

Segmen: Follow Sampai Pengsan



Saalam buat semua.. Agak terlewat untuk join segmen ni.. Tapi aku sekadar mencuba dan yang paling penting aku nak tambahkan kenalan.. Klik banner di bawah untuk join :)





Nama : Wan
Tarikh lahir : 11/02/1989
Asal : Muar, Johor 


Follower setakat jam 11:31am ni ada 250orang.. 

Maaf kerana lewat untuk join, join sama untuk meriahkan segmen awak.. :)








Pesanan Buat Kamu Sayang

on 20 November 2012



Alhamdulillah, masih di berikan masa untuk aku mencoret serba sedikit tentang perjalanan hidup antara aku dengan si dia.. Perkenalan tak di jangka kini membuahkan sejuta rasa, menimbulkan rasa sayang, membibitkan rasa rindu.. Tetapi tidak kau tahu yang bahawa perkahwinan itu bukan untuk setahun dua??

Maafkan aku, bukan aku tak memikirkan untuk ke arah yang lebih serius, tapi berilah aku masa untuk kenal hati budimu dulu sayang.. Memang, semakin lama aku kenal dia, makin dekat yanga ku rasa.. Semakin dia mencuba untuk mendekati hati aku, semakin juga dia dekat dengan family aku.. Aku takut kehilangan dia, entah sampai bila harus aku memendam rasa, terus berahsia dengannya.. Takut juga untuk memberitahu keadaan yang sebenar, aku sedar aku dah mendustai dia.. Tapi apa yang aku boleh buat??

Bukan aku mencintai orang lain, hanya saki baki yang aku rasa dengan orang yang telah duduk di hatiku sebelum mu.. Aku masih lagi tidak dapat buang apa yang aku rasa terhadap dirinya yang terlebih dahulu sebelum mu sayang.. Dia yang telah buka hati aku setelah setahun lebih aku di kecewakan, tetapi atas kesilapan ku dia tinggalkan aku dan kenangan dengan dia masih lekat di hati, biarpun sekejap namun aku rasa berabad lamanya.. Sayang, maafkan aku.. Berikan aku masa dan ruang untuk memulakan semula.. Biar aku mencuba terlebih dahulu..

Bukan terpaksa, namun aku takut untuk memulakannya semula, takut sangat aku terlebih berharap ataupun aku terlebih memberi harapan, aku takut salah seorang daripada kita akan kecewa, tak sanggup aku untuk membiarkan mu kecewa, dan aku juga tak kuat untuk menghadapi kekecewaan buat kali yang ketiga.. Maafkan aku sayang.... Kerana berdiam macam ni, aku terpaksa berbuat macam ni.. Berikan aku masa.. Maaf aku tidak membalas pesanmu, tidak menjawab panggilan mu.. Aku perlukan masa yang seperti aku cakapkan hari tu..

Perkahwinan bukan nya sehari dua, pengikat janji setia setelah aku menerima akad nikah.. Tanggungjawab sangat besar, aku perlu mencari keperluan untuk kita, perlukan masa.. Untuk membina mahligai dengan mu.. Keluarga pun sudah merestui perkenalan kita, ikutkan hati memang aku hendak menghantar tanda untuk membuktikan yang aku mula serius dengan mu.. Sayang, tolong lah mengerti, abg hanya perlukan masa sedikit untuk kita.. Mungkin esok atau pun lusa.. Aku pun tidak pasti,jangan lah terus berharap dan terus macam ini.. Cukup aku mendengar tangisan mu setiap hari.. Maafkan aku :(

"1st Segmen: Jom Follow Blog Saya "




Salam, 2nd segmen for today.. Ehh apesal pulak tajuk entry tu 1st lak?? Tu korang kene tanya empunya blog ok?? Klik banner di bawah untuk join segmen yang di buat oleh Miss Yanaa..
  




Sy tag semua follower semua untuk join segmen ini ok?? 


" SEGMEN : Jom Godek-godek Followers "




Tengah on9 twitter, ternampak ada tweet segmen la yang aku miss.. So tarikh tutup penyertaan pun tak dapat dikenal pasti.. Aku ambil kesempatan untuk join segmen ni.. 1st segmen untuk hari ni..



Klik banner di atas untuk join, senang kan?? Dah juga like fanpage dan follow empunya blog.. Apa lagi tunggu reramai join jom!!! hehehe :)

Setakat jam 11:53am ni cuma ada 244 orang follower yang ada, terima kasih atas support yang di berikan :)

Target nak ramai, takde limit pun, bape2 pun boleh..

Tag:

Jom memeriahkan segmen ini.. Thanks kepada YB kerana menganjurkan segmen ini :)
 
© Blog CCK All Rights Reserved