Pesanan Buat Kamu Sayang

on 20 November 2012



Alhamdulillah, masih di berikan masa untuk aku mencoret serba sedikit tentang perjalanan hidup antara aku dengan si dia.. Perkenalan tak di jangka kini membuahkan sejuta rasa, menimbulkan rasa sayang, membibitkan rasa rindu.. Tetapi tidak kau tahu yang bahawa perkahwinan itu bukan untuk setahun dua??

Maafkan aku, bukan aku tak memikirkan untuk ke arah yang lebih serius, tapi berilah aku masa untuk kenal hati budimu dulu sayang.. Memang, semakin lama aku kenal dia, makin dekat yanga ku rasa.. Semakin dia mencuba untuk mendekati hati aku, semakin juga dia dekat dengan family aku.. Aku takut kehilangan dia, entah sampai bila harus aku memendam rasa, terus berahsia dengannya.. Takut juga untuk memberitahu keadaan yang sebenar, aku sedar aku dah mendustai dia.. Tapi apa yang aku boleh buat??

Bukan aku mencintai orang lain, hanya saki baki yang aku rasa dengan orang yang telah duduk di hatiku sebelum mu.. Aku masih lagi tidak dapat buang apa yang aku rasa terhadap dirinya yang terlebih dahulu sebelum mu sayang.. Dia yang telah buka hati aku setelah setahun lebih aku di kecewakan, tetapi atas kesilapan ku dia tinggalkan aku dan kenangan dengan dia masih lekat di hati, biarpun sekejap namun aku rasa berabad lamanya.. Sayang, maafkan aku.. Berikan aku masa dan ruang untuk memulakan semula.. Biar aku mencuba terlebih dahulu..

Bukan terpaksa, namun aku takut untuk memulakannya semula, takut sangat aku terlebih berharap ataupun aku terlebih memberi harapan, aku takut salah seorang daripada kita akan kecewa, tak sanggup aku untuk membiarkan mu kecewa, dan aku juga tak kuat untuk menghadapi kekecewaan buat kali yang ketiga.. Maafkan aku sayang.... Kerana berdiam macam ni, aku terpaksa berbuat macam ni.. Berikan aku masa.. Maaf aku tidak membalas pesanmu, tidak menjawab panggilan mu.. Aku perlukan masa yang seperti aku cakapkan hari tu..

Perkahwinan bukan nya sehari dua, pengikat janji setia setelah aku menerima akad nikah.. Tanggungjawab sangat besar, aku perlu mencari keperluan untuk kita, perlukan masa.. Untuk membina mahligai dengan mu.. Keluarga pun sudah merestui perkenalan kita, ikutkan hati memang aku hendak menghantar tanda untuk membuktikan yang aku mula serius dengan mu.. Sayang, tolong lah mengerti, abg hanya perlukan masa sedikit untuk kita.. Mungkin esok atau pun lusa.. Aku pun tidak pasti,jangan lah terus berharap dan terus macam ini.. Cukup aku mendengar tangisan mu setiap hari.. Maafkan aku :(
Ranking: 5

1 Comment:

  1. sweetnya , sedih pun ada..nak menangis baca entri nie smpai hbis..takot jugak klau pakwe sy cm awk , masih tk blh lupakn kekasih lama..biarlah Allah je yg tau perasaan kita yekk..

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved