Teman-Teman : Elakkan Dari Ditipu..

on 18 November 2012

 


Salam kepada semua.. Alhamdulillah baru lepas menikmati makanan kegemaran , Ayam Masak Merah.. Tak sesedap macam mana air tangan mak.. Rindu sangat.. Tapi boleh la buat hilangkan gian dah lama tak makan ayam masak merah.. Hmmm not bad lah..

Entry ni aku dapat ilham selepas aku baca paper KOSMO : Kekasihku Suami Orang. ( 54 ).. Kekadang kita tak menyedari kita sedang diintai melalui laman-laman sosial.. Sebagai contoh Facebook, Twitter dan sebagainya.. Tapi yang paling banyak kes yang aku banyak dengar dari facebook.. Dekat twitter tak pernah lagi dengar.. 

Banyak yang di tipu ni adalah golongan Hawa.. Minta maaf, bukan untuk menuding jari, tetapi untuk memberi nasihat.. Nak tahu pula apa yang kaum Adam selalu buat?? Bukan semua tau?? Ni dari apa yang aku penah dengar sebelum ni..

  • Lelaki ambil berat, wanita jatuh hati di sebabkan mungkin ada masalah dengan family ataupun boyfriend.
  • Lelaki menipu yang dia mempunyai harta yang banyak, keje bagus dan berstatus bujang/duda.
  • Lelaki memujuk rayu, supaya di kenalkan dengan family kamu.. Tetapi bila je kamu ajak lelaki ini pergi berjumpa orang tuanya pula, berjuta macam alasan..
  • Lelaki menabur janji tapi terpaksa percaya bila si lelaki cakap" u tak syg i ke?? sampai hati.. :(
  • Lelaki suka mengambil kesempatan, meminjam wang dan memindahkan sedikit dari wang yang kamu ada bila dalam tengah bulan.. Kamu tak meragui lansung sebab kamu beranggap " takpelah, i tak berkira dengan u sebab i nak kita berdua bersatu :)
  • Lelaki ambil kesempatan ke atas diri kamu, mula ajak ringan-ringan.. Lepas tu yang lebih berat dia ajak yang lebih.. (Paham-paham sendiri la)
  • Lelaki tu tinggalkan kamu selepas dapat apa yang dia mahukan.. Dan paling yang buat kamu sakit hati bila mendapat tahu yang si lelaki ni SUAMI ORANG !! 
Menyesal tak sudah selepas tu.. Bukan tak bagi bersahabat, tapi kena pandai memilih.. Suka memang suka, tapi kenal lah hati budi dahulu dan jangan SESEKALI menyerahkan apa yang kamu miliki.. Serahkan saja pada yang sah iaitu suami kamu..

Banyak dah kes penipuan macam ni, itu belum janji manis dari dari lelaki asing.. Konon nak beli macam-macam tapi bila transfer duit brang pun takde.. Hawa memang lemah pujuk rayu, kata manis.. Tapi bukan untuk sesuka hati kita untuk MENINDAS mereka.. Berhati-hati apabila terlalu rapat.. Jangan memberikan apa-apa ketika baru kenal.. Cukup dahulu berkenalan dari alam maya.. Sudah lama kenal, dan hati mula berkenan baru boleh mengorak langkah.. Jodoh dari internet merupakan satu nikmat buat kita - Ustaz Azhar Idrus..

Buat teman-teman, berhati-hatilah.. Anda mampu merubahnya.. :)
Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Post a Comment

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved