Salam ukhwah buat pembaca.. Alhamdulillah masih di berikan nikmat, membaca, menaip, melihat dan bermacam-macam lagi nikmat yang tuhan berikan kepada kita.. Alhamdulillah, tapi masih ramai yang seakan-akan tidak bersyukur...
Berniaga, mencari nafkah tak salah, dan berniaga juga baik untuk menjana pendapatan isi rumah.. Malah dalam islam juga, Rasullah S.A.W juga berniaga.. Bak kata, berniaga memang untung kalau pandai.. Jarang dapat rugi kalau kita pandai berniaga.. Tapi ingat juga siapa yang memberi kita rezeki?
sekadar gambar hiasan |
Bukan apa, sekadar meluahkan apa yang aku rasa.. Dah lama juga aku solat dekat masjid tu tiap hari jumaat..Pihak masjid ada meletakkan ruang khas untuk peniaga menjual minuman, makanan dan lain lagi.. Disebabkan kawasan aku duduk sekarang ni kawasan industri yang gah.. Perodua, memang tak asing lagi.. Majoriti pekerjanya duduk dekat hostel yang di sediakan betul-betul berhampiran dengan masjid..
Makin hampir waktu makin ramai.. Bukan nak cepat2 pergi ke masjid untuk mendengar khutbah,tapi buat khutbah sendiri dekat bawah.. Padahal khatib sering bagi nasihat sebelum azan pertama.. Tapi yang lagi pelik nya banyak peniaga yang ada tu kaum lelaki, dan bila aku kua awal tadi ( saja ambil barisan belakang) selepas aku memberi salam kedua terkejut aku melihat dah ramai yang membeli.. Yang lagi best, brother2 yang jual tu sibuk dah melayan customer.. Terdetik juga, maybe org kawasan luar kot..
Banyak yang memakai uniform perodua, ada yang bersongkok, pakai kain pelikat.. Sibuk dengan hal duniawi.. Walaupun kene seimbangkan, tapi agak-agak la kan.. Hormat la sedikit.. Mana perasaan malu.. Tempat ibadah, solat ibadah, berniaga pun ibadah.. Tak macam aku tengok negeri lain, takde pun macam kat sini.. Geleng kepala melihat org ramai.. Hajat hati nak membeli air kerana haus, tapi tak jadi pula bila memikirkan hal ini..
Tertunggu juga apa tindakan dari pihak pengurusan masjid, sebab ada kenal dengan bilal masjid tu.. Makin lama makin besar tapak, sepatutnya duit yang sering dibawa, untuk tujuan kebajikan tapi bila dah sampai isi perut sendiri dulu.. Depan pagar ada di sedia kan tabung Dana kebajikan anak-anak yatim, tapi ramai yang meluru terus ke gerai.. Rasa bangga dengan anak buah aku sendiri, bila turun je motor, minta aku duit.. Aku tanya nak buat apa?? Dia pun cakap " abg ngah nak masukkan duit dalam tabung tu.. Sebab minggu lepas takdepun tabung tu, biasa kat dalam je.. Aku pun bagi.. Dia masukkan, org lain tengok.. Ada yang masukkan derma selepas ank buah aku masukkan.. Malu kot, memang pun.. Seikhlas hati memberi, tuhan menjanjikan berlipat ganda pada setiap amalan yang kita buat.. Insyallah..
{ 0 Comment... read them below or add one }
Post a Comment
Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..