Susah Sangat Ke??

on 18 November 2012




Mukadimah permulaan pagi, coretan pertama pada hari Ahad ini.. Cewaaaahhh ayat skema juga kan aku nih??? Hahaha ape la merepek sangat.. Macam mana hari korang?? Hari yang ceria?? Bersama dengan orang yang tersayang.. Beruntungnya kalau dapat bersama dengan keluarga, sahabat handai atau teman-teman.. Aku lak tengah sibuk kerja.. Curi tulang kejap sebab nak update blog..

Semalam sempat la shopping kejap cari barang keperluan, dah beli-beli beratur la tunggu giliran.. Oleh kerana semalam hari Sabtu, ramai la yang berbelanja barang-barang.. Cuti sekolah lagi tu, lagi la ramai.. Cashier tu agak kurang sopan dengan pelanggan.. Dah la muka ketat, lansung tak mesra dengan pelanggan.. Suka marah customer.. Ehh, pasal plastik pun perlu ke nak marah.. Boleh je kan cakap elok-elok..

Dah tu terima kasih lansung takde.. Susah sangat ke?? Nak senyum, layan pelanggan elok-elok.. Bila sampai turn aku lak bayar, pun tegur cashier tu " nak saya report pada manager awak ke?? boleh je kan?? Dia pun takut-takut lepas aku cakap macam tu.. Dik, kita kerja ni ikhlas nak cari rezeki.. Cuba bayang adik jadi customer dan kena macam yang adik buat tadi, agak-agak ape yang adik rasa?? Sakit hati tak?? Akak td tanya elok je kan ?? Perlu ke sampai buat muka  ketat dan tak layan dia elok-elok??

Terus dia minta maaf dan takkan campurkan hal peribadi lagi dalam waktu kerja.. Haii semua kalau macam ni boleh lingkup niaga.. Bangla yang jaga kedai lebih tahu la macam mana nak tarik customer.. Sebelah kedai aku ni, kira mini market.. Bangla punya orang.. Pehh maju siap ada 3cawangan lagi.. Rasa terkejut lak bila tahu mende ni.. Segala lesen, hak milik kedai bangsa melayu.. Tapi yang menjalankan operasi nya bangla.. Hmmmm macam ne tu?? Boleh pulak eh?? Pakai nama melayu, semua nya propaganda!! Ada duit banyak sikit dalam akaun dah gelap mata.. Bila bangsa nak maju?? Niaga sikit dah maju, mula la malas nak niaga.. Ada pesaing mula la gelabah, hasad dengki lain cerita.. PhD tu tinggi sangat.. Penyakit M pun rajin menular..

Takkan selamanya kita nak jadi kuli, di negara sendiri.. Semenjak buka kedai ni, alhamdulillah sambutan baik.. Ramai yang support, ada juga yang beranggapan negativ.. Jangan samakan dengan orang lain.. Semua tanggapan tu tolak tepi, ambil yang positif, yang negatif tu jadikan semangat dan pendorong untuk berjaya.. "Tiada kejayaan yang kita boleh dapat melainkan dengan usaha yang gigih, mesti ingat tu..", kata mak.. Betul tu, kalau tak berusaha mana kan berjaya.. Bukan semua orang senang, nak senang BOLEH tapi jangan sampai LUPA DIRI.. Alhamdulillah.. Segala apa yang datang ni rezeki Allah..






Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Post a Comment

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved