Tips Blogging | Tips memilih / pandai menentukan waktu traffic yang tinggi juga penting pada setiap blogger.. Ini akan memastikan bahawa setiap entry kita akan terus di baca, tidak kira pada dashboard, ping seperti di kartikel, pingje atau pun pada medium lain..
Adalah yang paling penting jika setiap blogger tahu akan masa yang sesuai untuk mendapatkan traffic yang tinggi, memang tidak dapat di nafikan, blog ini akan mencuba sebaik yang mungkin bagi meningkatkan mutu penghasilan setiap entry.. Kajian demi kajian di buat, di kongsikan bersama dengan sahabat blog..
Daripada stats blog masing-masing tentu tahu bilakah masa yang paling sesuai untuk ping entry ataupun publish entry.. Waktu puncak adalah pada waktu tengah hari (Lunch hour).. Jika entry kena dengan mood seseorang itu, pasti nya akan meringan kan tangan untuk klik ke link kita..
Pada sebelah malam pula, jam 8-12 adalah waktu yang paling sesuai, adakalanya waktu ini juga keluarga atau isi rumah sedang bersantai, pelajar-pelajar sedang mencari info tentang pelajaran.. Jadi tidak salah untuk mereka bertanya kepada en.Google.. Jika pandai bermain keyword, muka satu google tentu kita akan kuasai.
Cuba elakkan ping entry di waktu orang sedang nyenyak tidur, iaitu pada jam 1-6 pagi.. Jika kita ping pada waktu itu traffic mungkin tiada ataupun sedikit.. Contohnya : Jika ping di group blogger di Facebook pada jam 3am, tentu pada traffic tinggi, post kita tadi akan berada di bawah secara automatik.. Bukan semua orang / blogger yang jadi "burung hantu"..
Cuma yang boleh di harap adalah keyword yang mengena.. Cuba mencari info tentang tools yang boleh diguna pakai di dalam platform blogspot, jika menggunakan platform wordpress tentu ada plug in keyword checker, firefox keyword checker yang semestinya lebih serasi dengan platform wordpress..