Baru beberapa hari Parlimen di bubarkan kehangatan cuping dan gegendang telinga aku kian meruncing.. Ada sahaja yang aku dengar, apa yang aku dengar di pihak A tuduh B, pihak B hentam pula A.. Berpijak di bumi yang nyata, itu yang pasti..
Aku ?? Bukan lah seorang yang terlalu obses terhadap sesuatu ni, tetapi ada hal juga amat menyentuh sensiviti aku sebagai rakyat Malaysia.. Agak kurang sopan jika aku berkata secara terangan di sini, namun bukan lah disebab kan tidak mahu mengambil tahu atau peduli tentang Politik boleh di labelkan sebagai 'bodoh'.. Maaf ya terpaksa mengeluarkan statement seperti ini.. Pada pendapat aku sendiri, lebih baik ada sifat macam itu daripada terlampau pro dan taksub kepada satu tu..
Propaganda yang segala aku dengar, bukan sahaja manifesto yang di laungkan sahaja.. Asalkan dapat memimpin dengan aman, menjaminkan kesejahteraan rakyat dan dapat memartabatkan nama Malaysia sebagai lambang / tanda aras untuk negara Islam suatu hari nanti.. Tak kisah dari mana, yang penting jangan janji hanya di laung, tetapi apa yang mampu dapat.. Itu yang sebenarnya yang di pandang..
Perumpamaan yang senang aku kongsikan, jika kita hanya mempunyai RM10, hendak pergi belanja 5 orang kawanya untuk KFC.. Cukup ke?? Tentu tak cukup.. Begitu lah pada negara kita.. Entah la, aku sendiri geleng kepala bila melihat senario macam ini..