Berada di Hotel Seri Costa Melaka adalah sesuatu memori yang tak mungkin akan dapat aku lupakan.. Buat pertama kalinya aku di berikan peluang seumpama ini tidak mungkin aku akan lepaskan, sebenarnya aku di pelawa oleh Bro Framestone untuk ke Hotel Seri Costa Melaka itu, pada mulanya agak berat, tetapi memandangkan memang hari cuti so aku pun pergi..
Melaka, kotaraya yang gah dahulu ketikanya dengan tempat perdagangan antarabangsa yang sangat termasyhur sekali.. Tetapi kini, Melaka turut menjadi tumpuan pengunjung tidak mengira dari dalam negara mahupun pelancong dari negara asing.. Hotel Seri Costa Melaka, adalah tempat yang strategik untuk anda, tidak kira bujang atau pun sudah berkeluarga, ini adalah tempat penginapan yang paling strategik untuk anda.
Berdekatan dengan Sungai Melaka, pastinya anda sendiri akan merasai kehebatan dan keunikan Hotel Seri Costa ini, di mana memang sangat berdekatan dengan Menara Taming Sari yang sering di jadikan tempat utama pengunjung yang ingin menikmati panorama yang indah Kota Melaka dari ketinggian 80 Meter dari aras laut.. Tentunya lebih indah jika menikmati panorama Kota Melaka pada waktu malam.. Tidak juga di lupakan River Cruise yang juga sangat berdekatan dengan Hotel Seri Costa ini. Pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk merasa sendiri bagaimana keindahan menyusuri Kota Melaka yang sangat indah di waktu malam.. Jonker Walk juga tidak di lupakan, di mana terdapatnya barangan yang boleh di beli dengan harga yang berpatutan di samping mempunyai keunikan yang mana-mana negeri lain tidak mempunyainya iaitu masyarakat Baba Dan Nyonya.
Ini adalah sebahagian bilik yang di sediakan oleh Hotel Seri Costa, memang cukup selesa.. Bagi yang ingin menikmati pelbagai pakej yang menarik, Hotel Seri Costa juga menyediakan pakej terutamanya pasangan yang hendak honeymoon, pakej family mahupun pakej persendirian/ koprat..
Sumber : http://www.feldatravel.com.my |
Pengalaman kami menginap di sana memang la tidak lama, tapi jika di beri pilihan destinasi hotel yang mewah dan budget boleh di katakan mampu, kami akan memilih Hotel Seri Costa ini lagi.. Medan menjamu selera yang santai, dan servis yang di berikan cukup membuatkan kami terpesona..
Hotel Seri Costa, pastinya akan menggamit memori anda dan semestinya anda akan berpuas hati kerana berkunjung di sini.. Kami juga, sepanjang berada di sana amat berpuas hati dengan servis yang di berikan..
test
ReplyDeletecanlı sex hattı
ReplyDeletehttps://girisadresi.info/
heets
salt likit
salt likit
BM5K8C