Belajar Cara Buat Entry SEO | Tak rugi kalau nak belajar SEO ni, sebab kalau di perhatikan yang tiada kata penamat buat kita untuk mencari dan belajar apa yang sebenarnya yang di maksudkan dengan SEO ini.
Langkah Buat Entry SEO :
- Tajuk Entry - Mesti mempunyai keyword yang ummph ! atau pun yang sentiasa di cari oleh si pencari, tidak semestinya berkaitan dengan artis, gosip, politik itu semua. Ada juga keyword yang menyinggah ke blog kita. Contoh yang masih hangat : PRU13, WeChat, Tutorial Blog, Tips Blogging. Dan jika boleh tajuk entry pun terus menembak kepada keyword dan jangan terlalu panjang, kerana URL dari entry kita itu juga merupakan "Secret Weapon" yang membolehkan blog kita terindex di muka halaman satu Google.
- Permulaan Entry - Elakkan dari permulaan entry yang meleret-leret. Terus sahaja tembak kepada keyword yang ingin di buat. Kerana daripada penelitian aku selama ini, Google.com terus akan mengambil frasa atau perenggan pertama. So kalau boleh hindarkan ya.
- Isi Entry - Cuba selitkan beberapa entry yang berbaur SEO pada entry kita. Contoh : Kita buat entry " Tips Trafik Tinggi", entry yang berkaitan yang kita selitkan dari entry lama kita. Contoh entry berkaitan " Ping Entry" , "Niche Blog Yang Sering Dapat Komen Tinggi", tetapi pastikan jangan hanya bold kan perkataan itu, link kan juga kepada entry itu. Itu lah kunci sebenar untuk menghasilkan SEO on Page.
- Bantuan Gambar - Gambar yang berkenaan dengan blog dapat membantu. Tetapi diingatkan kepada setiap blogger untuk memasang fungsi "Alt Tag Pada Gambar" sama ada cara automatik ataupun secara manual. Ini sangat penting untuk membolehkan entry kita itu di baca dengan mudah di sesuatu enjin carian.
- Tambahan Keyword Dalam Carian Google - Penggunaan Label di setiap entry juga banyak membantu para blogger untuk mendapatkan trafik yang meroket tinggi secara amnya blogger yang berplatformkan Blogspot. Jika menggunakan platform wordpress mungkin penggunaan pelbagai plugin yang mudah di sediakan oleh platform wordpress.
- Penutup Entry - Cukup dengan memasukkan keyword sebagai penutup entry, selitkan juga keyword yang ingin di sampaikan di awal entry.
Nota CCK : Gunakan bahasa baku / bahasa ketika menjawab soalan peperiksaan rasanya lebih elok untuk entry SEO ni, tetapi ini sekadar hanya perkongsian dari blogger picisan untuk semua readers sekalian. Semoga perkongsian ini bermanfaat.