Mana Hilangnya??

on 29 November 2012




Mana hilangnya juwita kah?? Haha bukan.. Saja je nak buat suspen sikit.. Bukan nak memanaskan sesebuah cerita, tapi bagi aku sendiri aku juga berasa malu dengan orang macam ni.. Haissshh!! Kalau tak yakin pun jangan lah kutuk dan jangan cuba nak memalukan diri sendiri.. Rasa malu dan macam terbuka aib.. Malu sangat, tapi sekurang nya dia telah menutup acc twitter miliknya.. Itulah satu jalan untuk kamu lepaskan diri.. Tapi ingat," kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"





Hahaha dunia-dunia.. Aku cukup pelik dengan hal ni.. Kali kedua aku dengar pasal ni.. Kalau pun tak yakin dengan skuad pasukan negara, jangan lah post dekat laman sosial macam tu.. Twitter ke facebook ke.. Bukan orang tak boleh tahu.. Bukan ko sorang je baca.. Alahaaaaiii, mana la hilangnya pemikiran kau yang waras tu?? Fikir lah dulu sebelum berkata, dah terhantuk baru nak terngadah, sesal dulu pendapatan, sesal sekarang tidak berguna lagi.. 

Ewaahhh bermadah helah nampaknya aku petang-petang ni.. Hehehe tak tahu nape, nak sangat buat entry tentang ni dari semalam.. Sedar lah diri, kita ni berpijak pada bumi yang nyata, usah di bayangi dengan kesilapan kemarin.. Jangan lah terjadi perkara seumpama ini lagi, malu tengok orang.. Tak pandai lansung nak cover.. Tak pasti lah sama ada pernyataan dia buat tu betul atau tidak, tetapi jangan fikir orang lain sama lavel pemikirannya dengan kita.. Faham-faham jelah ayat sinis ni eh, buat yang terasa maaf kan sepanjang penulisan aku buat ni.. 


"Aku hanyalah blogger yang meluahkan apa yang terdetik di hati dan di coretkan di sini'






Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Post a Comment

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved