2.0.1.3 Coming !

on 31 December 2012



Haii selamat malam semua, malam terakhir sebelum melangkah ke tahun 2013.. Mesti yang ramai yang menyambut, countdown sana sini.. Bersepah manusia menunggunya detik minit saat terakhir sebelum tibanya tahun baru.. Alhamdulillah tahun 2012 banyak mengajar kehidupan ku agar lebih sempurna, ada kalanya mengajar kita, memberi secebis keinsafan buat kita untuk memperbetulkan diri supaya menjadi lebih baik..

Apa azam korang yang dah tercapai ye?? Mesti best kan kalau dah tercapai?? Aku sendiri tak pasti sama ada azam aku sudah tercapai atau tidak.. Aku ingin sekali melihat orang di sekeliling aku merasa bahagia.. Itu azam aku setiap tahun, ianya mengajar aku bagaimana hendak menjaga hati dan perasaan orang lain.. Ada pun sekali, kesilapan yang di lakukan agak melalaikan aku sendiri.. Aku bangkit dari sebuah mimpi gelap, dan bangun untuk mencari sebutir cahaya untuk aku terus melangkah ke hadapan..

Ya, kenapa aku hanya fikirkan orang lain sebelum aku?? Jawapanya sangat mudah.. Aku lebih bahagia bila melihat orang lain bahagia bila bersama aku, walapun madu yang melumuti badan orang itu, aku hanya di lemparkan sejuta kaca.. Tetapi aku tidak kisah akan perkara itu.. Lumrah kehidupan, tetapi tidak semua orang akan memberikan kebahagiaan kepada kita, bukan semua.. Itu yang aku tahu..

Tahun 2012 yang bakal di tinggalkan ini melahirkan keinginan untuk aku terus berjaya walaupun perit mana dugaan, aku akan tempuhinya dengar sabar.. 2012 dalam kenangan, pastinya akan sentiasa menggamit memori, kerana apa yang kita lalui dalam tahun ini merupakan salah satu anugerah, nikmat untuk kita.. Adapun yang kita capai, walaupun baik untuk orang tetapi belum cukup baik untuk orang lain.. Kerana sifat manusia sering berubah, adakalanya memang sukar di nafikan bahawa semua orang mempunyai pendirian yang tetap, namun seringkali goyah dengan berjuta dugaan..




Ranking: 5

1 Comment:

  1. Selamat tahu naru abg wan..:D

    p.s: Semoga tahun baru kita dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan..

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved