Pemergiannya Dirasai

on 1 December 2012



Haii selamat pagi.. Amboi masih sempat lagi wish selamat pagi.. haaa belum pukul 12 lagi ketika aku menaip entry ni.. Hahaha ape la aku merepek sangat ni.. Okey tak mau melalut sangat, sendiri pun jadi meluat nanti :D .. Yeah, pemergiannya memang di rasai.. Siapa yang pergi ni?? Laa ari ni kan hari pertama bulan Disember, tentu la November yang pergi kan?? 

Ya, bulan November aku tempuh dengan pelbagai cabaran hidup, adakalanya getir,pahit manis,suka duka.. Saban hari aku lalui di dalam bulan November tu dapat aku tempuh dengan perasaan gembira, ada kalanya berduka, tapi tiada siapa yang tahu.. Lebih suka dengan memendam rasa daripada meluahkan.. Entah la, aku lebih selesa dengan diri aku yang sekarang.. Tetapi kekadang meluahkan memang jalan agak baik daripada kita pendam kan??

Entah tahun depan tak pasti aku dapat melalui bulan November lagi.. Sebab kita selamanya milik Allah forever and ever.. Kita pasti akan menghadapi kematian.. Dugaan yang aku tempuh kekadang membuat kan air mata mengalir, menerima berita abah masuk hospital kemarin, sentiasa berdoa agar abah sembuh.. Abah dah sakit, tak perlu lah kerja lagi.. Harap abah paham, kita semua sayang abah.. 

November dah pergi perlahan-lahan meninggalkan kita, dalam diam-diam dia pergi meninggalkan kesan pada kita, berjuta peristiwa manis dalam diri kita takkan mudah hilang dari fikiran, yang baik di jadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan.. Terima kasih Ya Allah, sebab hamba-Mu ini masih di berikan berjuta nikmat di dunia ini.. Bersyukur tidak terhingga, kerana menerima berita penderitaan umat islam di Gaza sudah berakhir.. November pergi ,Disember yang kita akan lalui ini di harapkan ada lagi sinar kebahagiaan buat kita semua.. Insya Allah..


Ranking: 5

2 Comment:

  1. pendam selagi boleh pendam.....

    ReplyDelete
  2. wan, jgn la sedih2 tau..selagi boleh luah disni, rmai yang sudi berkongsi :)
    moga ayh wan cepat sembuh ya..insyaAllah..

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved