Biar Mati Anak...

on 18 December 2012


Hmm tengahari ni baru sempat buka lappy, sebab baru naik cuti dan hari 1st bekerja tentu banyak urusan yang perlu di siapkan.. Buat sampai siap, then baru buka lappy dan terus dengan entry yang dari tadi malam aku dok fikirkan.. Cewahhh tulis entry sambil minum cool blog, ececeh memang masyuk je.. Menaip pun jadi lancar semacam.. Haishhh bermula la typing ala-ala senget ku ini..

Kata orang tua dahulu, Biar mati anak, jangan mati adat.. Tapi pada aku pula berpendapat siapa pula yang akan meneruskan adat tu kalau bukan kita?? So tugas kita sangat mudah, memastikan adat yang sentiasa jadi ingatan sepanjang zaman berkekalan.. Pasti ada tertanya-tanya ke mana aku pergi selama 3hari ni tanpa sebarang entry kan?? cam ada sangat!  Hehehe kalau ada terima kasih sebab ingat aku..

Ok senang je, aku balik kampung untuk menghadir majlis perkahwinan sepupu aku yang bertempat di Muar, iaitu kampung halaman aku sendiri, Kampung Parit Tengah, kalau lah korang pernah sampai daerah Muar, korang mesti tertanya kenapa lah dekat Muar ni terlampau banyak sangat parit-parit dan sungai-sungai yang di jadikan sebagai nama sesebuah kampung.. Jawapannya aku tak tahu.. Hehehe aku sampai sekarang pun tak tahu kenapa macam itu.. 




Orang kampung bergotong royong, lelaki dan perempuan, tua-muda sama-sama buat kerja.. Persiapan rewang di sediakan sehari sebelum majlis perkahwinan.. Tradisi yang semakin lama semakin berubah,tetapi masih tidak lari dari konsep awal iaitu sepakat :)




Serius je pengantin lelaki, nasib baik lah cuaca redup kalau tak naik pelamin confirm berpoloh!! hehehehe.. Saja aku ambik site dari sini, sepupu aku suruh curi ambil gambar perempuan pakai tudung pink berbaju putih tu.. Saja je aku cakap suruh posing, ehhh dia sporting lahh.. Haha tapi bukan untuk aku, sepupu aku punya.. So dapat la aku adjustkan untuk sepupu aku..




Pengantin lelaki di persembahkan dengan paluan kompang dan persembahan silat.. Kagum melihat persembahan silat, budak lagi tu.. Aku yang besar ni pun silat, alahaiii belajar pun tak habis.. Hehehehe..

Tapi sebelum pengantin lelaki masuk ke laman rumah pengantin perempuan,ada majlis sedikit.. Saje nak uji rombongan pengantin lelaki.. Hehe aku tak pasti la dekat tempat lain ada atau tidak, tapi bagi masyarakat di Johor khusus nya, sesetengah tempat masih ada lagi..


Kena jawab pantun, hehe macam-macam lah.. "Tol" bagi rombongan pengantin lelaki sebelum masuk ke halaman rumah.. Dulu aku masa kecik-kecik lain, duduk ramai-ramai dekat tangga.. Tangan dah hulur, diornag mesti paham.. Hehe teringat aku masa dulu, saje aku join hari tu sekadar nak imbas kenangan yang pastinya takkan kembali lagi iaitu zaman kanak-kanak.. 

Adat, yang pastinya takkan pudar.. Selagi ianya masih bertapak, selamaya akan di ingati sepanjang masa..





Ranking: 5

2 Comment:

  1. Bestnya...melayu mmg kaya dgn adat. jgn pernah kita lupa apda adat kita,:D

    ReplyDelete
  2. awak bile nk kwinnyer..hehee...rewang jgn x rewang..

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved