header-irwanalessatyme-

Burger SY Cahaya Sentosa,Bukit Sentosa

on 26 February 2013


Burger Terbaik Di Kawasan Bukit Sentosa, Rawang

Assalamualaikum..

Keenakan sebiji burger di nilai dari isi daging/ayam yang mantap, sayur-sayuran yang segar dan di tambah dengan penggunaan sos yang sememang nya terbaik.. Di kawasan Bukit Sentosa ini terdapat sebuah kedai yang unik, kerana kalau dapat di lihat stall mereka sangat berbeza dari yang lain, besar dan service yang sememangnya bertaraf 12bintang..

Burger+Terbaik

Dari sudut kekemasan, memang terbaik.. Belum pernah lagi aku melihat pekerja kedai burger smart macam ni, pujian harus di berikan kepada mereka.. Layanan terhadap pelanggan seolah kita sedang berurusan jual beli di McD, memang terbaik dari segi layanan pelanggan.. Tidak sibuk kerana mempunyai lebih daripada 5orang pekerja yang semangnya terlatih..

Burger+Terbaik+Bukit+Sentosa

Memang banyak menu yang special ada di SY Cahaya Sentosa Burger ini, yang lain-lain biasa tetap di jual dan sentiasa mendapat sambutan yang agak menggalakkan.. Kedai ini mula beroperasi beberapa tahun yang lepas dan sehingga kini banyak perubahan yang di buat untuk sentiasa menarik pelanggan kerana di kawasan Bukit Sentosa ini terdapat lebih dari 4 stall yang berbeza.. 

Burger+SY+Cahaya+Sentosa

Pada waktu malam pula kedai ini lebih ramai pelanggan, lokasinya yang strategik, stall burger yang semangnya tidak suram sepi, cahaya lampu neon gemerlipan sana sini.. Memang meriah stall burger ini.. Membuatkan orang sentiasa berkunjung kerana tertarik dengan suasana stall burger yang sememangnya meriah..

Resipi+Burger+Alaf+Baru

Menu yang menarik, selalu dapat sambutan dari masyarakat setempat.. Unik, bukan burger semestinya hanya ada roti, ada daging /ayam tetapi turut boleh di pelbagaikan dengan bermacam variasi burger itu sendiri.. 

DSC_0014
Norhisam, 19
" Pertama kali saya menjejakan kaki saya di Bukit Sentosa , SY Cahaya Burger lah tempat saya membeli burger kegemaran saya iaitu Burger Ayam. Sememangnya tidak mengecewakan, dan sentiasa menepati citarasa saya. Hampir setiap hari saya pasti akan membeli burger di kedai itu, kerana berdekatan sekali dengan kediaman saya."


SY+cahaya+Sentosa+Burger
Alamat SY Cahaya Sentosa Burger

Jalan Bunga Kertas 1A
(Berhadapan Salam Sentosa)
Bukit Sentosa,Rawang
48300, Selangor



p/s : Cuba sekali pasti nak lagi.





Ranking: 5
 
© Blog CCK All Rights Reserved