Dimana Sahaja Aku Berada, Tapi. . . .

on 27 September 2012

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..  Hampir setahun juga berada di rantauan orang.. Cari rezeki untuk majukan diri sendiri di samping membantu family.. Dimana sahaja aku berada, aku pasti akan teringat kan suasana kampung and paling utama sekali yang paling di rindui adalah masakan mak.. 

Suasana sangat berbeza, kalau dulu makan tak payah beli atau masak, nak minum tak payah pegi kedai or beli.. Semua telah tersedia, tinggal nak buka mulut je..

Hahaha bukan laa pemalas, ad la sikit hahaha : D , tapi kalau kat rumah, rata- rata memang macam tu pun.. Ada baju kotor, puuuiiingg ( Siap ada sound effect) masuk dalam bakul baju, sekarang ni takde la, semua basuh and takde masal nak anta dobi.. Habis duit je.. 

Rindu suasana kampung, kawan2, lepak tiap petang.. Best sangat.. Balik cuti raya hari tu rasa tak puas seminggu.. Ada je program dari pagi sampai laa tengah malam.. Pendek kata rumah jadi tempat salin pakaian.. Rindu juga suasana kampung yang aman damai, hijau mata memandang, jauh dari hiruk-pikuk bandar, tak nampak bangunan tinggi, tapi itulah panorama indah kalau duduk kat kampung.. Tenang dan damai..

Bila malam je, kampung sunyi.. Takde la sangat aktiviti malam.. Kalau ada pun game-game moto rempit.. Tu pun kebanyakan malam minggu dapat dengar.. Nak tengok? Nak join?? Tak sesuai laa.. Dah tua dah tak payah nak merasa jiwa tu terlampau remaja.. Kata orang umur patut ada bini, ada anak dah, tapi bukan la umur senja.. Baru je 23tahun.. Tapi sedar la, kita bukan nya selamanya muda.. Memang semasa remaja ni kene puas enjoy, tapi jaga batas - batas agama.. Ikut jalan yang benar dan jangan sekali ikut jalan yang sempit lagi menyesatkan.. ( ayat macam drama petang-petang, tak boleh blah! ) Hahahaha : D



Tenang je kan.. p/s ni gambar sumber en.google je.. Buakan la gambar aku snap.. Curi je picture nih hahaha.. Insyaallah , kalau ada kelapangan nnti boleh balik kampung, boleh la tangkap gambar and buat entry tentang kampung aku.. Dapat la korang tengok sendiri..


Tapi memang syok woo lepak tepi sawah, time nak senja matahari nak terbenam.. Salah satu moment yang aku paling minat and suasana ketika tu sungguh mengasyikkan.. Ingat dulu masa kecik, suka memancing dekat sawah, masuk dalam sawah, tali air.. Paling best bawak jaring, so hasil lebih banyak.. Ajak ramai orang, jaga jaring and ada orang " godak" parit or tali air tu.. Kompom lekat banyak ikan, sepat la paling femes.. Buat ikan kering sedap tu.. Makan lak ngan nasi panas, sayur apa - apa asal kan masak air, campur pulak telur masin 1/2.. Perrrrrgghhh sedap.. ( tulis entry sambil telan air liur.. sebab lama tak makan macam tu : D  )

Ok la kawan-kawan blogger semua, mintak diri dahulu.. 




Ranking: 5

2 Comment:

  1. huhuhu.. itulah cabaran dalam kehidupan.. all the best ye... kalau nak rezeki murah, kenalah usaha lebih kan kan.. esok dah ada bini, suruh binilah pula.. ahakx... all the best key, dont giv up

    ReplyDelete
  2. hahaha tak boleh suruh2 jugak, kene buat sama2.. nati time pantang pun boleh jaga.. pandai la masak andbuat kerja ruma sebelum pegi keje..: D

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved