Assalamualaikum..
Lebih banyak munculnya blogger yang baru, bagai cendawan tumbuh selepas hujan, salah satu perkembangan yang agak sihat.. Blog di jadikan medium penyampai wacana, dijadikan sumber dalam kehidupan, adakalanya mengundang kegembiraan, kedukaan dan tak lupa juga pada kebencian.. Semua itu ada batas-batasnya.. Itu yang perlu sama-sama kita patuhi..
Beza blogger lelaki dan perempuan ni tidaklah terlampau ketara jurangnya.. Tapi banyak sekarang yang menguasai blogspot lebih kepada blogger wanita.. Nama seperti Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana.. Lelaki juga ada cuma lelaki ini mungkin tidak mempunyai kelebihan yang ada untuk menandingi kemampuan seperti yang ada pada blogger wanita.. Terutama pada rupa kot.. Itu pada pendapat aku sahaja..
Blogger lelaki juga ada yang membangun, ianya lebih pada kuasa SEO, ada sedikit atau aku yang tak nampak lagi sebenarnya itu tak pasti.. Banyak lagi medium yang perlu aku baca, rahsia dalam blogger perlu aku bongkar, untuk sebaris dengan mereka yang berjaya itu memang memerlukan masa.. Ada juga bertanya pada yang mereka yang lebih 'otai '.. Nak tahu kena bertanya, kalau malu bertanya takkan kita tahu.. Tapi seeloknya kita mencuba terlebih dahulu.. Itu juga termasuk dalam proses pembelajaran..
Banyak yang kita akan dapat jika kita banyak buat kajian dan explore dalam blogging ni, tak rugi juga bertanya, mereka akan sudi membantu..
p/s : Majulah Blogger Untuk Malaysia..
perempuan ni kalau cantik senang je naik mcm fatin liyana semua :)
ReplyDeleteBlogger perempuan, ada rupa, senang je naik ;D
ReplyDeleteperlukan usaha yang tinggi,muehehehe blog kau pun apa kurangnya bro :>)
ReplyDelete