Burger Bakar Kampung Terbaik
Assaalamualaikum..
Mungkin agak terlewat untuk aku upkan cerita ni untuk di kongsikan bersama dengan readers semua.. Maaf di atas kelewatan.. Aku teringat apa yang di katakan oleh sahabat blog aku ini " Tak kira berapa lama masa untuk kita ambil untuk sebuah entry, tapi keberkesanannya lebih jelas".. Tak melengahkan masa, jom ikut aku makan Burger Bakar Kampung!!
Ramuan dan rempah yang di gaul bersama isi utama iaitu isi ayam / daging menjadikan patty yang luar biasa dari yang lain.. Namun biarlah menjadi rahsia -ujar pemilik bila kami bertanya apakah formula rahsia itu.. Bila di letakkan ke tempat pemanggang, aroma patty itu mula merebak.. Memang mengasyikkan aroma itu, kami hampir terlupa apakah yang sedang kami buat di situ tempoh hari..
Ujar pemilik lagi " Kami tidak memanggang di atas tempat pemanggang yang biasa di khuatiri patty tersebut tidak masak dengan sempurna, atas alasan itulah kami hanya menggunakkan kuali burger yang biasa ini sahaja, kerana ia akan memasakkan patty dengan kadar yang lebih cepat dan akan menjaga kualiti setiap patty yang di panggang"..
Burger Double Ayam + Double Cheese menjadi pilihan, kerana aku amat menggemari cheese dan ketika kali pertama ia hinggap di mulut aku rasa nya begitu nikmat sekali.. Terasa bagai di awangan, itulah perasaan yang aku ingin gambarkan.. Amat tenang ketika di makan, tambah pula dengan suasana kampung yang indah permai, jauh dari hiruk-pikuk kebisingan di kotaraya.. Sekali sekala deruan bunyi ekzos kenderaan lalu- lalang, sedikit pun tidak mengganggu mood kami untuk menjamu kenikmatan Burger Bakar Kampung ini..
Special Dari Burger Bakar Kampung :
- Menyediakan khidmat "Delivery" untuk kawasan Meru, tidak ada limit, walaupun hanya membeli air.. Charge penghantaran hanya RM1.
- Menjadi MEMBER Burger Bakar Kampung, pendaftaran hanya RM10 sepanjang hayat.. Banyak keistimewaan jika menjadi ahli.. "Beli 4 Burger Bakar F.O.C 1 set burger bakar biasa (Ayam/ daging )
- Menu biasa turut di jual, dan ada juga di datangkan dengan Set burger iaitu Burger + Kentang Goreng + Air (Jika tidak mahu air berkarbonat, juga boleh ditukar untuk ice-blended hanya di tambah RM 1 dari set sahaja..
Walaupun baru sahaja memulakan perniagaan selama 4 bulan, sambutan dari pelanggan amat menggalakkan.. Di katakan hampir setiap hari sibuk dengan pelanggan.. Hinggakan sehari mampu habis 150 patties.. Salah satu perkembangan yang bagus.. Walaupun banyak saingan yang kita tahu banyak timbulnya Burger Bakar yang lain sebelum ini, namun Burger Bakar Kampung pastinya akan menjadi pilihan, kerana penduduk Meru amnya dan kawasan lain tidak perlu keluar ke kota raya seperti Shah Alam, Kuala Lumpur atau lain-lain lagi untuk menikmati Burger Bakar.. Pastinya Burger Bakar Kampung akan menepati citarasa anda semua..
![]() |
Peta lokasi Burger Bakar Kampung |
Hubungi Kami :
En Hafiidh : 010-7731917