Bahana Laman Sosial..

on 8 January 2013






Laman sosial hari ni boleh aku katakan memang seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. Memang la banyak.. Laman sosial di gunakan sebagai penghubung jalan untuk berinteraksi sesama kawan.. Memang banyak sangat yang aku boleh senaraikan apa yang aku tahu dan aku ada guna, facebook, twitter, blog, instagram, foursquare.. Just itu yang aku ada.. Lain-lain belum lagi terfikir untuk sign in.. Internet memang sentiasa berada di hujung jari, semua maklumat akan kita peroleh bila klik sekali.. Internet banyak yang kontra, banyak juga yang pro.. Semua itu terpulang kepada pengguna itu sendiri..

Banyak yang terjadi.. Benda ni seakan-akan tak pelik lagi dah.. Sebelum aku kenal semua ni, aku boleh la di kategorikan sebagai buta IT jugak la, tetapi aku belajar la.. Takkan la selamanya nak berada pada takuk yang sama.. Internet di gunakan sebagai wadiah pembelajaran, idea dan maklumat.. Tetapi ada juga sebagai tempat untuk menghina Islam dan institusi Raja.. Kenapa semua ni harus berlaku?? Memang pelik sangat..

Kerja gila ke?? Heboh la sangat.. Nak populariti dalam jangka masa yang singkat.. Tetapi mesti ke sampai lupa diri? Lupa agama?? Lupa bangsa?? Tepuk dada tanya diri, tanya iman.. Dekat mana kedudukan kita yang sebenar, kita ini hanya menumpang, kesenangan, kemewahan, rupa paras hanya pinjaman, bila kita di kembalikan pada asalnya.. Kita tiada apa-apa, hanya amalan yang kita bawa.. Jangan pula dah terhantuk baru nak terngadah.. Semua yang berlaku ini belum ada tanda perubahan.. Cuma itu yang aku nampak..






Ranking: 5

3 Comment:

  1. skrg smua ada dpn mata..teserah kat manusia tu nak guna cra yg hasilnya baik or tdak..:)

    p/s: lama tak bw..

    ReplyDelete
  2. setuju!!! memang betul tu... pokok pangkal, diri sendiri ni kena disiplin...

    ReplyDelete
  3. jdikanla laman sosial sbgai medium untuk kita beribadah :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved