Entry awal pagi hari ini.. Masih tak dapat tidur, muhasabah diri terus ambil peluang ni tambahkan pahala.. Alhamdulillah hari ini adalah hari memperingati kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W.. Berbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W..
Pesan Nabi Muhammad S.A.W kepada umat akhir zaman :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : Telah manasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan kami menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasullullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : Aku berwasiat akan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisiahan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al- Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahu kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"- Sumber di petik daripada http://www.e-ulama.org/Hadis/Default.asp?mode=0&ID=55
alhamduulilah..salam maulidur rasul..semoga hdup kita mndpt rahmat di yg maha esa..:D..bykkn selawat..
ReplyDeleteSALAM maulidur rasul
ReplyDeletesalam maulidur rasul..jangan lupe sentiasa berselawat ke atas nabi
ReplyDelete