Sorry lambat sikit nak mulakan review, ada kerja sedikit tadi.. Ni alhamdulillah, dengan lafaz bismillah aku nak mulakan review blogger yang bertuah di sebabkan kepantasan nya mengkomen dalam blog aku yang tak seberapa ini.. Jutaan terima kasih, kepada 5 orang blogger ini.. Mereka antara yang terpantas, walhal cuma review blog je.. Dan aku akan bagi komen pro dan sebaliknya.. Maaf jika ada tersinggung perasaan, cuma
pada aku.. Kita perlukan anjakan paradigma untuk berubah.. Dan paling aku inginkan kita sama-sama naik.. Kita berblogger ni tanpa rasa jemu, sentiasa bersemangat.. Dan paling penting kita yakin dan rajin..
Blogger pertama yang bertuah :
![]() |
http://www.ainizakaria.my |
- Kalau tak silap Aini ni pernah buat segmen.. Wan masuk segmen tu, memang bertambah followers wan lepas join segmen Aini..
- Blog kemas gila, serius tengah jelesssssss ni.. Hehe :D Simple but nice.. Header ala-ala pasangan romantis , serius comel.. Dan paling suka tentang blog ni adalah tagline empunya blog ini " Jatuh itu sakit, tapi bangun itu perlu ".. Cukp dengan kiasan dan makna yang tersirat..
- Blog yang sangat tersusun dari segi kekemasan, reka letak, dan susunan pada sidebar..
- Blogger ini juga rajin membuat tutorial dan freebies.. Kekadang dulu wan sebelum tukar templete SEO ni wan selalu rujuk bila wan nak ubah coding blog..
- " Hikmah di sebalik ujian" tajuk blog Aini.. Cukup mendalam.. Dan wan harap segala dugaan di tempuhi dengan sabar..
- Jom terjah blogger Aini Zakaria..
Blogger kedua yang bertuah :
![]() |
http://www.ieta.my |
- Blogger ini terpilih kerana telah menjadi orang kedua yang komen dalam entry sebelum ni.. Blog sweet pinky gitu.. Susunan kemas cuma perlu header kalau di tukar pun bertambah kemas..
- Saya suka dengan tagline blog akak " Blogku dunia penulisanku,menulis untuk kepuasan diri,dan berkongsi pendapat dan cerita" menarik kan kata-kata di atas..
- Blogger yang rajin menjoinkan diri dengan pelbagai contest, segmen.. Itu satu contoh sikap yang patut kita contohi bersama..
- Font, jenis font kemas dan reka letak dalam blog juga kemas.. Seprti yang saya cakap kan tadi, jika header akak ditukar, tentu lebih kemas.. Akak boleh je cari blogger lain untuk buatkan header, di samping tu dapat juga membantu menjana pendapatan diorang..
- Yang penting jangan patah semangat untuk berubah - wan komen untuk entry akak " Saya tak hebat".. Semua blogger yang dah retiss2 ni bermula macam kita.. Wan juga baru 6bulan berblogger, wan nak kita sama-sama naik.. :)
- Jom terjah blog Ieta ..
Blogger yang ketiga bertuah :
![]() |
http://vaneelea.blogspot.com |
- Kalau tak silap semalam Vee pun ada try untuk dapat review dari Wan kan?? Cuma nasib tak menyebelahi Vee je.. Hehe apa pun Vee terpilih hari ni, tahniah ye..
- Blogger dari Sarawak ni, baru sahaja wan kenal melalui segmen Apit.. Blogger ini memilih mengunakan simple templete tapi kemas..
- Susun atur dalam blog Vee ni pada pandangan Wan masih lagi boleh di perbaikki.. Mungkin hit percuma dari @ Gua Blog itu lebih elok di letakkan di bahagian footer blog..
- Font, dan jenis font juga sesuai..
- Blogger baru ni, bagus teruskan usaha yep! Rajin lagi Vee join segmen dan cari tutorial untuk perbaikki blog Vee.. Terima kasih sebab join segmen Wan ni..
- Jom terjah Vee Lea..
Blogger keempat yang terpilih :
![]() |
http://supermonitor99.blogspot.com/ |
- Blogger ini semalam pun mencuba untuk Wan review blog.. Tapi cuma agak lewat sedikit semalam.. Dan hari ni adik bertuah ye.. Tahniah!
- Blog adik ni ok, guna blog skin memang nampak kemas.. Tapi adik kena juga letak widget follower juga.. Sebab Wan pernah terkena sebab Wan juga pengguna blogskin dalam seminggu juga la.. Adik cari tutorial ye untuk tambahkan widget tu.. Sebab agak sukar juga untuk bermain coding blogskin walaupun code nya simple dan mudah tapi berhati-hati..
- Blogskin ni memang dah kemas, cantik dan adik cuma mencorakkan lagi je.. Semoga cepat sembuh ye, sian demam tak larat pergi sekolah :D
- Jom terjah blogger Farhan Irfan..
Blogger terakhir yang berjaya menempatkan diri dalam segmen ini :
![]() |
http://neenaamanee.blogspot.com/ |
- Tahniah Nina, anda orang yang terakhir yang berjaya komen dalam entry Wan tadi..
- Blog Nina ni cantik, kemas.. Wan sangat tertarik dengan background blog Nina, cantik gila.. Hehehe..
- Susun atur, reka letak blog Nina ni sangat kemas, errr ni simple templete kan?? Macam denim pun ada..
- Blog Nina serius tak berat, kalah blog wan ni.. Apa rahsianya?? Hehe kongsi lah buat tutorial.. Wan pun sambil belajar..
- Font, jenis font yang Nina pakai sesuai, header Wan tengok cantik tapi kurang paham apa ayat dalam header tu.. Mata Wan ni dah 4 tapi still rabun lagi tak tahu silap tang mana..
- Background post Nina pun cantik.. Serupa macam blog wan dulu..
- Keseluruhan blog ni memang kemas..
- Jom terjah Blogger Nina..
********************************************************************************************************
Tamat sudah untuk review blog hari ini.. Ada blogger tadi request suruh buat 10 blogger yang kena review.. Insyaallah kalau ada kesempatan masa nanti boleh la.. Segala teguran wan jangan amik hati, kalau ada terkasar bahasa dalam entry ini wan hulurkan sepuluh jari memohon maaf.. <---- amik mood hari raya tahun lepas :D
p/s : Maaf lambat sebab internet macam siput tadi dan ada kerja..