" Syaitan tanya, kalau semua benda ada Pencipta, siapa cipta Allah? "
Luah Imtisal dalam keberatan. Tangannya kelehitan terketar-ketar sebaik sahaja menuturkan pertanyaan itu.
" Sal, segeralah beristighfar kemudian meludah ke kiri tiga kali "
Pinta Asiah Yusra mengikut ajaran sunnah.
" Ok, katakanlah Allah itu ada Pencipta iaitu Tuhan A.
Tuhan A itu pun ada Pencipta iaitu Tuhan B.
Tuhan B pula ada Pencipta iaitu Tuhan C.
Dan seterusnya sampai Tuhan Y dicipta oleh Tuhan Z.
Sampai kat situ, siapa cipta Tuhan Z?
Persoalan ini takkan habis!
Tak logik dek akal pun.
Maha Suci Allah daripada mempunyai Pencipta.
Tiada sesiapa yang menciptakan-Nya.
Dialah awal dan akhir, sedia kala dan kekal.
Dia tak sama dengan makhluk! Dia tak sama! "
***
" Kalaulah setiap Tuhan ada Pencipta, berapa ramai Tuhan yang kita ada?
Tentu huru hara alam ni jadinya sebab ditadbir oleh ramai Tuhan.
Malah kepercayaan Tuhan ramai ni sama dengan kepercayaan orang Hindu.
Kalau kita faham macam tu, maknanya kita setuju dengan agama Hindu.
Tuhan mereka berpuluh ribu. Tak logik! "
" Mesti ada sesuatu kuasa yang zat-Nya tiada Pencipta kerana Dialah yang mencipta semua yang ada.
Dia pasti wujud, sedia kala, kekal, Dia lain daripada yang lain, berdiri sendiri, tiada awal dan akhir, Maha Melihat, Maha Mendengar dan dah tentu zat-Nya mempunyai sifat-sifat yang tak sama dengan makhluk.
Sifat yang layak bagi Pencipta dan Pentadbir alam maya ini tentu sifat-sifat yang luar biasa dan tak mampu ditangkap oleh pancaindera.
Fitrah manusia sendiri mengakui kebenaran ini ".
" Dia tak perlu pada yang lain.
Semua yang lain perlu dan hajat pada-Nya.
Ingat, Dia tak sama dengan makhluk.
Dia tak sama!
Kalau kita anggap Dia ada Pencipta bermakna Dia sama dengan makhluk.
Mustahil Pencipta sama dengan makhluk.
Dia tak sama! ".
.: Dipetik daripada Novel Tautan Hati :.
**********************************************************************************************************
IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu.
Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing.
Antara tugas syaitan ialah:
1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit.
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)
2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.
“Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:268)
3. Menyesatkan manusia. “Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (an-Nisa’:60)
4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. “Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi…” (al-Maidah:91)
5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. “…dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?” (al-Maidah: 91)
6. Mencari calon penghuni neraka. “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka.” (Fathir:6)
7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!” (Yasin: 60)
8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia.
“Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia.” (an-Nas: 4-6)
Kita hanya mampu berusaha untuk mengelak dari dengar apa yang di bisikan oleh syaitan, bagi diri aku kisah silam yang telah terjadi telah membuatkan aku sedar.. Yang bahawa, tiada apa yang kita akan dapat jika kita terpedaya dengan hasutan syaitan, kerana syaitan dan iblis akan terus menyesatkan kita sehingga hari Kiamat kelak..
sentiasa dekatkan diri kepada Allah..moga2 kita dijauhkan daripada bisiskan syaitan yang boleh menyesatkan
ReplyDeletesentiasa mungucap 2 kalimah syahadah . doa smoga kita dimantapkan keimanan agar x mudah goyah.
ReplyDeletesentiasa usaha utk mendekatkan diri dgn Allah SWT... moga kita semua tidak mudah alpa.
ReplyDeletetakutkan Allah, syaitan hanya memperdaya, dengar bisikannya, maka longlailah kita
ReplyDelete