Fenomena yang baru saja aku dapat tahu.. Aikk?? Benda ni bukan dah lama ke?? Hehe sebelum ni memang serius aku tak tahu, tetiba tengah leka ber'facebook' ternampak pula satu page yang agak memeranjatkan aku.. Cari Jodoh Online..
** Tolong abaikan background pink tu ye.. Hahaha mood jambuu gitu.. Ahaks!
Tak kata pun perkembangan macam ni tak bagus.. Yela sesuatu percubaan yang agak baik.. Bagi yang belum menemui jodoh.. Bukan macam dulu, yang si laki mengurat si wanita di bus stop je.. Berbekalkan baju kemeja lengan lipat sikit, berseluar yankee, berkasut kulit, rambut sisir belakang, ada pencungkil gigi dekat mulut.. Siul sekali untuk mengayat si wanita.. Tapi dunia banyak berubah, ada banyak dah rakan aku yang menemui jodoh dalam online ni..
Jodoh menerusi internet adalah nikmat untuk manusia akhir zaman - UAI
Memang sesuatu nikmat, tetapi itu semua atas niat kita.. Sama ada untuk pilh jalan yang benar, atau jalan yang salah.. Sememangnya di dalam dilema, umur makin meningkat, tetapi tiada jodoh.. Hehe pun sekarang ada mengalami perasaan macam tu.. Sering kali membaca entry-entry yang di buat oleh Cik Lyeen memang best, yela siapa takna kahwin muda.. Tapi aku fikirkan tanggungjawab.. Amat menarik jika aku kongsikan bersama dengan korang.. Kan??
Jangan ingat kahwin tu fikir sedap je, bila sudah akad nikah tu bila saksi cakap dah sah.. "Bereh doh, malam ni sedap" tapi sah tu sebenarnya shortform dari perkataan susah.. Mana tak susahnya, budak-budak colour pensil Luna ada 12 jenis cuma RM4.90, tetapi bini kita nanti 24 jenis bagi RM200 baki 20sen je..
Nampok?? Bukan mudah sebenarnya untuk menjadikan tanggungjawab itu.. Tetapi sebenarnya aku dan lelaki lain yang masih berstatus bujang" tratantang " ni akan melalui benda ni juga.. Bersedia lah.. :D