Selamat pagi semua! Ahaks saja je nak bersengkang mata, sambil mengadap blog yang lama berhabuk ni.. Sibuk pulak dah cari tutorial nak kemaskan sidebar.. Rasa nak buat cute tab menu dekat sidebar.. Tapi bila try buat memang tak menjadi, rasanya aku belum mahir lagi untuk bermain dengan code ni.. Wahhh terasa bengong pulak.. Haha tapi akan aku usahakan, taknak lah selamanya ZERO kan?? Belajar apa yang kita tak tahu, merupakan cabang ilmu.. Chayok-chayok!
Tapi bukan pasal code blog yang aku nak share kat hampa semua.. Saja je intro bagi pemanis mulut.. Hehe kawan aku cakap " Untung lah kau pandai memutar kata, jangan jadi senget macam kau dah la Wan.. Haha buat yang dah kenal dengan aku, memang aku ni " gila-gila" , tapi bukan gila.. Jangan pulak report Hospital Bahagia, tak payah masuk hospital tu pun aku rasa dah cukup bahagia dah.. Hehe..
Ape ni?? Pen ke?? Haha bukan lah.. Ini lah rokok elektronik.. Wah kat sini aku dah tengok ramai sangat dah guna.. Apa eh rasanya?? Haha malas nak smoking balik, susah payah je aku berhenti membeli.. Kekadang ada juga aku curi-curi.. Tapi dah takde rasa apa dah.. Bahaya wooo smoking, aku kalau dapat undurkan masa ke waktu dulu, taknak la belajar.. Lepas form6 dulu baru start, kat sekolah terjal aku tak la merokok.. Tangkap budak merokok ada lah, sebab aku dulu kan pengawas.. Tapi pemalas! Hahaha..
Dengar kata, kandungan perisa rokok elektronik ni selamat di gunakan.. Dan ada bermacam-macam perisa.. Ececeh dah macam shi-sha la pulekk.. Abg Ipar aku isap Red Bull, nasib baik wangi.. Kalau tak sila keluar dari kedai untuk smoking.. Walau dia bos aku.. Haha gila tak gila kan aku?? Meh skodeng apa yang terkandung dalam rokok dan perisanya..
Haa amik kaww! Bersusun perisa yang ada.. Dengar kata boleh buat sendiri perisa ni.. Tetapi sejauh mana kepastian ni aku tak boleh buktikan lagi, hanya aku dengar dari mulut ke mulut je.. Kementerian Kesihatan pun telah meluluskan.. So tak boleh kata apa.. Bagi yang nak berhenti tu bagus , pada aku ni juga salah satu permulaan pada yang nak berhenti merokok..
Janganlah jangan cuba mencuba,
Hatta hisap walaupun sekali,
Jika hendak terpulanglah jua,
Tepuk dada tanyalah hati.
macam shisha je ni.. tpi shisha kecik.. elok ke x, xyah la... better jgncuba pape, bebas dari merokok.. eh, t bagi tips camne nak berhenti merokok.. sbb sy tengah guide tunang sy ni... xmo dia hisap rokok, ayah sy xsuka.. huaaaa
ReplyDeletelagi better xyh merokok..xde membazir duit..hrga pun dh naik 20 sen..
ReplyDeletexsuka lelaki merokok !!
ReplyDelete