Di Kala Malam Menjelma..

on 16 January 2013


Ikhsan google
Assalamualaikum..
Jam sekarang menunjukkan 1 pagi.. Aku masih mengadap laptop sementara menunggu habis download segala driver untuk siapkan esok punya kerja.. Kalau la external harddisk tak rosak hari tu, kerja aku tentu mudah sebab sebelum mula kan kerja format aku terlebih dulu akan backup segala driver yang ada.. Ni habis data dalam external harddisk tu di sebabkan virus-virus benci ni.. Adeh setahun dah aku kumpul driver tu, tapi musnah dengan sekelip mata.. Line tenet pulak macam siput, nak hape pun tak boleh, nasib baik pakai IDM.. So tak lah terasa sangat.. Namun bukan itu yang aku nak cerita..

Dikala malam menjelma, ada perasaan yang pasti semua orang pernah melaluinya.. Bukan nak cakap kosong, tetapi pasti setiap orang pernah mengalami peristiwa seram dan menakutkan kita.. Benda ni masih lagi segar dalam ingatan.. Tatkala aku teringat, sampai nak pergi toilet pun berteman pada mulanya.. So pada yang malas bangun tu boleh la cari tangkal kencing malam.. Haha..

Hampir sebulan yang lalu, sedang aku syok 'melayan' cerita seram.. Aku tak hingat la tajuknya apa sebab cerita Thailand.. Aku tengok sorang di sebabkan anak buah aku dah tidur.. Bukan tidur betul, aku tahu dia seorang yang penakut.. Tengah dok layan, aku suruh dia ke dapur untuk buat air milo.. Masa tuh dah hampir pukul 3am, malam Jumaat pulak tuh.. Dia pun pergi, dan membawa bersama headphone aku untuk layan lagu untuk hilangkan rasa takut..

Then, siap pun milo panas untuk buat aku mengantuk lepas layan movie seram ni, tetiba anak buah aku pun berada di sebelah aku untuk menonton sama.. Dia bertanya " seram ke?? Aku dengan selamba tenuk pun menjawab" Ehh tak lah seram, macam Hantu Kak Limah je " ..Dia pula membalas dengan muncung hidungnya yang boleh sangkut hanger baju satu dozen.. Comel la sangat!! Haha dia bertanya, mana Cik Wan letak air milo tadi, aku pun jawab, ada tu atas meja.. Ambiklah tapi minum ingat Cik Wan.. Dia pun beredar meninggalkan aku untuk pergi mendapatkan air milo tersebut..
Cak!! Hahaha.. Tapi menda ni tak de kaitan pun dengan aku punya cerita.. Ok besambung.. Dalam keadaan yang samar-samar, dia pun meraba-raba atas meja.. Dah dapat cawan air Milo tu dia semacam terpandang sesuatu arah.. Aku perasan dia apesal la budak ni berdiri lama kat situ.. Aku pun bertanya, apesal dengan kau ni?? Dia terpaku dan melepaskan air Milo tu, lalu berderai lah pecah cawan itu.. Aku pun terkejut.. Kau nampak ape?? tu..tuu..tuuu.. Aku pun ternampak sekali, tetapi kenapa 'benda tu ' berjalan pula.. Aku pun memberanikan diri untuk hidupkan elektrik tu.. Terkezut dan terpanah seperti terkena elektrik bervoltan tinggi, aku nampak kucing aku je.. Haha rupanya lembaga yang di takutkan sangat tu kucing.. Anak buah aku pun menjerit sakan umpama menang lumba lari dalam guni akibat terasa diri di perbodohkan.. 

Haha moral cerita ni, jangan lah ada perasaan takut sangat dan jangan terlampau cakap besar.. Tapi kalau betul-betul ada, tak cukup tanah aku nak lari.. Tetapi best juga ada benda yang horror funny ni.. Buat aku gelak bila aku pandang Tom ( kucing ) aku.. Dia memang hitam, masa kecik dia suka kejar bateri eveready tu.. Dah la dia tu maskot tambahan.. Tapi kenapa entah aku panggil Tom, padahal bukan ada hubungkait dengan bateri tu pun.. 



Ranking: 5

6 Comment:

  1. adeh.. baru nak cuak, kucing rupanya :D

    ReplyDelete
  2. hahahah lawak la anak buah irwan.... >.<.. tapi kalau kita takut, pikir mcm2, byg2 pokok pun kita rasa macam hantu.. >.<

    ReplyDelete
  3. hahahahaha..sekali kucing daaa..hehehehe

    ReplyDelete
  4. selalu gak tengok cite2 seram.. pas tu mulalah penakut sebulan huhu

    ReplyDelete
  5. miow miow miow! Haha xD aii tak boleh tengok cerita seram seram ni , jenis yang suka bayang pelik2 bila nak tidur tu , alahai

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved