Hambooiii bang!! Jangan buat macam tu ye.. Kesian kau kena gelak :D |
Ragam manusia sememang nya berbeza, sebab orang dulu ada mengatakan "lain padang, lain belalang.. Rambut sama hitam,tapi hati lain-lain.. Perumpamaan yang agak ringkas namun mempunyai maksud yang cukup tersirat.. Berbincang pasal mulut ni, banyak lah boleh boleh di kategorikan.. Ringan mulut, buah mulut.. Namun sekarang, ada pulak timpul kategori mulut yang super awesome!!!.. Contohnya mulut longkang, dan ada yang lagi dasyat aku baru terdengar, mulut loji kumbahan?? Haha pelik la juga..
Ringan Mulut : Boleh juga aku di klafikasikan sebagai orang yang banyak bercakap, peramah.. Jenis macam ni bagus la.. Kita pun jadi tak segan nak bertanya.. Bila mintak tunjuk arah, wah dari A-Z cerita.. Tapi bagus juga.. Sebab orang peramah ni sebenarnya mudah di dekati.. Walaupun banyak cakap, ada kalanya sampai orang bosan.. Dah lagi tadi tak berhenti.. Ringan mulut sangat adakalanya di caci?? Hurmm ada pulak jenis macam ni.. Alahaaaiii saborr je lah..
Buah Mulut : Benda yang di jadikan percakapan orang.. Contoh isu-isu politik negara sibuk di bincangkan di Dewan Parlimen, kalau di kampung ianya turut di bincangkan di meja bulat Kedai Pak Harun , cerita kedai kopi je.. Yang bergosip-gosip tu masa tengah rewang.. Tak semestinya Melodi je boleh bergosip.. Orang kita lagi pandai benda-benda macam ni..
Mulut Longkang : Adakah di sebabkan eksiden lalu jatuh ke dalam longkang?? Adakah di sebab kan tak gosaok gigi?? Dan berbau segar kala pagi hari?? Hehe ewwww geli.. Hehe.. Tapi pada pendapat aku pula mungkin mulut longkang ni sama je dengan Mulut Loji Kumbahan tu sebab keduanya busuk.. Bukan busuk betul-betul pun cuma agaknya mulut jahat kot..
Apa pun tiada dulu, maka tiada lah sekarang.. Kan?? Kalau setuju kasi kepala turun satu kali boleh?? Hehe selamat berhujung minggu dan berbahagia dengan orang yang tersayang.. Adios!
betul tu..tiada perumaan dulu, tak dapat la kita pakai sekarang..
ReplyDeletemulut longkang di antara perumpaan yang paling famous -,- !
ReplyDelete