Aku Memang Tengah Gian..

on 13 January 2013



Hye!! Assalamualaikum.. Entry kedua buat hari ni.. Memandangkan kerja pun dah setel, boleh juga blogwalking dan tetiba je entry datang..  Kuat mengular aku ni.. Kat tempat keje, ada bos aku selamba badak online, haha tak risau pun sebab takda nya surat terminated or notis berhenti 24jam.. Ahaks! Semenjak tukar templete ni lain macam je rasa.. Suci dalam debu pun ada.. Hahaha apa lah merepek sangat.. Mata rabak, selalu tak cukup tidur.. Bangun pulak pagi.. Terus pergi keje.. Pastu balik lelewat malam, memang lah tak cukup tidur.. Ada juga spesis burung hantu ni lagi..


Oleh yang demikian, aku terpaksa menggiankan sesuatu ini untuk aku hilangkan ngantuk.. Adeh tak dapat banyak pun sikit jadi la bro.. Dapat kena mata aku baru boleh segar-bugar.. Kalau tak kena mata pun jadi berat.. Kerja pun susah.. Tapi aku takut bila dah gian benda ni ada datangkan kesan buruk pada aku.. Adeh, sejak bila aku terlibat dengan kancah tidak bermoral ?? Bahaya .. Tak kena tangkap ke?


Laaa, apa yang nak di takutkan.. Aku bukan gian dadah, pil kuda mahupun air ketum.. Aku cuma giankan kafien je.. Bertin-tin aku minum sehari ni.. Dari pagi sampai la ni, dah 3 tin aku minum nescafe original.. Yang lain aku ni kurang sikit.. Dulu latte, tetiba pulak kembali ke asal.. Semenjak dua menjak kurang merokok ni, keinginan aku terhadap nescafe ni bertambah.. Kekadang sampai nak makan pun tak jadi di sebabkan dah kekenyangan minum nescafe.. Kang nak tidur memang la payah, dan-dan la baru nak buat milo ataupun beli HL.. Aku ni bukan jenis tenusu.. Tak hadam aku kalu minum Dutch Lady tu, tak tahu kenapa.. Walaupun dia tulis susu segar ke, apa ke.. Tetap minum HL jugak.. Padahal dulu aku tak pandai minum,semenjak kerja 7E dulu memang selalu sangat dapat free dari pembekal.. Dia bagi green light untuk minum 4hari sebelum expired.. Ha tu lah peristiwa bagaimana aku jadi 'hantu' HL ni..


Kebaikan Kafein:
1. Membantu meningkatkan daya pemikiran dan tumpuan
2. Mecegah gigi berlubang: Kafain dalam minuman mempunyai kekuatan untuk memusnahkan bakteria yang menyebabkan gigi berlubang.
3. Membantu meringankan sakit kepala: berdasarkan pada jumlah tertentu
4. Membantu seseorang yang sukar bernafas kerana lelah atau asma
5. Menghalang radikal bebas serta menghancurkan molekul yang dapat merosakkan sel DNA
6. Mengurangkan risiko osteoporosis
7. Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
8. Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit Parkinson, 25% kurang risiko mendapat barah usus dan 80%kurang risiko mendapat kerosakan hati.
9. Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih, meransang aktiviti otot dan dapat meningkatkan keupayaan seorang athelit
10. Kajian di Brazil, mendapati bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan, menyebabkan lebih aktif dan mudah menerima pelajaran.

Keburukan Kafein berlebihan:
1. Memberikan ransangan kepada hormon Adrenalin yang menimbulkan gejala2 seperti denyutan jantung menjadi pantas, tekanan darah tinggi meningkat dan menyebabkan otot menjadi lemah.
2. Insomnia, Anemia dan menjadikan sel kulit kering
3. Kafein dikalangan ibu mengandung menyebabkan baby kurang berat badan. memperlambatkan pertumbuhan janin.
4. Menyebabkan penyeluaran air secara berlebihan dalam badan.
5. Menyebarkan penghasilan melatonin pada otak : fungsi tubuh badan diatur oleh melatonin
6. Kafein akan menakluki enzim fosfodieterase yang digunakandalam pembentukan memori dan akhirnye menyebabkan kehilangan memori
7. Mempengaruhi fungsi normal otak bagi kanak2 dan menyebabkan kanak2 kurang daya ingatan.

Sumber : http://travelyuks.blogspot.com/2012/04/kebaikan-dan-keburukan-kafein-dalam.html





Ranking: 5

7 Comment:

  1. kalau mengantuk hana suka minum air yang masam2 mcm oren ke livita ke.. minuman kafein xminum.. pahit

    ReplyDelete
  2. kafien mmg best minum time buat assignment..ahahha..tp xleh amal slalu taw abg wan..

    ReplyDelete
  3. better minum air kosong..hehee..awat blog dah lain..knpe tukr..

    ReplyDelete
  4. Nad, supaya mesra dengan SEO :)

    ReplyDelete
  5. anything in the world have their own pros and cons. so, control the quantity we take to make sure it's balance with our body. :) take care! anyway, referring to my latest entry, we need to be careful more for our safety :)

    *latest entry:
    http://cxopportunities.blogspot.com/2013/01/perhatian-nopin-card-atm.html

    ReplyDelete
  6. mula2 tajuk utama tu lisa dah fikir mende lain, hahaha xD nescafe rupanya, hikhik

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved