header-irwanalessatyme-
Showing posts with label Jiwang. Show all posts
Showing posts with label Jiwang. Show all posts

Kenapa?? Mengapa?

on 20 January 2013


Assalamualaikum..


937072

Selamat berhujung minggu buat semua.. Sebenarnya aku dah tak tahu nak buat tajuk apa, haha pakai bedal je kan aku ni.. Ish entah apa-apa.. Patut lah pageviews semakin berkurang.. Bukan nya robot yang bijak untuk kekalkan pageviews ni.. Semalam aku lupa ping entry aku.. Hehe kenapa entah..


Ini ada benda aku nak kongsikan bersama korang.. Apa perasaan anda bila tahu cinta anda di khianati? Bila kita busy kerja pasangan kita selalu je text org lain.. Bila date pun selalu je text depan mata kita, seharian tak boleh lekang la handphone tu dekat tangannya.. Ini merupakan kisah kawan kepada kawan aku, dia juga berhajat sangat nak tengok kisah dia ni masuk dalam blog aku.. Wahh kelasss kau, aku pun bukan takde medium cerita, cuma aku ni taknak lah menghampakan kawan aku ni..


************************************************************************************************************

A ni merupakan kawan aku, dia bekerja di sebuah pasaraya yang terkemuka di Bandaraya Johor Bharu, hari-hari sangat sibuk dan semacam tak sedar A ni menghampakan awek @ bakal tunangnya iaitu B.. Hari-hari kerja, sibuk kemain sampai menghirau kan B.. B ajak jumpa ada je alasan, B call cakap tengah kerja la, bila malam B telefon lansung tak berjawab sebab A dah tidur lena akibat kepenatan bekerja..

A tak menunjukkan apa-apa tanda untuk berubah sikap, namun B masih lagi sabar dan tidak menunjukkan apa-apa respon untuk berubah.. Namun semakin lama semakin A hilang tanggung jawab, semakin A lupakan peranan nya.. B pelik seolah-olah dirinya seakan tak wujud, semacam dirinya tidak di hargai.. B mula berubah dari hari ke hari..

A hairan, selalu bangun pagi sebelum subuh mesti ada sekurangnya 4 panggilan, namun satu pun tak pernah berjawab.. A hairan bila nak pergi kerja saja ada msg/whatsapps dari B yang menyatakan "Abg hati-hati pergi keje, baby sayang Abang".. Tapi kenapa hari ini B tak macam selalu?? Mengapa?? A mengambil keputusan untuk berjumpa dengan A.. Melalui perbualan telefon " Hello, baby.. Abg nak jumpa baby masa abg break nanti boleh?? Abg jemput rumah ye??  " Abg takde kerja ke?? Takpe lah baby boleh faham dan baby dah biasa sorang-sorang"  " Abg break ni, nanti kawan abg cover kejap.. Please penting ni.."   " Ok, datang nanti lepas zohor, ambil baby dekat rumah..

Tepat pada masa yang di janjikan A ni mengambil B di rumahnya dan keluar bersama.. A hairan dalam perjalanan B leka bermain handphone nya.. Sepatah pun mereka tidak bercakap, B asyik ketawa bila baca mesej.. A pelik, dengan siapa B mesej.. Hendak saja memberhentikan kereta nya yang di pandu itu ke tepi jalan, tapi A fikir panjang dan tidak membuat keputusan yang melulu.. A menahan sabar.. Telah sampai di sebuah taman, yang di mana di taman itulah menjadi titik permulaan bibit perkenalan antara mereka.. " Baby ingat lagi tempat ini?? B senyap tanpa bersuara, dan terus menekan keypad Blackberry nya itu.. Ketawa setelah baca mesej.. A terus bertanya lagi " Baby text sapa tu?? Dari tadi abg tengok tak berhenti-henti.. Lepas tu baby ketawa sesorang.. "Abg kisah ke?? Selama ni abg ada kisahkan baby ke?? Makan minum baby, sihat tidak baby ada abg ambil tahu?? Abg tahu kerja.. kerja.. kerja.. Ada abg ambil kisah?? " Tapi abg buat untuk kita, bulan depan kita nak tunang dah, jangan macam ni.. Mak abg dah sibuk buat persiapan dah.. Babyyy..

B hanya mampu menahan air mata tatkala A sememangnya romentik dan pandai memujuk.. B mengalah dan ceritakan perkara yang sebenar.. B bukan mesej dengan sapa-sapa pun.. B cuma chat dengan simsimi je.. B tak pernah curang, B cuma nak kawan berhibur saja.. A hanya mampu berdiam, dia tahu dia sudah abaikan tanggungjawab dia.. Lalu hubungan mereka bertambah baik.. A pun berubah, selalu sangat call, mesej.. Time break mesti makan sama-sama.. Dan sekarang mereka sudah pun bertunang dan mengikat tali pertunangan selama 6 bulan..

Tahniah, maafkan aku tak dapat menghadiri majlis tunang tu, dan maaf aku mereka-reka perbualan tu, tetapi masih lagi hubung kait dengan apa yang kau ceritakan malam tadi kan???.. Alahai ketawa besar aku, rupanya kawan aku hanya jeles dengan simsimi je.. Hahaha..

.com/

Marah Bukan Sifat Ku..

on 18 January 2013


Assalamualaikum..
Haii, baru sempat nak meng'online'kan diri dalm blog ni.. Hamboi teruk beno penggunaan bahasa kau ni kan?? hahaha namun korang jangan risau aku cemerlang dalam bahasa.. Ecece cuma english la agak terbelit lidak nak cakap, yelah orang jawa but Im proud to be Javanese.. Hahaha.. Adeh dah tengah malam baru dan nak type entry?? buat apa?? Biasa la, kerja banyak hari ni di samping faktor internet yang menjadi masalah pada aku ni.. Tapi apa boleh buat, ni la untung nya duduk dekat Bukit Beruntung ni..

mata+ke+atas+tangan+ke+dada%255B1%255D
Ikhsan Google

Marah bukan sifatku.. Bukan aku sesaja ambil tajuk lagu New Boyz ok?? Namun aku juga menggunakan style rambut Tomok dari form 1- form 3.. Ahaks! Belah tengah lagi..  Tapi lagu tu juga kerap aku nyanyi bila aku di landa kerinduan pada ehem ehem yang dulu.. Heheh sekarang nak berjiwang macam tu?? Haha dah tak sesuai sangat.. Umur pun dah 24tahun dah..

Mahatma Gandhi pernah berkata " Apabila anda benar, anda tidak perlu marah, apabila anda salah anda tak boleh marah..

Kesabaran ada batas nya.. Adakalanya kita boleh bersabar bila sesuatu dugaan yang menimpa.. Aku sememang nya sabar orang nya.. Tetapi jangan memaksa aku untuk aku hilang sabar.. Sebab aku paling benci orang tikam belakang, depan cakap lain belakang cakap lain.. Talam dua muka..

Apa pun sememang nya marah bukan sifat ku.. Biar aku berdiam diri, aku takkan bersuara.. Biar apa orang nak lakukan apa, terpulang.. Tetapi jangan disangkakan langit akan selalunya cerah.. Jangan terlalu berharap..

Aku masih mampu tersenyum,walau hati terluka,mungkin hari ini duka untuk aku,esok belum tentu..

Cuba Cakap Dengan Aku??

on 14 January 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Uhuk2x! Akibat jerit semalam tengok bola + karaoke = serak! tak tahu rumus mana yang aku gunakan ni.. Hehe tapi tu lah kenyataan, memang tersangat lah perit.. Sampai sekarang takde suara nak bercakap, pehh siksa sangat.. Takde pulak nak beli asam jawa extra untuk buat air tuh.. Nak beli ubat batuk takut gian pulak..

curang1

"Wanita manakah, sanggup berkongsikan kasih.. Walau madu bagiku, tapi hempedu bagimu" di ambil dari lirik Pahit akan manis jua akhirnya (UK'S) yang juga merupakan favorite list karaoke aku.. Cuba cakap dengan  aku siapa je sanggup berkongsi kasih.. Aku bukan lah seorang jejaka yang playboy.. Tetapi di setiap relationship yang aku buat, aku berani mati untuk mempertaruhkan kesetiaan.. Bukan aku sanggup bunuh diri, cuma bab kesetiaan itu aku akan pegang kuat.. Sebab aku tahu, kesetiaan salah satu tunjang dalam setiap perhubungan..

Jarak jauh, bukan lah antara pemisah.. Jauh tidak akan menjadi seba dan alasan bagi seseorang itu melupakan temannya.. Aku bukan lah pernah bercinta jarak jauh ni, belum pernah ada pengalaman lagi.. Tetapi bukan senang kita untuk 'memadukan' pasangan kita.. Dalam keadaan sedar, cuba di fikir kan.. Hidup kita ini sentiasa di berikan pelbagai pilihan.. Itu lah sebenarnya rencah dalam kehidupan.. Mungkin hari ini berlainan dengan semalam, sentiasa tidak sama.. Apa yang kita lalui ini, kadangkala hidup ini membuat kita jatuh tersungkur.. Ada yang membuat kita sampai tidak boleh bangun semula.. Pelukan kekuatan untuk terus bangun.. Kita bukan senasib, ada yang bernasib malang, ada yang bertuah.. Tapi pada mereka yang bersemangat kental, mereka akan pasti bangkit untuk menebus kesilapan yang lalu.. Kerana apa yang terjadi hidup ini mesti di teruskan..




 
© Blog CCK All Rights Reserved