Blogger Otai dan Blogger Newbie

on 2 May 2013

Assalamualaikum..

Semasa memulakan blog ini dahulu, banyak kecelaruan yang timbul?? Sejauh mana aku boleh pergi?? Dan sampai bila aku boleh bertahan.. Dari mula aku berblogging, sampai ke sekarang ini aku tidak lagi menoleh ke belakang, terus pandang ke hadapan.. Serius, aku memang semakin meminati bidang blogger ini dan mungkin suatu hari nanti juga boleh di jadikan sumber pendapatan untuk aku barangkali.. Semua itu perlukan usaha..


Sedikit Tips dapat dikongsi:

  • Jangan berhenti untuk mencuba - Try erorr itu satu lumrah yang biasa dalam blogging ni.. Berkenaan dengan templete, posting atau lain-lain.. Memang agak sukar pada mulanya, namun inilah proses pembelajaran yang sempurna. Kajian demi kajian yang di buat, jangan berhenti untuk mencuba.
  • Dapatkan tips terbaik - Cuba mencari tips-tips blogging di internet, mahupun dapatkan ebook yang banyak menerapkan tips blogging sebagai contoh SEO, Cara jana pendapatan melalui blog.
  • Mencari Sifu - Mentor di dalam dunia blogging ni memang perlu, tak guna la hanya stalker facebook, instagram mahupun blognya sahaja, cuba berkenalan melalu media social dan bertanya tentang masalah ataupun bertanya tentang tips tips blogging.. Cara itu tampak lebih berkesan. 

Mendalami dalam apa pun bidang yang kita minati sebenarnya tidak lah sesuatu perkara yang merugikan.. Pada amnya, apa yang kita pelajari dalam dunia blogger ini secara formal ataupun informal haruslah di gunapakai dan di adaptasi ke dalam diri kita sendiri.. Jika kita berusaha lebih dapat lebih, jika usaha kurang dapat lah kurang.. 

Perkongsian yang di buat oleh blogger lain tidak kira lah melalui video, latihan, ceramah mahupun entry sangat berguna buat blogger yang masih lagi baru bertapak.. Itu yang sebenarnya lebih bermanfaat..


Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Post a Comment

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved