Bahang Kian Memuncak

on 3 May 2013

Assalamualaikum..

Dalam diam-diam semakin dekat dengan hari PRU 13 ni.. Semakin bahang terasa, di campur pula dengan pelbagai propaganda dan cerita.. Entah la, IA pun tak tahu nak komen apa.. Diam sahaja tanpa bersuara, cuma jalankan tanggungjawab tanpa berbalah, mulut atau tangan, minta simpang jika boleh.. Semua itu akan memusnahkan bangsa..


Lebih jitu jika bersatu, demi Agama dan mempertahankan Malaysia tercinta.. Buat apa berbalah sesama bangsa, sibuk memperjuangkan manifesto, tetapi bangsa juga terabai.. Tak perlu berkata banyak tentang apa-apa, diri sendiri boleh fikirkan.. Adapun kita sekarang ni sudah aman makmur, tidak seperti negara lain, perang, bencana alam.. Tetapi fahamilah, semua itu tiada kait mengait dengan politik, Allah memberi peringatan untuk kita semua itu sahaja.. Undi itu perlu, jalankan kewajipan anda.. Undi mana yang anda fikir boleh, jangan undi lain sokong lain, jangan hanya menumpang tuah tetapi setelah dapat madu sepah di buang.. 

Bukan tujuan untuk melaga-lagakan ,cuma secebis luahan hati dari seorang rakyat yang berjiwa merdeka..
Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Post a Comment

Terima Kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di sini..

 
© Blog CCK All Rights Reserved